Chap5

50 17 3
                                    

Sekolah. Di sinilah tempat anak-anak muda yang akan mengambil alih menjaga keamanan negara menuntut ilmu. Hiruk-pikuk suasana membuatkan mereka yang sudah tamat belajar kembali ke masa lampau untuk mengamit kenangan. Selain menjadi tempat pelajar menuntut ilmu, ia juga merupakan tempat para guru mencurahkan ilmu, sekali gus tempat mereka mendapatkan gaji bagi menyara hidup mereka sekeluarga.

Perjalanan ke sekolah pagi itu berjalan dengan lancar. Pak cik Harun menurunkan kedua-dua anak majikannya di tempat yang sunyi, jauh dari kelibat orang ramai.

"Terima kasih pak cik. Kami pergi dulu!" Ujar keduanya serentak. Jalan mereka beriringan sebelum berpecah mengikut haluan masing-masing. Mereka sudah berpakat untuk menyorok identiti sebagai kembar.

Hannan berlalu ke arah kelas 2Almanda, kelas paling tercorot. Manakala Mukhriz pula menuju ke bilik pengetua.

2 Almanda

Selesai meletakkan beg, Hannan duduk di tempatnya. Termenung.

Sesekali dia tumpang dengar gosip-gosip yang disampaikan oleh penyampai pemberita tak bertauliah. Kecoh satu kelas dengan suara mak cik dan pak cik bawang.

"Weyh kau ada dengar tak? Ada budak baru akan masuk kelas ni hari ni! Lelaki thoo aku dah tengok dia tadi, hensem! Dia aku punya!" Lisa, si mulut becok mula bersuara. Kesemua mata menumpu ke arahnya dengan perasaan teruja.

"Serius la? Kau cakap dia hensem, tapi tak akan la masuk kelas tercorot?" Rizal selaku ketua kelas, menyoal dengan gaya seorang ketua. Tangan diletak ke dagu, dia sendiri pun tidak tahu apa yang difikirkannya.

"Ish kau ni. Tak akan la kau tak tahu? Kalau ada pelajar baru masuk sekolah ni di pertengahan tahun, cikgu memang akan letak aje dalam kelas hujung. Tak adil, bukan?" Kesemua mereka mengangguk.

Hannan terdiam. Wait what, ini bermakna kembarnya akan berada di kelas yang sama dengannya!! Haduh.

Suasana terus bising sehingga salah seorang pelajar dari kelas itu menjerit, "Weyh korang! Dia datang, dia datang!" Kesemuanya menanti dengan debaran. Hannan juga sudah berpeluh. Ish.

tok tok tok

Pintu diketuk tiga kali sebelum empunya badan yang mengetuk pintu, menjelma.

"Moshi-moshi(hai)! Aku Nik Muhammad Mukhriz. Hajimemashite(selamat berkenalan)!" Hannan terkaku. Dah kenapa cakap dalam bahasa jepun... tak akan la kembar aku ni... otaku macam aku?!

Lisa dan yang lainnya terpaku. Indah sungguh ciptaan Tuhan di depan mereka kini. "Ehem. Mukhriz, sila duduk di tepi Hannan. Hannan, angkat tangan." Suara Cikgu Alias menyentap lamunan kesemua gadis yang berangan untuk memiliki Mukhriz. Hannan akur lalu tangan diangkat setinggi mungkin.

"Uish tinggi sangat tu kak," Hannan memberi jelingan maut. Mukhriz tersengih lalu kaki dihayun ke meja yang diberitahu.

Meja mereka hanya dipisahkan oleh ruang yang kurang dari satu meter. Sudah semestinya Hannan bertuah. Esok, pasti ramai yang datang memujuknya untuk bertukar tempat duduk. Ah rimas.

Kelas berjalan seperti biasa namun hampir kesemua pelajar perempuan tidak dapat fokus. Hehe.

---------

Alia menghampiri meja Hannan. Kerusi kawan baiknya digoncang dengan kencang. Hannan yang ketika itu sedang menulis terus melatah, "MAK KAU HIJAU!"

"Shhh mak aku putih dari kau! Huh," Alia pura-pura merajuk. Muka dipalingkan ke arah bertentangan.

Hannan mencebik. "Yang kau ni nak merajuk apa hal? Sepatutnya aku yang merajuk! Sengal," Alia tarik muka kelat. "Eee sampai hati kau cakap aku sengal. Dah la, jangan cari aku dah." Alia ingin bangun namun tangannya sempat ditahan oleh Hannan.

"Kau nak pergi, pergi la. Tapi sebelum tu sila betulkan ayat kau. Kau yang selalu cari aku nyahh." Pipi tembam Alia ditarik sehingga merah. Mendengarkan apa yang dikatakan Hannan membuatkan pipinya makin merah. Malu.

"Huwaaa aku rindu la Nik Nur Hannan yang lama. Aku tak suka kau yang sekarang. Dingin! Kalau Hannan yang lama, mesti dia dah pujuk aku dengan kek," Alia meluahkan perasaannya yang sudah lama terbuku di hati. Berharap agar sahabatnya berubah.

