Chap4

44 18 3
                                    

Kedengaran pintu dibuka dari luar bilik. Hannan terus menutup mukanya dengan selimut. Kantoi tak tidur lagi! Namun dia pelik, siapa yang masuk biliknya malam-malam begini? Papa tak akan masuk biliknya ikut suka hati aje. Adik-adiknya pula sudah lama tidur. Malah dia sempat menjentik hidung ketiga-tiganya, tetap tidak berganjak dari katil. Tidur mati!

Dia dapat merasakan 'lembaga' yang memasuki biliknya secara haram itu sedang merenungnya. Namun apa boleh dia buat.

Beberapa minit berlalu. Tiba-tiba dia merasakan ada tangan membuka selimut yang menutupi bahagian wajahnya. Hannan gelabah. Alamak alamak. Jangan bukak oii.

BUMM!!!

"HUWAAA" Tanpa berfikir panjang, 'lembaga' tersebut terus mendaki katil lalu menarik selimut lantas memeluk Hannan dari belakang. Hannan panik. Apa nii main peluk-peluk!

"Hey hey hey kau siapa hah?! Suka hati dan jantung kau je masuk bilik aku tanpa ketuk dan salam. Miang!" Hannan menolak tubuh yang setia memeluknya. Wajah orang yang digelarnya 'miang' dipandang. Mukhriz!

"Erk... nan. Aku takut weyh. Bagi la aku tumpang tidur, please. Nanti kau mintak la apa-apa aje kau nak, aku bagi." Mukhriz merayu dengan muka simpati. Hannan menahan tawa. pfft.

"HAHAHAHA muka sikit punya hensem, tapi penakut? HAHAHAHA boleh tak kalau aku cakap kat adik-adik?" Hannan mencapai kembali selimutnya yang dirembat Mukhriz. Mukhriz memandangnya lagi, dengan muka penuh berharap.

Hannan tidak sampai hati. "Ish ha yelah. Tapi tidur jauh sikit. Tolong aku ambilkan bantal panjang tu, letak kat tengah. Jangan masuk kawasan aku! Esok aku mintak apa aku nak," Mukhriz buat seperti apa yang disuruh. Dapat tidur dalam bilik ni pun sudah cukup bagus.

Biliknya sama besar aje dengan bilik kembarnya. Namun perasaan takut tetap ada setiap kali dia terpandang potret seorang perempuan yang besar, tergantung betul-betul depan katilnya! Entah siapalah itu. Esok pagi dia akan membuangnya!

Mata dipejam. Akhirnya dia terlelap sambil memeluk bantal golek Hannan.

"Harap-harap tak keluar air liur basi. Huehue bantal kesayanganku dipeluk orang~"

Hannan mengomel sendirian sebelum penglihatannya mulai gelap...

———————

Datin Shikin menghampiri pintu bilik anak kembar lelakinya. Pintu dibuka namun dia tidak menjumpai batang tubuh anak lelakinya itu di mana-mana termasuk di atas katil.

Dia berganjak pula ke arah bilik anak kembar perempuannya. Pintu dibuka.

Dilihatnya sepasang kembar sedang tidur berpelukan di atas katil. Datin Shikin menghampiri kedua-duanya.

"Comel," desis hatinya. Nalurinya sebagai penjaga kepada kembar tersebut sentiasa tepat mengatakan bahawa kedua-duanya dahagakan kasih sayang.

Dia tidak seperti ibu-ibu yang lain. Kerjayanya dan suami membuatkan mereka tidak berada di rumah sepenuh masa. Kadang-kadang dia terfikir untuk meninggalkan kerjaya dan memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anaknya. Namun dia tidak boleh melakukan hal itu demi kepentingan diri dan keluarga. Orang lain lebih memerlukannya.

Mukhriz pula tidak pernah merasa belaian seorang ibu dan ayah. Untuk menutup keinginannya daripada pengetahuan ramai, dia menagih kasih dari kembarnya sendiri.

Datin Shikin tersenyum. Mukhriz sudah sedar. Apabila pandangannya bertaut dengan mamanya, dia tersenyum. "Good morning mama!"

"Good morning sayang. Jom makan? Kejut orang yang tidur mati sebelah kamu tu dulu."  Datin Shikin memberi arahan lalu mencapai tombol pintu bilik anaknya. Pintu ditutup perlahan.

Mukhriz tersengih melihat gaya kembarnya tidur. Penutup mata kucing yang dipakai Hannan membuatkan dia tahan tawa. Alahaii.

Pipi kembarnya ditarik kuat. "Bangun!!"

Namun sia-sia. Hannan tidak langsung berganjak dari pembaringan. Puas ditarik pipi, giliran telinga ditarik. Diikuti dengan hidung kemudian badan Hannan digoncang kuat. Hannan kelihatannya terganggu lalu bergerak sedikit. Kedudukan diubah sebelum dia kembali lelap.

"HANNAN!!!!"

"Apa...,"

"Bangun la oi!"

"....."

Mukhriz mencuba satu lagi cara. Telinga kanan Hannan didekati.

"من هو ربك(siapakah tuhanmu?)"

Hannan membuka penutup matanya. Suara garau tadi benar-benar membuatnya kalut. Dilihat kembarnya berada di sebelah.

"Tadi aku mimpi pelik."

Mukhriz ketawa berdekah.

"Sengal punya kembar. Aku tengah cemas, ada pula masa kau nak gelak?" Hannan mendengus geram. Rambut kembarnya diserabai.

Mukhriz menhabiskan sisa tawa lalu menepis tangan Hannan perlahan. "Lawak nyah. Dah la jom turun."

Kedua-dua mereka turun dari katil menuju ke tandas yang berada dalam bilik. Mereka saling berpandangan.

"Aku fikir orang macam kau ni terus turun makan. Ada pula masa kau nak berus gigi dan cuci muka?" Mukhriz menyindir.

"Heh. Tak kiralah di rumah atau di luar rumah, kita kena sentiasa jaga penampilan." Hannan membalas.

Mukhriz senyum senget. "Kau memang betul kembar aku,"

———————

Makanan yang terhidang benar-benar membuatkan selera makan terbuka. Mereka sekeluarga makan dengan penuh nikmat.

"Esok abang akan bersekolah di sekolah sama dengan kakak." Suara Dato Affuan memecah suasana.

Serentak, kedua-dua anak kembarnya berhenti makan. Mereka bertentang mata, seolah-olah berbicara menggunakan mata. Kemudian mengangguk setuju.

"Okey papa,"

————————

Fly Me To The Moon[OG]Where stories live. Discover now