"Rita, saya..."
"Saya minta maaf, Dani... saya tak sepatutnya marahkan awak tadi. Dah lah awak dah tolong saya, saya tengking pula. Maaf..." Aku terdiam apabila dia mula mencelah. Dia tunduk dan masih enggan memandangku.
"Tak, Rita... awak tak salah... saya yang salah... saya tak patut tuduh awak ada hubungan dengan Jeremy tu; saya patut lebih sensetif terhadap perasaan awak, kan?" gadis ini memandangku sebelum menggeleng untuk beberapa kali sambil menjebikkan bibirnya.
"Tak... awak tak salah; saya yang salah! Lagipun, saya patut faham yang awak cuma bergurau saja tadi. Bukannya melenting tak tentu pasal." Sekali lagi dia tunduk apabila menyedari kami bertentangan mata. Aku berasa makin bersalah terhadap dirinya; aku sedar, dia masih mempunyai perasaan padaku; sama seperti dulu. Tapi, aku juga sedar dia tak mahu aku tahu tentang perkara itu. Jadi, aku berlagak seperti aku tak tahu supaya dia tak berasa kekok terhadap persahabatan kami. Suasana menjadi senyap seketika.
'Kenapa dia senyap ni? Dia suruh aku yang cakap dulukah? Ke... dia marahkan aku lagi?' Aku masih berasa kekok hendak bersuara; walaupun suasana senyap ini buatkanku rasa amat tak selesa.
"Rita?" Aku mengangkat kening apabila dia akhirnya bersuara; perlahan-lahan aku menjeling ke arahnya tanpa memalingkan kepala.
"Y... ya?" suaraku lontarkan perlahan.
"Kita ok, kan?" Aku memaling padanya; dia tersenyum. Dengan tak semena-mena, wajahku terasa hangat.
"Hmm..." aku hanya mengangguk selari tunduk kembali; aku tahu dia masih memandangku.
"Baguslah kalau macam tu..." kata-katanya membuatkan aku agak terkejut.
'Dia suka aku selalu dengan dia? Dia tak kisahkah?'
"A... awak tak kisah?"
"Hmm?"
"Awak tak kisahkah kalau selalu jumpa dengan saya?"
"Tak lah... mungkin saya akan jadi lebih tak selesa kalau tak nampak muka awak sehari." Dia menggeleng selari tersenyum; membuatkan hatiku menjadi tak tentu hala buat sekelian kalinya.
'Dani! Apa maksud awak sebenarnya? Bila awak dah beritahu yang kita hanya boleh menjadi kawan semata-mata, masa itu jugalah awak buat saya jatuh hati pada awak berulang kali.' Aku hanya tunduk sambil berdiam diri; tak mampu aku nak bersuara lagi.
"Surita?" Aku tersentak apabila nama Rita kedengaran dari belakang kami.
"Puan Hasmi?" Cikgu yang bertanggungjawab mengendalikan bilik kaunselor itu kini berdiri tegak di belakang kami;
"Ya, cikgu?" Kami terus bangun dari situ untuk berhadapan dengannya.
"Boleh saya berjumpa dengan awak di bilik saya sebentar?"
"Ah, baik..." perlahan suara Rita menjawab; riak wajahnya berubah dengan serta merta. Sejurus selepas cikgu Hasmi beredar baru aku berani bersuara.
"Kenapa tiba-tiba saja? Awak ada masalahkah?"
"Er... Entahlah... saya pun tak pasti. Tapi, baik saya jumpa dengan cikgu Hasmi tu dulu." Rita mulai bergerak hendak ke bilk kaunselor.
"Er... Rita?" langkahnya terhenti.
"Ya?"
"Awak nak saya temankan?" Dia yang kelihatan terkejut dengan soalanku terdiam sebentar.
"Tak.. tak apa... saya boleh pergi sendiri, terima kasih; Dani." Dia memberiku senyuman kelat sebelum beredar dengan langkah perlahan.
'Kaunselor? Kenapa tiba-tiba saja? Siap cikgu sendiri yang datang panggil...' Pelbagai persoalan mula memenuhi ruang fikiranku saat aku berjalan menuju ke perpustakaan. Aku masih perlu mencari beberapa buku rujukan sebelum balik.
![](https://img.wattpad.com/cover/184820209-288-k474652.jpg)