"Kau gila ke Jung Hyun!" Taeyong menarik kasar tangan aku. Mata aku yang sudah berkaca itu memandang wajahnya yang sudah cemas melihat aku. Badan aku mulai menggeletar ketakutan.
Aku memandang tangan aku yang sedang mengenggam serpihan kaca itu. Tanpa sedar, aku mengenggam erat kaca itu pada pegangan aku. Perlahan-lahan darah mulai menitik keluar daripada tangan aku.
Laju aku menggeleng perlahan dengan tangisan yang masih laju menuruni melalui pipiku.
Taeyong cuba menenangkan dirinya sebaik sahaja melihat darah daripada tangan aku. Dia melepaskan keluhan perlahan dan mencangkung di hadapan aku. Dia memandang aku semula. Tetapi dengan pandangan yang lebih lembut.
Tanganku dicapai, dia perlahan-lahan cuba membuka genggaman tangan aku pada serpihan kaca itu.
Seakan-akan aku dapat menenangkan diri dengan kehadiran si dia, aku membuka genggaman itu. Dia mengambil serpihan kaca itu dan membuangnya.
"Aku ada dengan kau."
YOU ARE READING
[C] Lost Inside | LTY
Short Story﹙ 2021, complete.﹚ ❝ it's not easy to keep smiling infront of you. ❞ ❏ ⨾ lee taeyong ft. jung hyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 040421 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 040421 ▗ ▘tw // depression, anxiety and commit suicide //