Gadis itu bersedia untuk menghayunkan penumbuknya; ke arah muka Rita; tapi terhenti betul-betul dihadapannya apabila di sedari Rita tak memberikan sebarang reaksi. Hani terhenti selepas sedar akan sesuatu.
"Kau memang berani, Rita..."Aku perlahan-lahan membuka mata; Hani memandangku tepat sambil tersenyum sinis.
"Apa yang kau cakap ni?"
"Kau tak gentar walaupun tahu aku akan serang kau, malah kau tak elak ataupun rayu aku supaya berhenti." Aku terdiam mendengar kata-katanya.
Aku tak buat begitu kerana aku tahu; kalau aku elak, mahupun rayu, aku tetap akan kena dengan Hani ni... mungkin lebih teruk lagi! Lagipun, aku tahu aku memang bersalah kerana bercakap mengenainya pada Dani; tapi, aku hanya berterus-terang...
"Rita..." dia merenungku dengan nada tegas. Dia senyap sebentar; membuatkan aku semakin gemuruh.
'Apa pula yang dia nak buat ni?'
"Kau tahu, apa yang paling aku tak suka?" aku menggeleng selari tunduk.
"Aku paling benci orang hipokrit... dan aku tahu, kau bukan orang yang macam tu, kan?" dia berhenti seketika sebelum melepaskan satu keluhan.
"Aku lepaskan kau kali ni; sebab aku nampak sesuatu dalam diri kau..." Aku keliru dengan kata-katanya. Hani berundur dari situ sebelum mula melangkah untuk beredar dari situ. Aku mulai menghela nafas lega.
"Rita..."
"Ya?" aku berdiri tegak dengan serta-merta; bagai seorang askar dipanggil komandornya.
"Kau begitu sukakan Dani?" Gadis itu berpaling padaku tanpa sebarang reaksi.
"Hah?" Aku yang tak tahu hendak menjawab apa; berlagak tak faham dengan soalannya. Serba salah jadinya; andai aku menipu, dan katakan tidak, aku akan menjadi seorang hipokrit. Jika aku mengaku, tak pasal-pasal sekali lagi aku kena dengan perempuan ni!
"Tak apalah... kalau kau segan nak jawab... aku pergi dulu, ya?" Hani memberikanku senyuman lembut; membuatkan aku makin keliru.
"Ah... ya..."
"Rita.."
"Ya?"Aku berdiri tegak sekali lagi.
"Aku minta maaf... terima kasih sebab buatkan aku sedar tentang sesuatu..."
"Hah? Ah... ya..." Walaupun sejujurnya aku tak faham dengan apa yang dikatakannya; aku tetap mengiyakan supaya perbualan kami mati secepat mungkin. Mataku melekap padanya sehingga dia hilang dari pandanganku; aku menghela nafas lega.
'Nasib baik tak ada apa-apa tadi!' Aku terduduk disitu buat seketika untuk mengambil nafas dan menenangkan diri kembali.
'Tapi... Hani dah tahu? Siapa pula yang beritahu pasal perasaan aku pada Dani? Dia boleh teka? Nampak sangatkah?' Aku menggaru kepalaku yang tak terasa gatal sambil melepaskan keluhan.
Aku berjalan perlahan menuju ke bilik stor semula untuk meneruskan tugasku sambil mataku memandang ke lantai simen; fikiranku melayang memikirkan apa yang baru saja terjadi tadi.
'Apa pula yang dia merepek tadi? Nampak?Apa yang dia nampak agaknya? Kenapa pula dia terima kasih dengan aku? Apa pula yang aku buat dia sedar?' berbagai persoalan dalam fikiranku membuatkan aku makin pening dan keliru dengan keadaan itu.
Satu bunyi tapak kaki kedengaran makin dekat; tanpa memikirkan apa-apa, aku mengangkat kepalaku perlahan-lahan; ingin tahu siapa yang berlari ke arahku itu. Terbeliak mataku apabila terus dapat mengecam lelaki itu.
"D... Dani?" Aku terpaku disitu.
"Rita, awak tak apa-apa?" Aku yang masih terkejut dengan kehadirannya terpaku sebentar;