Qistina ditempatkan di ruang VVIP. Sudah 2 hari dia ditahan di hospital itu. Semakin hari, semakin membaik keadaannya. Sepanjang tempoh itu juga, langsung tiada yang datang menjenguknya. Dia juga langsung tidak dibenarkan membuat panggilan kepada sesiapa. Itu yang membuatkan dia merasa ketakutan.
Seorang doktor perempuan masuk ke bilik itu. Doktor yang mempunyai pin nama, Sabrina itu memberi senyuman kepadanya. Dia juga membalasnya.
"Cik Qistina rasa macam mana hari ini? Okey?" tanya doktor itu. "Okay. Rasanya saya dh boleh keluar." pinta Qistina. Sudah naik jemu dia berada di bilik sakit ini. Doktor itu hanya tersenyum seraya mengangguk. "Okay, boleh. Nanti saya bagithu pada waris awak ye." kata Doktor Sabrina.
"Keluarga saya ada datang ke? Kenapa saya takde jumpa pon dengan diorang." pelik bila difikirkannya. Takkan laa papa dan ibunya datang ketika dia tidur je sepanjang 2 hari ini. "Sekejap lagi penjaga awak akan datang, jemput awak balik." Seraya itu Doktor Sabrina keluar dari bilik VVIP itu.
"Penjaga? Haalahh, sape pulak ni." Tidak lama kemudian, seorang lelaki masuk. Berpakaian biasa. Dia mendongak melihat lelaki dihadapannya kini. Seperti pernah dilihatnya, tapi dia tidak ingat.
"Cik Qistina, dah boleh keluar hospital hari ini. Jom saya hantarkan cik pulang." Kata lelaki asing itu. "Awak siapa? Awak ke penjaga saya?" soal Qistina smabil tertanya tanya.
"Maaf cik Qistina. Saya diarahkan oleh tuan saya sahaja. Jom cik." Kata lelaki itu.
"Tuan? Siapa tuan awak? Tan Sri Razlan?" Soal Qistina bagai menyiasat saksi kejadian. "Bukan cik, tuan yang bawa cik Qistina ke mari." Tiba tiba dia terlintas pada sepasang anak mata yang berwarna koko gelap itu.
"Siape tuan awak?" soal Qistina yang ingin tahu gerangan disebalik topeng hitam itu. "Jom saya hantarkan cik jumpa tuan saya." kata lelaki itu lagi.
"Tak nak! Hantar saya balik rumah saya." Cepat cepat dia turun dari katil. Dia melangkah keluar dari bilik. Dia agak terkejut apabila 3 orang berdiri dihadapannya kini. Salah seorang darinya terlihat seperti familiar dengannya.
Lelaki itu, lelaki yang dia terserempak di restoran hari itu. Betul lelaki itu. Danial mula menapak perlahan lahan ke arah Qistina. Wajahnya sengaja didekatkan dengan telinga Qistina. "Ikut aku kalau tak nak jadi apa apa kat kau." Perlahan sahaja suara lelaki itu tetapi terselit dengan agak garau. Menakutkan.
Cepat cepat Qistina mengangguk. Saat ini dia buntu. Dikelilingi oleh lelaki yang tak dikenali. Dia takut kalau dia di apa apakan oleh lelaki lelaki yang berada di hadapannya kini. Nak menjerit, ada pesakit lain. Nanti terganggu. Lagipon, mereka yang membawa dirinya ke hospital.
Mungkin orang suruhan papanya. Dia mengikuti Danial dari belakang. Dua buah kereta selamat berhenti di muka pintu utama hospital itu. Danial bergerak menuju ke arah kereta berjenama Lamborghini berwarna merah.
"Ikut aku." Seraya itu tangan Qistina digenggam oleh Danial yang sedang menuju ke arah kereta miliknya. Tanpa membantah, Qistina hanya menurut langkah Danial.
___Beberapa manusia sedang berdiri di tepi laluan masuk ke rumah agam itu. Di beri tunduk hormat kepada Danial yang berada di hadapan. "Selamat pulang Tuan Danial. Selamat datang cik Qistina." Melopong dirinya apabila dirinya disambut seperti itu.
Jap. Danial? Maksudnya lelaki dihadapannya kini, Danial laa namanya. Not bad. Qistina mengikuti langkah Danial yang sudah masuk ke dalam rumah agam itu. Dilihat sekeliling yang susunan atur yang cantik. Barang barang yang mahal. Sukar didapati di negara ini. Cantik.
Danial menuju salah satu bilik di ruangan tingkat 3 itu. "Ni bilik kita." kata Danial sambil membuka pintu bilik itu. "Kita? Saya tak nak satu bilik dengan awak." tegas Qistina. Gila ke apa nak sebilik dengan lelaki tak dikenali.
"Habis tu kau nak sebilik dengan diorang semua tua ke?" Seraya itu Qistina memandang ke arah tingkat bawah yang dipenuhi dengan beberapa orang lelaki.
"Dah tu kenapa bawa saya kesini. Hantarlah saya balik. Saya nak balik." Kata Qistina. "Kau tu takde mak bapak. Oh lupa, yang kat rumah tu. Mak bapak kau er. Rasa macam tak." Seloroh sahaja Danial bercakap.
