~hanie pov~
"ni girlfriend Nana" katanya sambil memeluk bahuku
Aku menatap dia tak percaya, sejak bila aku jadi girlfriend dia? Rapat dengan dia pun tak pernah, tiba tiba jadi girlfriend dia pula
"Eh ap-" ucapan ku langsung dipotong oleh dia
"Ye sayang" katanya dengan senyuman yang aku rasa mengerikan sampai buat aku terdiam, jadi wanita di hadapan ini mak dia?
"Betul ke ni girlfriend Nana? Mama datang sini baru je nak sampaikan tentang hajat ayah kamu yang dia nak kamu bertunang dengan anak kawan baik dia" kata kata wanita itu membuat ku sedikit sebanyak lega, cukup hari ini saja lelaki ni mengajak aku keluar. Aku tersenyum dalam diam tika memikir idea yang bernas dari otak aku, mesti dia akan tertarik
"Tapi ma, Nana sayang dia, Nana nak hanie je taknak yang lain" katanya , membuat ku hampir tersedak. Kalau ye pun taknak kahwin, kenapa kena babitkan aku dalam masalah dunia ini?
"Kalau begitu nanti mama bincang dengan papa, mama dah kena balik ni nanti kawan kawan mama nak datang ke rumah" katanya lalu berdiri untuk bergegas balik ke rumah , hilang sahaja pandangan puan na dimata ku, cepat sahaja aku menoleh ke arah lelaki itu
"Kenapa-" sekali lagi kata kata ku dipotong oleh lelaki itu
"Jangan berangan yang aku betul betul maksudkan ayat tadi, aku cuma taknak bertunang dengan orang yang aku tak kenal" katanya lalu menghirup air
"Tapi kenapa aku juga? Kan banyak lagi perempuan kat sekolah tu" kataku yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang ternampak bodoh itu
"Sebab aku tau yang kau tidak akan ada perasaan kat aku" katanya lalu tersenyum sinis
'Tapi kalau dah lama perasaan itu akan timbul' kataku yang hanya mampu ku ungkapkan dalam hati, yelah perasaan seseorang ini bukanlah permainan. Aku mengusap dadaku, semoga perasaan tu tak akan datang. Aku dah berjanji dengan diri sendiri buat tak jatuh ke arah dia
.
.
."Na Jaemin" Kata seseorang dengan tegas, jaemin yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya menghela malas, dia cuba mengatur langkah ke biliknya
"Na Jaemin, I'm calling you" dengan terpaksa nya jaemin pun duduk di sofa dengan malas, dia tetap berdiam diri disana
"Siapa perempuan yang buat Jaemin menolak untuk bertunang dengan anak kawan appa" kata tuan Na dengan nada serius
"It's not your problem" jaemin berdiri malas buat melangkah masuk biliknya
"It's my problem. Ini masalah syarikat kita, appa dah buat perjanjian untuk kahwinkan Jaemin dengan anak dia, kenapa jaemin taknak bertunang dengan dia? Harta keluarga mereka banyak" jaemin berdengus kecil mendengar jawapan papanya- cuma disebabkan harta papa dia nak kahwinkan dia dengan orang yang dia tak kenali. It's always money, money and money
"Tch-" jaemin berdecit kecil lalu menuju ke arah biliknya, lalu merebahkan badannya di atas katil sambil mengurut pelipis nya
Sudah berkali-kali tuan Na bercerita tentang hal perjodohan dan hal hal company dengannya, dia masih terlalu muda untuk semua itu mengapa die perlu mengambil tau tentang semua itu
Jaemin menghela berat, dia malas memikirkan tentang itu lalu berdiri untuk mandi
.
.
."Hanie kau kemana siak, penat aku cari satu sekolah tadi" soal haechan dengan risau, yelah kawan dia seorang itu tiba tiba menghilangkan diri tanpa berita, ingin bertanya kepada Jaera katanya dia tidak mengetahui kemana jejak sahabatnya seorang itu
"Takde kemana pun, cuma ambil angin je" dia tersenyum kepada rakannya itu- dia tidak ingin diketahui bahawa dia keluar bersama jaemin
"Asal kau macam lesu je ni, penat ke? Sakit ke?" Soal sunwoo dengan penuh perhatian
Hanie hanya tersenyum lalu menggelengkan kepalanya, dia tidak ingin kedua sahabatnya itu risau akan dirinya, kerana baginya dirinya itu sihat sihat sahaja
"Baiklah, lepas ni kalau nak pergi ambil angin pun ajaklah kitaorang. Penat tau ronda satu sekolah sebab nak cari kau je" bebel haechan dengan tidak puas hati
Hanie hanya mengabaikan nya kerana fikiran nya masih lagi berfikir dengan kata kata dari jejaka yang bernama Na Jaemin itu
Nampaknya- pasti dia akan kerap dinggangu oleh jejaka itu
___________________________________________________
Enjoy when reading,also this chap I guess 'hambar'