Chap2

72 20 19
                                    

HaRizz Residence

"Tok aboh, tok mi, Mukhriz pergi dulu tau. Byebye!" Mukhriz melambai kedua-dua orang tua yang setia menunggu di depan pintu utama.

Ya, semenjak dari kecil, dia tinggal bersama nenek dan atoknya. Seumur hidupnya, dia diberitahu yang kedua ibu bapanya 'tidak ada'. Dia fikir tok mi dan tok abohnya memaksudkan bahawa mereka telah tiada. Tidak pula dia terfikir mak dan ayahnya masih bernafas, tidak juga dia fikir yang dia ada adik kembar! Perempuan plak tu!

Kenapa mereka dipisahkan? Kenapa dia tak dibenarkan menjejak rumah yang mama dan papa tinggal sebelum berumur 14 tahun? Kenapa banglonya dinamakan HaRizz's Residence? Dia dahagakan jawapan! Tunggu jela masa dia 'beraksi'.

Kereta hilux merah dinaiki. "Pak cik, tolong hantar saya ke rumah orang tua kandung saya. Sebelum tu, saya nak singgah di kedai bunga dulu. Saya nak belikan kembar saya bunga." Arah Mukhriz.

Pak cik Harun menganggukkan kepalanya, patuh. "Baik, tuan muda."

Kereta dipandu melepasi perkarangan banglo tiga tingkat. Laluan dihala menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.

••••••••••
The Marron Residence

"Kakak oiii bangun!! Anak dara semua tengah tolong mak masak, ni kakak dok berguling lagi ni kenapa?" Di suatu hari yang cerah, suara datin memecah keheningan yang melanda di banglo tersebut.

"Erm... erghh... Hannan nak tido lagi la ma.... semalam tido lewat, tengok anime," Hannan bersuara dengan suara serak basah. Mata digosok perlahan kemudian dia sambung tido.

"Eh orang cakap bangun! Papa! Tengok kakak ni tak bangun lagii," Hannan pantas membuka mata, tangan auto capai selimut. Pura-pura dah lama bangun.

"Mana ada! Hannan dah bangun ni paa, mama ni saje je buat lawak." Suara dikawal. Datin Shikin tersengih. Tau takut!

Hannan mengeluh. Urghh... kacau kacau kacau!

"Harini ada tetamu speacial~ Kakak pergi mandi, turun makan. Mama masak tomyam dengan telur goreng. Air sirap," fuh, padu datin ni. Semua menu dia cakap. Memang berlari la si Hannan ke tandas, mandi. Tak sabar nak makan oii. Datin ni bukan kaleng-kaleng au kalau bab masak memasak.

_____________

Selesai mandi, Hannan dipaksa memakai satu persalinan serba hitam berupa gown labuh yang dipadankan dengan jeans ketat. Gown dah labuh, tak perlu la nak longgarkan jeans cik kak oii. Dari jauh nampak cam maskot, dari dekat cam badut.

Shawl hitam dibelit malas. Alaa korang mesti tau punya gaya yang sering ditonjolkan oleh kebanyakan remaja perempuan. Yang tatau, buat-buat tau je 'kay?

"Haaaaa lain macam betul la family aku harini!! Apa yang dorang rancang eh?" Hannan mengeluh. Masalah masalah.

Kaki dilangkah menuju ke tingkat paling bawah. Kesemua mata ditumpu ke arahnya.

Mama, papa, Mukhlis, Affnan, Affni.... semua pandang. Ada apa-apa yang tak kena dengan baju yang dia pakai ke? Cantik sangat atau buruk ya amat?

"Kenapa?"

"Takde la. Kakak cantik," Mukhlis memuji. Hannan terdiam seribu bahasa. Woo woo whatt adik aku puji aku? Mukhlis yang paling kedekut pujian tu puji aku? Like seriously. Okay thanks la by the way.

Hannan melabuhlan duduk di sebelah mamanya. "Mana tetamu speacial? Takde pun," mata meninjau sekeliling.

"Sabar la,"

Fly Me To The Moon[OG]Where stories live. Discover now