Namun harapan tinggal harapan.

"Mana mungkin. Hannan yang lama tu bodoh sangat. Kau nak ke aku menangis setiap malam macam dulu?" Hannan memandang tepat wajah sahabatnya. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak.

"Ini yang aku geram! Kau tu suka sangat pendam! Sudah semestinya aku tak nak kau menangis air mata darah tiap-tiap malam tapi tak boleh ke kau luah kat aku apa masalah kau? Mana la tau kot-kot aku boleh tolong?" Mata Alia mula memerah menahan tangis. Hannan serba salah.

"Eh Alia, jangan la menangis. Nanti orang fikir aku buli kau tho, ishh." Hannan memeluk tubuh sababatnya yang gemok. "Jom la tidur kat rumah aku, Lia. Best la peluk kau, huwaa."

Alia menepuk bahu kanan sahabatnya dengan perasaan geram. Hannan suka sangat menyakat dengan mengatakan dia gemuk! Namun dia suka berkawan dengan Hannan. Hatinga tenang kerana Hannan jujur orangnya walaupun kadang-kadang terlalu jujur sehingga membuatkan orang lain geram.

Dalam masa yang sama, Mukhriz yang pada ketika itu baru aje keluar dari kantin terpaku melihat aksi 'berpelukan di khalayak ramai' sedang berlangsung.

Dia memerhati susuk tubuh salah seorang yang sedang berpelukan. "Eh, tu bukan ke kembar aku? Eish apa la dia buat tu. Tak tahu malu betul!" Langkah diatur menuju ke arah Hannan dan Alia.

"Nan!"

Hannan tersentak. "Riz? Kau buat apa kat sini?" Bibir Mukhriz terkoyak dengan senyum sindir. "Aku yang sepatutnya tanya tu! Yang kau ni berpeluk depan orang ramai, kenapa?"

Hannan memandang sekeliling. Kelihatan beberapa orang sedang ketawakannya. Dia termalu sendiri.

"Erk... jom la Alia. Malam ni kita sambung peluk. Kau tidur rumah aku auu," Hannan mengenyit mata. Alia juga membalasnya dengan aksi yang sama.

Mukhriz terkaku. "Eww lesb! Gila ke apa kau!" Mukhriz menarik lengan Hannan agar mengikutinya. Lisa yang pada ketika itu berjalan melintasi mereka, terus tidak jadi melangkah. Wajah Hannan dipandang geram. Cemburu!

Mukhriz membawanya ke satu tempat yang sunyi. "Weyh betul ke Alia tidur rumah kita malam ni?" Hannan mengangguk.

"Mama dan papa dah tau?" Sekali lagi Hannan mengangguk tanpa henti.

"Eh, dia dah tau ke kita kembar?" Anggukan Hannan terhenti. "Oh no!! Macam mana ni Riz??" Hannan mula gelabah. Itu la padahnya buat kerja tanpa berfikir panjang.

Mukhriz mengeleng. "Hish kau ni. Dia sahabat kau kan?"

"Mana kau tau?"

"Aku tau ah, aku kembar kau!" Hannan terdiam. Bibirnya dicebik. "Hek eleyh yelah tu,"

"Tak ada la. Dah korang berpeluk bagai, semua orang pun tau kau dan dia ada hubungan istimewa." Mukhriz memuncungkan bibirnya.

"Cara kau cakap cam kau cemburu," Mukhriz terdiam. Memang pun!

"Betul eh kau cemburu...?" Hannan terus mengusik. Suka pula dia melihat muka merah kembarnya itu.

"Kalau ya? Kau nak buat apa?" Giliran Mukhriz senyum sindir.

"Aku akan... peluk kau? Siapa tau?" Hannan buat muka bodoh. Mukhriz memandang tepat sepasang anak mata hitam keperangan milik kembarnya.

"Ya, aku cemburu."

"Oh, nak aku peluk ke?" Mukhriz mengangguk sambil buat muka itik, acah cute. Hannan menampar pipi kembarnya perlahan. "Na'ah. Malam ni la kot,"

Langkah diatur menuju ke kelas setelah bunyi loceng berkumandang.

"Hei tunggu la aku," Mukhriz mempercepatkan langkah mengejar Hannan.

-------

Alia tekun mendengar perbualan sahabatnya dengan seorang lelaki yang sering diperkatakan oleh hampir kesemua pelajar di sekolah. Namun dia tidak dapat mendengarnya dengan jelas oleh kerana hirup-pikuk pelajar yang lalu-lalang di belakangnya.

Ingin sahaja dia mendekatkan diri tapi takut kantoii! Dia hanya dapat mendengar mereka berdua menyebut namanya. Rasa ingin tahu mula meningkat! Nanti dia akan tanya Hannan sendiri!

Fly Me To The Moon[OG]Where stories live. Discover now