Qistina ditempatkan di bilik yang gelap. Tangannya digari. Badannya diikat pada satu kerusi. Seorang lelaki mula masuk ke dalam bilik itu. Qistina yang masih tidak sedarkan diri dihampirinya. "Kau tetap akan jadi milik aku. Sayang." Pipi Qistina di elusnya lembut.
Senyuman jagat di bibir lelaki itu terukir. Dia melangkah keluar dari bilik kurungan Qistina. "Kau jaga perempuan dalam tu. Jangan sampai terlepas." arah Tan Sri Razlan kepada anak buahnya yang berada di luar pintu bilik itu.
"Baik Boss." Lelaki yang menjaga pintu bilik itu hanya mengangguk serta menundukkan sedikit badannya apabila Tan Sri Razlan mula melangkah pergi.
___
Pagi itu Qistina mula membuka matanya apabila silauan dari pintu dibuka dari luar. Langsir di selak oleh seseorang. "Siapa korang semua ni ha?? Kenapa culik aku?" Kata Qistina dengan suara yang kuat. Beberapa orang lelaki disitu tidak bersuara.
"Jawablaa aku tanya! Siapa yang upah korang hah?!" Tetiba dia terlintas dengan seorang lelaki. Uncle Razlan. "Boss korang Tan Sri Razlan kan?! Jawablahh!" Laung Qistina di bilik itu.
"Pandai laa sayang aku ni. Pagi pagi lagi panggil nama bakal suami. Tak sabar nak jadi wife aku er." Seraya itu Tan Sri Razlan mula menapak masuk kedalam bilik itu. "Lepaskan aku laa bodoh!" Tempik Qistina.
Dia sudah hilang sabar. Selama ini dia tidak menyangka bahawa Tan Sri Razlan akan bertindak sebegini. Lelaki yang sudah berusia itu meletakkan makanan yang dibelinya diatas meja berdekatan kerusi yang di duduki oleh Qistina.
"Kau yang memaksa aku untuk buat semua ni. Kalau kau tak tolak untuk kahwin dengan aku, kau takkan hadap semua ni." Seraya itu, pipi Qistina dicengkam dengan kuat oleh Tan Sri Razlan. "Sakitlah!." Tak tentu pasal, Qistina meludah ke arah muka Tan Sri Razlan.
Beberapa orang yang berapa di situ terkejut dengan tindakan Qistina. "Kurang ajar kau!" Satu tamparan hinggap di pipi Qistina. Dia menahan air matanya dari keluar. Dia tidak boleh menunjuk dirinya lemah di depan lelaki tidak guna ini.
"Kau dengan bapak kau, sama je! Menyakitkan hati aku.!" Terus sahaja Tan Sri Razlan keluar dari bilik itu. "Jangan sesiapa bagi dia makan dan minum." Arah Tan Sri Razlan ketika keluar dari bilik.
___
Danial. Dia sedang meneliti video cctv yang ada di persekitaran restoran milik Qistina. "Bagus. Sekejap lagi, kumpulkan kesemua team B di sini dalam masa 5minit." arah Danial dengan bersahaja. Misi menyelamatkan Qistina Athirah bermula.
Seorang orang bawahan Danial mengangguk faham serta menundukkan sebahagian badannya sebelum keluar dari bilik. "Tan Sri Razlan." Kata Danial dengan perlahan sambil terbit senyuman sinis di bibirnya.
___
Dato' Hakiem terkejut apabila mendapat tahu tentang Qistina dari Tasha semalam. "Tasha, kamu balik dulu. Hal ni biar kami yang uruskan." kata Dato' Hakiem kepada Tasha. Selepas tahu Qistina di culik, terus sahaja dia pergi ke rumah Qistina untuk memberitahu kepada Dato' Hakiem dan Datin Rosnah.
"Yelaa, sekarang ni pagi lagi. Pagi pagi lagi kamu dah datang. Nak buat report polis pon masih tak sampai 24jam lagi." celah Datin Rosnah. Mereka berdua sedaya upaya menyembunyikan hal ini dari Tasha.
