Bab 4

8 0 0
                                    

"Surita?"

"Ah, ya?" aku tersedar dari lamunanku; peristiwa pagi tadi bermain difikiran apabila soalan itu ditanya.

"Pernahkah?"

"T... tak adalah pula... tapi, kenapa misi tanya macam tu?"

"Tak ada? Pelik. Sebab masa saya periksa awak tadi, saya dapati awak pengsan kerana impak kuat yang diterima di kawasan perut awak. Macam mana pula boleh tak ada?" aku menjadi semakin panik mendengar penjelasan misi muda ini.

"Ah, ya... baru saya teringat, saya ada terlanggar bucu meja didalam lab masa kelas biologi hari itu... kuat jugalah saya kena tu. Tapi, ia diambil kirakah?" bohongku sambil cuba mengekalkan nada selamba; berharap ia akan berhasil.

"Ah, mungkin juga itu sebabnya; tak mengapalah. Lain kali berhati-hati sedikit, ya?" Pesan misi itu sambil memegang bahuku.

"Baiklah... terima kasih sekali lagi, misi.." aku mengangguk sambil tersenyum; terasa bersalah pula kerana tak bersikap jujur padanya.

Aku cepat-cepat keluar dari bilik rawatan tu sebelum disoal siasat lagi dan menuju ke arah kelas.

"Aduh, dah lambat dah ni!" Aku menjeling jam tangan dan mula berjalan laju menuju ke arah kantin untuk mendapatkan beg sekolah. Kelihatan hari dah makin lewat; pelajar-pelajar sesi petang pun dah nak rehat.

'Aku masih perlu kunci bilik stor tu!' langkahku makin laju apabila menghampiri tangga; aku menukar haluan ke arah bilik stor dari ke kantin.

"Apa-apahal, baik aku pergi kunci bilik stor tu dulu." Omelku selari menuruni anak tangga dengan kelajuan 'full speed'.

"Amboi, lajunya!" Aku yang hampir tersadung kerana terkejut dengan sapaan itu sempat berpaut pada dinding tangga.

'Huh, nasib baik tak tergolek tadi!' aku menarik nafas panjang sambil cuba menenangkan diri.

"Tak reti bagi salamkah?" Tanpa mengangkat kepala, aku mulai berang.

"Awak tak apa-apakah? Ma... maaf... saya tak sengaja tadi." Jeremy; salah seorang rakan sekelasku berdiri disitu sambil menggaru kepalanya.

"Apa yang kau buat disini? Bukan sepatutnya kau dah lama balikkah? Koko pun dah lama habis, kan?" Aku pelik melihatnya.

"Ah... A'ah... Tadi saya nampak beg awak di kantin, itu yang ingatkan nak jumpa awak sebelum balik."

"Kenapa pula kau nak dengan jumpa aku? Ada apa-apa hal kah? Kenapa tak tunggu esok pagi saja?" Jeremy hanya tersengih sambil memandangku.

"Kalau tak ada apa-apa, aku nak pergilah!" Dia yang kelihatan masih membatu disitu; membuatkan aku makin bengang.

"Ah! Tunggulah dulu!" Aku terhenti apabila Jeremy menghalangku.

"Kau nak apa lagi? Aku tanya, kau tak nak jawab." Sekali lagi aku mendongak; melihat rakanku yang tinggi lampai ini dengan perasaan tak puas hati.

"Saya bukan nak apa-apa pun... Cuma nak cakap dengan awak saja, boleh?"

"Hah, cakaplah!"

"Tak... bukan sekarang... err... esok. Esok saya nak jumpa dengan awak lepas sekolah, di... depan sekolah, ya?" Aku terkejut dengan ajakannya yang secara tiba-tiba.

"Esok? Kenapa tak boleh cakap sekarang saja?"

"Tak boleh! Esok tahu? Jumpa awak esok, Bye!" Jerry terus berlalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga disitu.

"Wei, Jerry! Aku tak cakap pun, aku janji..." Tak sempat aku menghabiskan ayat, lelaki itu telah pun menghilangkan diri di koridor bangunan.

"Dah hilang? Suka hati kaulah, Jeremy..." Aku melepaskan keluhan kecil sambil menggelengkan kepalaku; makin malas aku nak melayan perangai pelik budak ni. Aku mengalihkan pandanganku ke arah jam di tangan.

LollipopWhere stories live. Discover now