17

240 53 0
                                    

"Taeyong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Taeyong..." suara aku memanggil nama itu pada hujung corong telefon. Aku masih menunggunya di luar pagar sekolah. Menunggu dia seperti biasa kerana dia sering menghantar aku pulang ke rumah.

Telefon yang didekatkan pada telingaku langsung dijauhkan setelah mendengar bunyi operetor yang menjawab dan bukannya Taeyong.

Dia tidak mengangkat panggilannya...

Suara riuh daripada kawasan padang menarik perhatiannya. Walaupun hanya samar-samar, tetapi aku masih dapat melihat beberapa orang pelajar sedang berlatih bermain bola keranjang.

Hati aku seakan dihempap sebaik sahaja mengingati Taeyong merupakan pemain bola keranjang sekolah.

Pasti dia mempunyai latihan kan? Mungkin dia mematikan telefon untuk tidak mahu aku mengacaunya? Aku memang menyusahkannya...

Bibirku digigit resah sebaik sahaja pemikiran negatif mula menguasai diri aku. Tanganku mula bermain diantara satu sama lain dengan resah.

Aku menggeleng laju, tidak mahu pemikiran itu menguasai diri aku. Tetapi aku gagal. Mereka tetap datang menyerang aku. Akhirnya aku terus berlari pulang ke rumah.

 Akhirnya aku terus berlari pulang ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Lost Inside | LTYWhere stories live. Discover now