11

1.1K 145 12
                                    

"boleh je, jom lah rehat sesama" kata Jaera dengan senyuman nya

Haechan dan sunwoo dah terkejut beruk disitu, mereka tak pernah menyangka jaera akan menerima jemputan hanie itu, mereka berfikir yang Jaera akan menolak ajakan Hanie tapi lain yang jadi apabila Jaera turut mengikuti mereka untuk rehat bersama

"Weyh woo, kau lempang aku dulu. Aku rasa yang aku sedang bermimpi sekarang ni" ujar haechan yang masih terkejut dan tidak mempercayai situasi yang sedang berlaku

Dan dengan senang hati sunwoo pun melempang muka haechan

"Pehal tampar muka aku kekuat duh" Haechan memegang pipinya yang dilempang oleh sunwoo itu

"Dey kau nak kena lempang, aku lempang jelah" selepas berkata demikian, sunwoo pun mula mengikuti jejak hanie dan Jaera

"Aku takde pun minta dia lempang aku kuat kuat" ujar haechan sambil mengusap pipinya yang masih sakit, dia pun mula mengikuti langkah sunwoo yang sedang mengikuti jejak hanie dan Jaera

Sesampainya dikantin haechan terus duduk sambil memegang pipinya

"Kau kenapa duk pegang pipi kau" ujar hanie, pelik mungkin kenapa haechan datang dengan keadaan yang begitu, selalu nya dia lah yang paling bising diantara mereka

"Takdelah" ujar Haechan sambil memandang ke arah lain apabila sunwoo sudah mengambil tempat duduk disebelah nya

"Hanie aku pergi beli makanan dulu, kau nak pesan apa apa tak" ujar Jaera dengan wajah polosnya

"Hmmm belikan aku roti Ngan banana uyu satu" ujar hanie sambil menghulurkan duitnya, lagipun dia masih ingin tau kenapa haechan tetiba senyap begini. Selalunya dia lah yang paling kecoh

"Kalau tak keberatan belikan aku jugak please" Kata sunwoo sambil tersenyum tampan, Jaera menganggukkan kepala nya lalu mengambil duit yang dihulurkan oleh sunwoo dan mula memandang haechan

"Aku- aku nanti beli sendiri" ucapan Haechan membuatkan Jaera menganggukkan kepala lalu dia pergi untuk membelikan makanan

"Kau kenapa senyap semacam je ni Chan" soal hanie lalu merenung Haechan

"Alaaa macam kau tak tau yang dia on crush dekat Jaera t- auchh sakit lah" sunwoo memegang lengannya yang dicubit kuat oleh Haechan tadi

"Betul ke chan?" Soal hanie dengan nada mengusik

"Mana adalah" bantah haechan terhadap ucapan hanie

"Elelele malu malu kambing pula" kali ini sunwoo pula mengusik rakannya itu

haechan hanya mengabaikan mereka berdua yang sedang mengusik dirinya

.
.
.

"Nak kejut ke tidak? Kejut ke tidak" soal hanie dengan perlahan lalu mengigit jarinya pelan, dia melihat ke arah Jaemin yang sedang tertidur dengan selesa

Nampak lagaknya macam lena je tidur dia

"Hanie kau kena kejutkan dia, kang mati kalau miss song masuk kelas nanti" sekarang mereka berada di dalam kelas, tetapi boleh pula Jaemin ni pergi tidur

"Awak, bangunlah nanti miss song dah nak masuk" ujar hanie dengan suara lembutnya lalu menggerakkan lengan Jaemin perlahan

"Hmm" terdengar suara Jaemin tetapi jejaka itu tidak lagi bangun, kali ini Hanie mendekatkan wajahnya ke arah Jaemin. Mungkin dengan cara membisikkan kata kata bangun akan berkesan

Dia tersenyum sendiri dengan idea nya lalu dia cuba membisikkan sesuatu ke telinga jejaka itu

"Awak, kalau awak tak bangun nanti cikgu song den-"

Cup

Memerah wajah hanie pabila bibirnya bercantum dengan bibir Jaemin, pantas sahaja dia meleraikan lalu menjauhkan diri dari Jaemin. Dia memegang bibirnya

Dia mula gelabah apabila jejaka itu sudah duduk seperti biasa, macam takde apa apa yang terjadi tadi untung sahaja orang lain tidak menyedari perbuatan itu dimana Jaemin memalingkan wajahnya semasa hanie cuba menakut nakutkan Jaemin

Nampak sahaja kelibat miss song dihadapan kelas, pantas sahaja tangannya mengeluarkan buku, walaupun begitu dia masih tidak boleh melupakan tadi, first kissnya telah diambil secara tidak sengaja oleh jejaka disebelah nya

Jaemin yang perasan akan itu hanya tersenyum dalam diam, sebenarnya dia sengaja saja membuat demikian

.
.
.

"Weyh hanie kenapa diam" soal sunwoo kepada hanie, tetapi hanie tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. sunwoo mengusap pelan dadanya mencari kesabaran

"Kau nak jadi macam haechan jugak ke? Tetiba diam, ada hantu sampuk ke apa?" Ujar sunwoo ke arah hanie

"Eo- kau cakap apa?" Ujar hanie apabila tersedar yang sunwoo sedang bercakap dengannya. Sekali lagi jejaka itu mengusap dadanya

"Takde papelah" ujar Sunwoo, hanie hanya mengangguk kan kepalanya

"Haechan pergi mana?" Soal hanie apabila tidak melihat kelibat kawannya yang seorang itu

"Dia pergi tandas sekejap, katanya nak mengorat acik cleaner" ucap sunwoo

"Bodolah HAHAHAHHA" ujar hanie lalu tergelak kuat, sunwoo hanya tersenyum akhirnya wanita itu kembali, bukan lah macam tadi tetiba diam sampai kelibat kawan sendiri nak ke tandas pun dia tak perasan

___________________________________________________
Fuh- Akal dah berkurang, kering idea

Enjoy reading, btw jangan lah lupa vote Ngan comment

Mr.bad boy •Na Jaemin•Where stories live. Discover now