"Apa maksud awak ni? Diorang papa dan ibu saya lah. Awak takde hak nak cakap macam tu kat diorang. Jangan ingat, awak selamatkan saya, saya akan dengar je cakap awak." Terus Qistina mengambil langkah untuk turun kembali.
"Kau langkah lagi, aku pergi hantar kau jumpa Tan Sri tak guna tu." Tegas sahaja suara Danial tika itu. Langkah Qistina juga berhenti. "Mak bapak saya ada, dia akan lindungi saya." Qistina pula bersuara.
"Kau yakin ke? Selama kau hilang. Ada ke diorang cari? Selama kau di hospital. Ada ke diorang datang jenguk kau?" Sindiran dari Danial. "Diorang tak tahu lah.! Kata Qistina dengan geram.
"Betul ke? Bukan diorang dah jual kau pada lelaki tak guna tu untuk bangunkan balik syarikat tu?" Senyuman sinis terbit di wajah Danial. Qistina terdiam. Apa maksud semua ni. Kenapa papa dan ibunya sanggup buat dirinya seperti ini. Sampai hati.
"So macam mana?" soal Danial kembali. "Saya boleh duduk dengan Tasha." balas Qistina. Sebolehnya dia ingin mengelak dari sebilik dengan Danial. Menakutkan.
"Tasha kau tu, tak lama lagi kena rembat juga. Buang masa laa nanti aku nak pergi ambik kau lagi nanti." Seraya itu lengan Qistina ditarik dan dimasukkan kedalam bilik itu.
"Awak nak buat apa ni?" Qistina mula panik apabila Danial mula mengunci bilik tidur itu. "Jangan dekat." Danial mula menuju ke arahnya perlahan lahan sambil membuka kancing butang baju kemeja.
Danial tidak menghiraukannya. Dia perlahan lahan memejam matanya dengan rapat apabila Danial berhenti bergerak. Tangan Danial mula bergerak kebelakang badan Qistina. Menyebabkan badan Danial hampir dengan Qistina.
Wangian yang menusuk ke rongga hidung Qistina membuatkan dia kembali membuka matanya. Dilihat Danial amatlah dekat dengannya. Mukanya sudah merah padam apabila berdekatan dengan Danial seperti ini. Jantungnya juga berdegup kencang.
Danial mencapai tuala yang berada di belakang Qistina. "Kau nak mandi sekali ke dengan aku?" tanya Danial yang teragak agak ingin memegang tangan Qistina. Qistina yang perasan akan riak wajah Danial cepat cepat melangkah ke arah balkoni di bilik itu.
Danial hanya tersenyum sinis. Dibukanya satu persatu kancing baju. Dibukanya baju di bilik itu tanpa rasa janggal. Qistina yang masih berada di situ cepat cepat melangkah ke arah pintu bilik. "Kau langkah keluar. Aku tembak kau." Bunyi gerakan pistol yang dihasilkan oleh Danial menghentikan langkah Qistina.
Danial mula menapak masuk kedalam bilik mandi. Setitis demi setitis air mata Qistina mula turun. Apa maksud semua ni. Keluar dari bahaya, masuk balik ke dalam bahaya.
___Danial menapak keluar dari bilik mandi. Seluar pendek tersarung di badannya. Tuala mandinya di jadikan sebagai pengering rambut yang masih basah. Dia mula mendekati diri Qistina yang sudah tertidur di salah satu sofa di bilik itu.
Di pandang lama keadaan Qistina tika itu. Dia meletakkan tuala di atas kepalanya. Badan Qistina diangkat secara bridal style. Perlahan lahan badan perempuan itu diletakkan dia atas katil. Tiba tiba lengan Danial dipaut oleh Qistina tika dia selamat mendarat di katil.
Danial hanya memandang wajah Qistina yang sedang tidur. Lengan yang dipaut tadi semakin lama semakin ditarik oleh Qistina. Danial sudah tersenyum. Lengan Danial dipeluknya. Dia mendekatkan wajah ke wajah Qistina. Bau yang menusuk ke ruang rongga hidung Qistina membuatkan dirinya terbangun.
"Argghh!" Terkejut Qistina saat membuka matanya. Terlihat Danial yang tidak berpakaian betul betul menakutkan dirinya. "Asal terkejut? Tadi bukan main peluk peluk aku. Tak sabar nak buat baby er?" Seraya itu Danial naik ke atas katil. Terkejut gila dengan tindakan lelaki itu.
"Jangan la. Jangan datang dekat.. haaaaa.." Qistina menjauhkan wajahnya saat Danial seperti ingin mencium nya.
"Hahahahahahahha." Gelak sakan si Danial apabila berjaya menyakat si gadis ini. Qistina sudah masam mukanya. Geram dan sakit hati bila disakat seperti itu.
"Asal marah? Marah sebab aku tak teruskan? Boleh je kalau kau nak." Danial mula mendekatkan lagi wajah nya ke wajah Qistina. Makin lama makin dekat ...... Dan .........
Bersambung
YOU ARE READING
who is that GUY??
RomanceDanial Wazif × Qistina Athirah Kemunculan Danial telah membongkarkan segala rahsia yang ditutupi oleh keluarga Qistina selama ini. Rahsia ini juga telah membawa hidup Qistina ke dalam hidup Danial. Pertemuan kali ini telah membawa mereka ke hidupan...