Masuk sahaja kami ke kelas; aku terus duduk sambil mengeluarkan cermin poketku. Aku yang mengharapkan akan menampakkan pantulan wajah Dani yang duduk di belakangku terpaku apabila tempat duduknya itu kini kelihatan kosong.
"Eh?"
"Hai, cari siapa tu?"
"Hah?" Terlepas cermin ditanganku; tapi sempat di sambut Dani yang tiba-tiba menyapaku dari depan.
"Opss... sorry..." Dani tersengih sambil menghulurkan kembali cermin poketku tadi.
"Dani? Ap... apa yang awak buat di sini?"
"Awak tanya saya pula? Kemana awak menghilang? Dah lah tak beritahu apa-apa, tiba-tiba menghilang tanpa berita." Lagak Dani yang persis anak kecil sedang merajuk ketika itu; mencuit hati lantas membuatkan hatiku berbunga lagi.
"Maaflah... saya ada hal keluarga sikit. Nanti bila sempat, saya cerita; okay?" pujukku selari menghulurkan sebatang gula-gula lollipop pada; tanda minta maaf.
"Yalah; maaf diterima. Rehat nanti kita sambung, okay?" Dani tunduk mendekatiku sambil tangannya mengambil lollipop yang kuhulur tadi sebelum kembali ketempat duduknya. Cikgu Erni masuk ke kelas kami sejurus selepas itu.
'Apa kena dengan sayang aku tu hari ni? Approach dia agak bold dari kebiasaannya; takkan dia rindukan aku? Tak, tak mungkin! Impossible!' aku bermonolog sendirian; menggelengkan kepala selari menunggu Dani di tepi tangga seperti yang dijanjikan tadi.
"Ni dah kenapa pula ni?" Suara Dani mengejutkan aku dari lamunanku sendiri; lantas aku berdiri tegak dengan perasaan agak kekok.
"Ah, Dani... kenapa lambat?"
"Saya terserempak dengan cikgu Hasmi tadi, minta tolong saya angkatkan buku. Lepas itu saya pergi beli air; itu yang lambat sampai tu. Maaflah..." Dani duduk disisiku selari memberikan sebungkus air; aku duduk semula disisinya.
'Terasa lama betul tak jumpa dengan dia ni!' Aku memejamkan mata selari menarik nafas panjang; cuba menenangkan diri.
Saat aku membuka mataku perlahan-lahan; wajah Dani tiba-tiba berada betul-betul dihadapanku. Aku terpaku sebentar sebelum menyedarinya; lantas aku bangun dari situ. Jantungku masih terasa laju.
"Awak ada masalah?" pertanyaan Dani menarik perhatianku semula; pandangannya masih melekat padaku sambil mendagu.
"Ap..apa maksud awak?" Dani mengisyaratkan aku untuk duduk semula disisinya; aku hanya menurut sambil menunggu jawapan..
"Awak nampak terganggu sejak tadi; malah awak kerap mengeluh hari ni. Kenapa? Awak ada masalahkah?"
"Tak adalah... cuma masalah keluarga sikit. But... were you stalking me?" Dari bertanya lebih lanjut perihal tadi, Dani hanya terdiam sambil tersenyum. Hatiku berdebar-debar kembali apabila dia tiba-tiba mendekatiku lagi.
"Dani?"
"What if... I am?" Terasa sesak dadaku menyedari betapa dekatnya jarak antara kami ketika itu. Aku terus bangun dari anak tangga itu dan berdiri tegak, buat kesekian kalinya.
"Ah! Saya baru teringat, Cikgu Ross minta saya ke bilik seni tadi. Saya minta diri dulu, ya? Te.. Terima kasih sebab belanja air ni; bye!" Aku terus melangkah laju meninggalkan Dani duduk sendirian di situ.
"Mesti benda tu terlalu private untuk dia kongsi." Dani mengomel sendirian masih melayangkan pandangan ke arah gadis tadi menghilang.
"Hoi!" Arman yang tiba-tiba muncul entah dari mana, bertindak mengambil air bungkus dari tangannya tadi selari duduk disebelah Dani.