~Hanie POV~
Aku sedang ralit melihat lagu keluaran terbaru dari NCT yang bertajuk make a wish. why dorang sem sangat ehh? Member baru dorang tu fuh boleh tahan mengancam huehue
Tapi aku setia dengan yuta aku *tersenyum bangga*
Cookin' like a chef i-
Dengan gelabah nya aku menyambut call itu, ishh sibuk je nak kacau aku tengok calon suami aku
"Kau nak apa pendek?" Soal aku kepada si pemanggil
"Jom lepak aku dah ajak sunwoo, dia pun dah setuju tinggal kau je ni" kata si pemanggil
"Nak lepak kata mana?" Soalku kepadanya. Alaaa aku belum makan lagi so tak salahkan aku nak lepak dengan dorang dua ekor ni?
"Kat tempat biasa lah" jawabnya lalu menamatkan panggilan telefon, bish- aku belum sempat nak bodek dia suruh belanja aku wehh. Maklumlah kita ni kurang kemampuan
Dengan langkah yang longlai aku bersiap untuk lepak bersama dorang, habis je lepak aku bercadang nak pergi terus ke tempat kerja aku. Aku malas nak berkerja tapi kalau aku tidak berkerja dari mana lagi aku boleh mendapatkan duit untuk menampung pembayaran sekolah dan sewa rumah aku kan? Itu belum termasuk lagi dengan perbelanjaan dapur dan belanja sekolah aku. Takkan aku nak merempat tepi jalan biar dapat duit yang banyak
Haaa stop cakap pasal diri aku, nanti korang bosan pulak dengar kisah sedih ringkas aku ni. So now aku perlu bersiap dan jumpa dua beruk tu
.
.
."Lambat lah kau ni hanie" ujar sunwoo membuat nada mengada ngada. Apa jadi dengan budak sekor nie? Terencat ke?
"Sorry lah aku jalan kaki pergi sini duh" kata ku lalu mengambil nafas untuk hilangkan rasa penat ini. Aku bukannya tidak mampu untuk menaiki bas tapi aku ingin berjimat cermat sebab aku rasa pendapatan yang aku dapat untuk bulan ini kurang. Lagipun aku lupa bawa balik basikal aku yang tertinggal di tempat kerja tu, ni semua salah diri sendiri sebab kabut sangat nak tidur
"Kenapa tak call aku je? Kalau tak aku boleh je singgah buat ambil kau tadi" ujar haechan dengan nada risau. Aku bersyukur tau dorang hadir dalam hidup aku, walaupun dorang dua selalu menghanat dekat aku tapi dorang selalu ambil berat tentang aku
"Sokay lah lagipun aku dah sampai kat sini" aku tersenyum nipis kat dorang, sebenarnya kaki aku sakit weyhh sebab terjatuh semasa menuju kesini and aku rasa kaki aku terseliuh sikit tapi aku malas nak bagitau dorang nanti heboh. Kang dorang tak suruh aku kerja pastu nanti mula lah babak dibuang kerja, kat mana lagi aku nak bekerja kalau dipecat?
"Nanti kau pergi kerja nak naik apa?" Soal sunwoo kepadaku. Haechan sudah pergi beberapa minit lalu untuk mengambil makanan yang mereka order sementara menunggu aku tadi
"Taktau but don't worry lah aku boleh jalan kaki je pergi ke tempat kerja aku. Aku kan Super woman" aku tersenyum lebar sambil menyembunyikan rasa sakit kat kaki aku, mungkin juga kaki aku ada cedera sikit
Haechan datang ke arah kami sambil membawa dulang makanan, kami hanya lepak kat kedai mamak sebab aku suka lepak kat sini. Nak kata Haechan dan sunwoo ni kekurangan seperti aku? Tidak mereka jauh lebih mampu dari aku, eomma dan appa sunwoo adalah doktor terkenal di Japan manakala Haechan pula eomma nya mempunyai banyak butik pakaian di seluruh dunia, appa nya pula berkerja sebagai pilot dan dia mempunyai abang yang kini menjadi artis kpop yang terkenal di pelusuk dunia, betapa beruntungnya mereka
Dan aku? Aku tidak mempunyai apa apa untuk dibanggakan seperti mereka, aku hanyalah orang biasa. Tapi dorang still nak kawan dengan aku sebab dorang pernah cakap "kami memilih kawan bukan pandang harta tapi kami pandang hati" bila ingatkan balik aku rasa nak nangis terharu je
"chan sebelum kita balik, kita hantar hanie dulu pergi tempat kerja dia" Sunwoo berkata dalam keadaan mulut yang penuh. Dah kenapa dia tak habiskan dulu makanan yang ada kat mulut dia tu -_-
"Aku okey je" balas haechan
"Weyhh tak payahlah aku boleh je pergi sendiri, lagipun tak jauh kot tempat kerja aku dengan kedai ni" aku berkata, dorang banyak tolong aku, makanan ni pun dorang yang belanja aku. Aku taknak lah menyusahkan dorang lagi untuk hantar aku pergi kerja
"Tak jauh kot? Tak jauh kau cakap, tempat kerja kau berdekatan dengan rumah kau hanie. Dah jangan buat alasan biar kami je hantar kau pergi tempat kerja" sunwoo berkata lagi, dan seperti biasa haechan hanya menjadi pemerhati sambil mengangguk- angguk bersetuju dengan ayat sunwoo
"Hmm yelah" hanie berkata lagi, kalau bergaduh mulut dengan sunwoo memang dia tidak boleh menang kerana lelaki tu akan terus memaksa dan paksa sehingga dia berkata ya
.
.
."Thanks korang sebab hantar aku pergi sini" aku tersenyum lebar
"No problem" haechan berkata lalu memulakan pemanduannya semula, sempat juga mereka melambai ke arah aku
"Huh- nasib dorang tak perasan pasal kaki aku ni" aku berjalan terjengket jengket masuk ke dalam 7eleven
Yeahh aku berkerja kat sini je, sebab tempat ni lebih dekat dengan rumah aku so memudahkan aku sikit. Masuk je kat dalam pantas saja aku duduk kat kaunter
"Bubye hanie, unnie balik dulu" aku melihat ke arah jisoo unnie yang ingin keluar kerana shift dia telah habis
"Bye unnie" aku melambai seraya jisoo unnie melihat ke arah aku, dia pun melambaikan tangan ke arah aku
Aku merasa bosan jadi aku main telefon aku, aku mengambil kerja part time shift aku dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Kira okeylah juga kehidupan aku
Tiba tiba pintu loceng kedai berbunyi, menandakan ada orang yang masuk. Pantas sahaja aku melihat ke arah orang itu untuk menyapa dengan ramah. Dia mengambil barang yang dia inginkan lalu datang ke arah ku untuk membuat pembayaran
Eh- macam kenal
___________________________________________________
Miss me? HAHAHA
Enjoy my story ^^