Chap1

94 21 4
                                    

Hannan mengemas meja yang berselerak dengan pelbagai jenis buku. Komik, novel, buku teks, memang dia campak je ke rak. Hari cuti, simpan ahh!

"Kakak! Meh tolong mama kupas bawang ni," puan Shikin memanggil anak daranya dari dapur. Selagi tak panggil, memang takkan la anak sulungnya masuk dapur. Masuk hanya untuk cari makan!

"Ahhh nanti la mama! Hannan tengah buat homework niii" ceyh, homework la sangat. iPhone yang berada di tangannya memaparkan aplikasi WhatsApp.

"Hmm, sape ni eh? Tak pernah nampak pun num ni." Tangannya terus menerus scroll chat.

Mukhriz is typing...

"Huh? Mukhriz?"

Hye kak!

Waalaikumussalam

Hehehe ops, assalamualaikum.
Akak sihat?

Awak ni siapa ye? Saya takde adik nama Mukhriz.

HAHAHAHA akak memang takde adik nama Mukhriz. Tapi akak ada abang kembar nama Mukhriz.

Hannan bingung. Lawak apakah ini? Tak lawak langsung.

HAHAHA pandai la kau melawak.

Mana ada aku buat lawak. Aku serius la! Kau kembar aku!

Yea yea whatever bro.

Kau tunggu jela! Hannan!!!

Bye!

Hannan meletakkan phone-nya. Apa-apa jela mamat tu. Kembar? Pfft.

••••••••••
"Mama, papa, hannan ada kembar?" Dato Affuan dan datin Shikin tersedak.

"Tatau tatau" serentak, mereka berdua mengangkat pinggang masing-masing. Kedua-duanya berlalu ke ruang tamu.

Hannan mengeluh. APA JADI NYAHH.

Mukhlis hanya mampu gelak. Affnan dan Affni buat muka 'dunno'.

"Kak ika, tolong bersihkan meja lepas semuanya siap makan. Hannan tanak makan dah," arah Hannan.

"Okey cik muda."
••••••••••

Kedinginan malam buat Hannan terbuai melayan perasaan. Kembar? Tak pernah terfikir pun nak ada.

Semakin dia berfikir, semakin mengantuk jadinya. Katil dipanjat, selimut ditarik hingga ke paras dada.

Apa-apa jela, esok aku tanya lagi. Oyasumi~

Master Bedroom

"Bang, macam mana kakak tau? Abang ada cakap ke?" Datin Shikin menyoal suami tercinta. Dato Affuan yang ingin menarik selimut, berpaling.

"Abang tak tau." Dato Affuan hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Jeda seketika sebelum Dato Affuan kembali bersuara, "Eh yang, bila anak kita yang sorang tu akan kembali?"

Datin Shikin merenung anak mata suaminya. "Mi...minggu depan?!" Dato Affuan menepuk dahi.

"Haah la yang! Anak teruna kita akan kembali time umurnya 14 tahun kan? Dia kembar Hannan, jadi.... tahun depan la dia akan kembali? Minggu depan?!"

"Astaghfirullah...." kedua-duanya bersuara dalam nada kesal. Kesal kerana tidak sengaja telah melupakan anak sulung mereka. Kesal kerana secara tidak sengajanya telah melupakan salah satu anak mereka, Nik Muhammad Mukhriz!

"Tak apa bang. Minggu depan kita bagitahu Hannan. Biar la dorang jumpa dulu.

"Harapnya dorang dapat terima hakikat yang dorang sebenarnya kembar."

Datin Shikin mengaminkan doa suaminya.

••••••••••

Mukhriz mengemas barang-barangnya yang tak berapa nak banyak. Yang banyaknya hanya hadiah untuk kembarnya. Teruja punya pasal, banyak kedai dia jelajah.

Setelah selesai semuanya, dia bersiap untuk tidur.

Harap esok cuaca cerah. Dia dah rancang segalanya.

Fly Me To The Moon[OG]Where stories live. Discover now