Qistina mula melangkah memasuki ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu. Jam di dinding sudah berganjak ke pukul 1pagi. Dalam keadaan rumah yang gelap itu, dia berjalan perlahan seperti berjingkit.
Tiba tiba lampu di bahagian ruang tamu di nyalakan ketika dia sudah berada di anak tangga. "Ehh cik Qistina baru pulang?" kata seorang perempuan yang berumur lingkungan 50an, mak Senah. Qistina hanya tersenyum sambil menampakkan gigi.
"Haa aa, pelanggan ramai sangat hari ni. Hujung minggu kan." mak Senah hanya mengangguk faham. Akibat terbunyi pintu bilik yang berada di atas, cepat cepat dia melangkah masuk ke dalam biliknya.
___
"Lewat kamu bangun. Pukul berapa balik semalam?" Qistina mengerling jam di dinding. Tak de laa lewat mana. Pukul 10. "Biasalaa paa, kan hujung minggu. Ramai pelanggan yang datang." jelas Qistina kepada papanya, Dato' Hakiem.
"Anak dara tak elok balik lambat. Apa kata jiran tetangga nanti." kata papanya. Qistina hanya mendiamkan diri sambil menghabiskan makanan di pinggannya. Nak membantah, ada betul juga kata papanya.
Dia melihat papanya sedang membaca surat khabar di depan tv. Ibunya pula sedang menyiram pokok kecil kecil yang berada di dalam rumah itu. Setelah selesai, ibunya, Datin Rosnah mula mendekati suaminya di ruang tamu itu.
"Selepas sarapan, mari sini. Ibu dengan papa ada benda nak cakap dengan kamu." Dato' Hakiem mula berbicara lagi setelah beberapa minit mendiamkan diri. "Alaa pa, kita bincang petang petang sikit lagi laa er. Qis nak jumpa Tasha kejap lagi." Seraya itu, Qistina meneguk air yang sudah di isi di gelasnya.
"Sekejap je sayang. Hal penting ni." Datin Rosnah pula mula bersuara. Perlahan lahan Qistina pergi ke ruang tamu itu. Sofa yang berhadapan dengan Dato' Hakiem serta Datin Rosnah di duduknya.
"Ada apa, paa ibu?" tanya Qistina yang mula mencapai alat kawalan tv. "Papa dengan ibu dah berbincang. Kami nak kamu kahwin." seloroh sahaja percakapan Dato' Hakiem. Datin Rosnah hanya mengagguk sambil memandang ke arah Qistina yang mula terkejut.
"Apa ni paa. Qis muda lagi laa. Tak puas enjoy lagi." kata Qistina. Haduhh masalah ni. Takkan tiba tiba kena kahwin pula. Apa kess ni.
"Papa tahu tapi kamu sendiri tahu kan yang syarikat papa sekarang ni semakin merosot. Kamu jugak yang tak nak kerja di syarikat papa tu." kata Dato' Hakiem.
"Tapi paa, takkan sampai Qis kena kahwen. Mesti ada cara lain kan. Paa, ibu." meleret sahaja suara Qistina. Alat kawalan tv diletakkan kembali. Dia bangun dan duduk bersebelahan dengan ibunya.
"Kamu tetap kena kahwin dengan kawan papa. Dia je yang boleh tolong syarikat kita. Dia dah banyak keluarkan modal untuk syarikat kita Qis." Tegas Dato' Hakiem.
"Apa ni paa. Ibu, tolonglaa cakap dengan papa. Qistina taknak. Lagipon Qis tak kenal siapa kawan papa tu." rayu Qistina kepada ibunya. "Kamu kenal kawan papa tu. Tan sri Razlan." Terkejut tidak terkata oleh Qistina.
Tan sri Razlan sudah berumur sebaya dengan papanya sendiri. Sudah ada 2 orang isteri. Sampai hati papa buat begini padanya. Sanggup papa dan ibunya jual dirinya semata mata nak selamatkan syarikat tu.
"Apa maksud papa ni. Qistina tak nak. Papa sanggup jual anak papa sendiri pada dia?" luah Qistina sambil bangun. Belum sempat Datin Rosnah ingin berbicara, Qistina menyambung bicara. "Qis, taknak. Kahwin bukan benda main main ibu, paa.. Keputusan Qis tetap muktamad! Qistina Athirah tak nak kahwin!!" Qistina tetap dengan pendiriannya.
"Siape yang ajar kamu tinggikan suara depan orang tua hah?!" Satu tamparan hinggap di pipi kanan Qistina. Air matanya mula bertakung. "Sampai kan hati papa." Selama ini, ibu dan papanya tidak pernah menaikkan tangan kepadanya. Disebabkan ini, dia merasa tamparan dari papanya sendiri.
Qistina berlari masuk ke biliknya. Tangisannya teresak esak. Tidak lama kemudian, pintu biliknya diketuk. Qistina masih tidak berganjak. "Qis, ibu masuk ye." Datin Rosnah masuk ke dalam bilik anak perempuannya.
