"Jaera, bila aku boleh keluar dari tempat ni? Aku dah bosan asyik tengok warna putih je" hanie melihat ke arah Jaera yang lagi sibuk menyiapkan makanan untuk dirinya, Hanie terlalu memilih, katanya dia tidak mahu makan makanan di hospital, katanya makanan di hospital tawar dan tak berasa
"Doctor lee bagitahu yang kemungkinan kau balik esok, tapi dia nak pastikan dulu kalau kau sihat, kalau sihat dia dah bagi balik. Tapi kau kena rest kat rumah nanti sebab kena pastikan yang kau sihat walafiat, kang masuk sekolah nanti kena kacau lagi" dia duduk di kerusi sebelah pesakit, sambil menggaulkan bubur ayam
"Betul k- auch" Hanie meringis sakit, Jaera yang melihat terus membantu Hanie "kau kalau nak duduk pun bagitahu lah aku, kan dah sakit macam ni" katanya sambil membantu Hanie untuk duduk. Hanie yang mendengar bebelan dari sahabatnya itu hanya tersenyum kecil
"Sunwoo dengan Haechan tak datang ke?" Dia bertanya ke arah Jaera yang sedang sibuk menyuapi dirinya, dia gembira sekali gus sedih, gembira kerana Jaera yang melayan dirinya dengan baik dan sedih kerana Jaera yang terlihat seperti seorang ibu, dia jadi rindu kepada ibunya
"Pertandingan basketball dah nak dekat, jadi mereka sibuk kebelakangan ni" jawabnya sambil menyuapi Hanie
"Jaemin ikut sekali kan?" Refleks Hanie bertanya kepada Jaera
"Ikutlah, why? Ada apa-apa hubungan special dengan Jaemin ke?" Jaera tersenyum mengusik ke arah Hanie "takdelah, aku cuma tanya je" Hanie melihat ke arah lain sambil menahan rasa malu
"Tahu tak sejak kebelakangan ni Jaemin jadi makin diam je" Hanie kembali menoleh ke arah Jaera sambil mengerutkan dahinya "Eh, bukan selama ni dia memang diam ke?" Katanya
"Yelah dia memang diam, tapi kalau ada kau dia selalu ganggu kau. Tapi sejak kau takde ni dia diam je, takpun dia pergi ponteng kelas" hanie hanya diam sambil mendengar cerita sahabatnya itu. Mustahil lah kalau disebabkan dirinya jaemin menjadi begitu. Setahu dia, jaemin memang akan bersikap tenang dan diam, dia hanya berfikir yang Jaera cuma bergurau dengan alasan mengusik dirinya, takpun dia terlalu banyak berfikir saja
"Tapi kan Jaera, kalau aku dah masuk sekolah boleh tak aku nak change tempat duduk dengan kau?" Tanya nya, dia sudah yakin dia nak duduk jauh dari Jaemin, buat langkah berjaga-jaga
"No, never, I don't want to change my seat. Aku dah bahagia kot dapat duduk sebelah crush aku, jangan jadi penghalang aku untuk berduaan dengan dia" kata Jaera dengan sedikit dramatis
"What? Crush? Kau suka Jeno ke?" Katanya dengan sedikit terkejut, selama dia berteman dengan gadis ini dia tidak pernah mengetahui yang gadis itu menyukai Jeno. Ya selama mereka berteman, gadis ini jarang sekali memberitahu kalau dia lagi suka seseorang
"Shhh don't tell anyone, aku dah suka dengan dia dari tahun lalu tau" katanya sambil tersenyum lebar "tapi tulah sayang sangat, dia nampak tak berminat dengan aku" katanya , senyuman dibibirnya sedikit pudar berbanding tadi
"Mustahil lah dia tidak berminat dengan kau, kau lawa dia kacak. Mestilah serasi macam princess dan prince" kata Hanie, bagi menenangkan sahabatnya itu. Tampak sedikit merah di pipi gadis cantik itu
"Janganlah macam tu" katanya sambil memukul pelan bahu Hanie, yang membuat Hanie tersenyum dan tergelak kecil
.
.
."Jaem, kau nak keluar jalan jalan tak?" Tanya Jeno kepada Jaemin sambil dirinya sibuk bermain telefon, dia terlalu bosan selepas balik dari sekolah. Nak balik rumah, rumah pun sunyi
"Sure, nak ajak yang lain?" Katanya sambil melihat ke arah Jeno yang sibuk bermain dengan telefon nya, mungkin sahaja stalking gadis yang sedang dia minati
"Boleh, but I want ask you one serious question" dengan suara yang berat, dia melihat ke arah jaemin
Dan disitulah cinta mulai bersemi, jkjk
Jaemin mengangkat sebelah keningnya, memberi syarat kepada Jeno untuk bertanya kepadanya
"Semenjak kebelakangan ni, kau selalu ganggu Hanie. Kau dah mula jatuh hati dengan dia ke?" Tanya Jeno, yang membuat jaemin bungkam
"Jaem, answer me. Aku tau kau jadikan Hanie sebagai fake girlfriend kau" tanyanya lagi apabila tidak mendapat sahutan dari jaemin
"Why should I like that girl? I just use her to help me" Kata jaemin datar, lagipun dia tidak mahu dijodohkan oleh keluarga nya demi syarikat. Bukankah dia terlalu muda untuk menikah, dia masih ingin menikmati kehidupan masa mudanya. Bukannya mahu terjebak dalam kesepakatan syarikat orang tuanya hingga membuat dirinya berkahwin dengan wanita yang dia tidak kenali dan tidak cintai
"Jangan mempergunakan seorang wanita demi kepentingan sendiri Jaem, aku tau kau taknak dinikahkan dengan perempuan yang kau tak kenal. Tapi jangan jadikan dia sebagai tempat persinggahan sementara, dan bila masalah kau selesai kau pergi tinggalkan dia. What if she fall in love with you?" Jeno berucap panjang, anda semua berfikir bahawa Jeno menyukai Hanie? Tentu tidak, dia cuma tidak suka seseorang menyakiti perempuan, itu sama sahaja seperti menyakiti hati seorang ibu bukan?
"Dia takkan jatuh cinta dengan aku lah sebab tu aku yakin untuk jadikan dia sebagai fake girlfriend aku" katanya lalu memainkan telefon bimbit nya
___________________________________________________