Sesekali aku mengangkat wajahku untuk memandang eomma yang sedang tersenyum memandang kearah Taeyong.
"Kenapa sampai datang malam-malam ni Taeyong?" tanya eomma. Dia turut terkejut dengan kehadiran Taeyong secara tiba-tiba itu.
Aku sudah menghalangnya, tetapi dia tetap berkeras untuk menghantar aku pulang. Dia risau aku akan mengambil tindakan seperti itu lagi sekali.
"Kamu cedera ke?" aku membuntangkan mata apabila eomma melirikkan matanya pada lengan baju putih Taeyong yang mempunyai sisa darahnya tadi.
"Bukan-" Pantas aku memegang lengan Taeyong bagi menghalang percakapannya. Aku menunduk ke bawah tidak mahu bertentang dengan anak matanya. Seakan faham dengan isyarat aku, Taeyong menggeleng.
"Saya terjatuh tadi, boleh saya minta peti kecemasan?" Taeyong mengusap lehernya kekok manakala aku hanya mendiamkan diri. Taeyong sudah awal-awal memegang lengan aku, tidak mahu aku melarikan diri.
"Nak ahjumma tolong-"
"Tak apa, Hyun ada." jawab Taeyong dengan senyuman manisnya. Eomma tersenyum pada lelaki itu dan memandang kami berdua bersilih ganti. Eomma memberikan peti kecemasan itu kepada Taeyong.
Aku terus menarik tangannya untuk masuk ke dalam bilik aku.
YOU ARE READING
[C] Lost Inside | LTY
Short Story﹙ 2021, complete.﹚ ❝ it's not easy to keep smiling infront of you. ❞ ❏ ⨾ lee taeyong ft. jung hyun ! 𝗌𝗍𝖺𝗋𝗍 ᝰ 040421 𝖾𝗇𝖽 ᝰ 040421 ▗ ▘tw // depression, anxiety and commit suicide //