"Sayang. Jangan nangis." Datin Rosnah mengambil badan Qistina lalu di peluknya. "Ibu, Qis taknak kahwin dengan orang tua miang tu. Please bu." Rayu Qistina sambil menangis teresak esak.
"Qis. Qis sayang ibu dengan papa kan? Please, kahwin dengan Uncle Razlan ye. Dia je yang sanggup tolong syarikat kita. Sayang nak ke kita hidup susah?" Qistina menangis tanpa henti. Rayu dengan ibunya juga tidak berhasil. "Qis tetap tak nak kahwin." Terus sahaja dia masuk ke dalam bilik mandi.
Datin Rosnah hanya memandang sayu.
___
Qistina mengeringkan rambutnya dengan tuala rambut.
Ting.. Ting..
Dua mesej diterima oleh telefon Qistina. Dia mencapai telefon di atas katil.
Uncle Razlan
Hai sayang.Uncle Razlan
Jom keluar makan malam ni.Geli Qistina apabila mendapat mesej dari orang tua miang itu. Memandangkan Tan sri Razlan adalah kawan baik papanya, dia juga menyimpan no tel uncle Razlan. Kerana kadang ii, papanya pernah menggunakan telefonnya untuk menghubungi Tan Sri Razlan apabila kecemasan.
"Macam la aku nak kahwin dengan kau. Buat baik ada makna er kau ni.. Tak padan dengan tua, miang pulak tu." Qistina hanya membiarkan mesej itu.
___
Seperti yang dijanjikan, Qistina berjumpa dengan kawan baiknya, Tasha. "Lama ke kau tunggu?" Qistina terus duduk berhadapan dengan Tasha. "Lama laa jugak. Sampai nak habis dah air aku ni." Seraya itu Tasha meminum air. "Sorry laa. Jalan jammed." Qistina bangun. "Nak pergi mana pulak?" tanya Tasha apabila melihat Qistina bangun balik.
"Nak pergi order laa." kata Qistina. "Hehehe. Tu la kau, datang lambat lagi. Kan air kau dah aku rembat." Qistina hanya membuat buka selambanya. Dia terus pergi ke kaunter mengambil pesan.
"Tuan, kami gerak dulu." kata salah seorang dari mereka. Pakaian mereka berlima hanya pakaian santai sahaja.
Bukan seperti seorang lelaki itu, berpakaian serba hitam. Cap hitam, seluar slack hitam, baju t-shirt hitam, spek hitam. Lelaki yang berpakaian serba hitam itu hanya mengangguk.
Tidak lama kemudian, lelaki itu juga turut bangun. Qistina yang sedang membawa dulang makanan dan minuman hampir terlanggar dengan seseorang. Silap langkah lelaki itu kerana berjalan sambil mengangkat telefon tanpa memandang ke hadapan.
Qistina melangkah ke kiri, lelaki itu juga ke kiri. Dia ke kanan, lelaki itu ke kanan. Dia mengangkat muka dan memandang ke arah lelaki yang berada di hadapannya kini. Tinggi, putih, hidung mancung. Bibir. Bibirnya agak kemerahan jugak. Tapi satu je kurang. Muka agak menakutkan. Tanpa senyuman di wajah itu.
Cepat cepat Qistina turunkan balik pandangannya ke bawah. Dibiarkan lelaki itu berlalu dahulu. Setelah itu, baru dia melangkah ke arah Tasha.
___
Tasha yang sedang mengemas barang barangnya di tegur oleh Qistina. "Weh, aku tunggu kat luar er. Kau jangan lupa pula nak tutup lampu lampu tu semua." pesan Qistina kepada Tasha. Dia hanya mengangguk faham.
Beberapa saat Qistina melangkah keluar dari restoran itu, sebuah van hitam berhenti seraya itu mula mendekati Qistina dan terus menekup mulut Qistina. Dia meronta ronta agar dilepaskan. Suaranya tidak dapat di keluarkan. Lama kelamaan, dia pengsan dibawa pergi oleh mereka yang menaiki van hitam itu.
Tasha yang baharu sahaja keluar, tercari cari Qistina. "Mana pulak minah ni pergi. Kata nak tunggu kat sini." Tasha mengambil telefonnya untuk membuat panggilan. Panggilannya juga tidak diangkat. Dia mula melangkah ke arah keretanya. Dilihat kereta Qistina masih lagi berada disitu, bersebelahan dengan keretanya.
Fikiran Tasha mula terfikir. "Entah entah.... Culik? Hilang?" Cepat cepat Tasha masuk kedalam keretanya sambil menelefon kepada Qistina. Dia tetap cuba membuat panggilan kepada kawan baiknya itu.
"Qis, kau kat mana ni. Haduii, buat aku risau laa." Seraya itu, Tasha terus pergi ke rumah Qistina.
Bersambung.
YOU ARE READING
who is that GUY??
RomanceDanial Wazif × Qistina Athirah Kemunculan Danial telah membongkarkan segala rahsia yang ditutupi oleh keluarga Qistina selama ini. Rahsia ini juga telah membawa hidup Qistina ke dalam hidup Danial. Pertemuan kali ini telah membawa mereka ke hidupan...