Semalam selepas Tanya pulang, mereka menerima panggilan bahawa Qistina berada dengan Tan Sri Razlan. Mula mula mereka risau dengan keadaan Qistina tetapi apabila teringat akan perjanjian mereka dengan Tan Sri Razlan, dibiarkan begitu sahaja.
"Hmm. Yelaa. Okay laa, Tasha balik dulu. Kalau ada apa apa bagitahu kat Tasha jugak." Tasha menyalami tangan Datin Rosnah sebelum pulang.
"Abang. Agak agak Qistina okay ke kat sana?" tanya Datin Rosnah yang agak risau. "Kamu tak payah risau la. Kita ikut je rancangan Tan Sri Razlan itu." Dato' Hakiem mula menapak menaiki tangga.
___Qistina menahan lapar dan dahaga. Sudah 9 jam dia terikat di bilik itu. Makan dan minum juga dilarang. "Tolong! Lepaskan aku lah!" Laung Qistina yang semakin lemah tidak berdaya.
Langsung tidak ada seorang pon yang datang. Seolah olah tidak mendengar jeritan kuat darinya. "Papa, ibu. Qis takut. Tolong laa. Aku nak balik. Uncle, Qis nak balik." Air mata Qistina mula turun dengan lebatnya. Dia sudah tidak dapat menahan air matanya keluar.
Satu je perasaannya ketika ini, takut. Dia melihat setiap ruangan disekelilingnya. Hanya ada katil, sebuah meja kecil, tingkap. Tingkap. Dia cuba menggerakkan kerusinya. Tapi malangnya, kerusi itu jatuh bersama badannya.
Bunyi kerusi yang jatuh itu menyebabkan orang bawahan Tan Sri Razlan cepat cepat masuk ke dalam bilik itu. Dilihatnya Qistina sudah jatuh di lantai. Diangkat dan dibetulkan kerusi itu. "Tolong lepaskan aku. Aku takde buat salah apa apa pon dengan korang." Rayu Qistina.
Seperti biasa, orang bawahan Tan Sri Razlan tidak berbicara. Bisu ke dia ni? Nak kata pekak, aku jatuh tadi dia boleh dengar. 'Ya Allah. Bantu laa aku keluar dari sini. Hantar laa sesiape je untuk tolong aku keluar dari sini.' bisik hati Qistina sambil memejamkan matanya.
Tidak beberapa minit kemudian, bunyi tembakan dari luar bilik. Terkejut Qistina dibuatnya. Lelaki yang ada bersama Qistina disitu cepat cepat keluar menuju ke tempat tembakan itu.
"Bunyi apa tu? Takkan diorang nak bunuh aku pulak." Hati Qistina mula tidak keruan. Dia tidak mampu berbuat apa apa kerana tangannya di gari.
Tembakan dibalas tembakan. Suara erangan manusia diselang seli dengan tembakan dilepaskan. Makin lama, makin dekat dengan bilik yang mengurung Qistina.
Tidak lama setelah itu, telinga Qistina tidak menangkap apa apa bunyi di kawasan sekelilingnya. Dia yang menutup matanya kerana agak takut perlahan lahan membuka mata. Tiada sesiapa.
Kemudian satu susuk tubuh mula masuk kedalam bilik itu. Menuju kearah Qistina. Dia hanya memandang seseorang dihadapannya kini. Berpakaian hitam. Pakai topeng hitam di muka. Pegang pistol. Pistol itu disisip ke bahagian kiri.
Lelaki itu mula membuka ikatan di badan Qistina. Gari di tangan juga dibuka. Perlahan lahan mengangkat dirinya secara bridal style. Qistina bagaikan dipukau. Hanya berdiam diri. Langsung tidak menolak apabila lelaki itu mendukungnya.
Qistina memandang ke arah mata lelaki itu. Warna koko pekat. Seram. "Siape ....??" Tidak lama itu, Qistina pengsan dalam dukungan lelaki bertopeng hitam itu.
Bersambung
YOU ARE READING
who is that GUY??
Storie d'amoreDanial Wazif × Qistina Athirah Kemunculan Danial telah membongkarkan segala rahsia yang ditutupi oleh keluarga Qistina selama ini. Rahsia ini juga telah membawa hidup Qistina ke dalam hidup Danial. Pertemuan kali ini telah membawa mereka ke hidupan...