WARNING !!
DALAM STORY NI, TERDAPAT BANYAK KONTEN YANG TAK PATUT DIIKUTI. JADI, MOHON JANGAN DICONTOHI.
JUGA TERDAPAT BANYAK CARUTAN. CAUSE, LOGIKLAH SIKIT. SIAPA SAJA YANG TAK MENCARUT EVEN THOUGH TERCARUT WHEN DALAM KEADAAN, YOU KNOW😂
BACA ATAS RISIKO SENDIRI !!
◈ ━━━━━━━ ⸙ ━━━━━━━ ◈
"TAK, sekarang ni aku rasa aku yang ajak kau datang kantin ni tadi. Tapi, kenapa kau yang... " Sofea memandang Mimi atas bawah berulang kali.
Bukan apa. Dalam dakapan Mimi tu penuh dengan makanan. Jangan lupa juga minuman, tapi minuman miliknya Sofea yang tolong bawakan.
"Kau makan ke mentedarah siaa ?? " soal Sofea. Meskipun dia sudah sedia maklum dengan perangai twinnya itu, namun apabila difikirkan beberapa kali, tetap susah nak dipercayai.
"Dua-dua, maybe ?? " jawab Mimi selamba. Roti berperisa vanilla disumbat ke dalam mulut lalu ditelan. Saya ulang ! Dia telan ! Bukan kunyah ye anuckzz².
Dengan tidak semenanya, kepala Mimi menerima pukulan kasih sayang daripada Sofea menyebabkan dirinya terbatuk-batuk kerana tersedak.
Sofea memberi air minuman yang sudah dicucuk straw itu kepada Mimi dengan reaksi muka yang tiada langsung rasa bersalah.
Mimi menyambarnya dengan pantas lalu menyedutnya dengan rakus sekali. Setelah selesai, Sofea dikerlingnya tajam.
"Kau dendam apa dengan aku hah ? Sampai nak bunuh aku bagai. Eh, kau ingat sikit eh, hutang 20 sen aku pun kau belum bayar lagi tau ! Ingat tu ! " tegas Mimi.
"20 sen je pun. Itupun nak berkira halah². Berkira betullah kau ni, " Sofea mencebik sebelum memutarkan bebola matanya ke atas.
"Eh, 20 sen jangan diremehkan. Tak ada 20 sen, tak cukup duit seringgit. Tak ada seringgit, tak cukup sepuluh ringgit. Tak ada sepuluh ringgit, tak cukup seratus ringgit. Tak ada─ " mulut Mimi ditekup Sofea sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.
"Kau nak ulang sampai bila ?? Aku tahulah semua benda tu, " Mimi menepis kasar tangan Sofea.
"Kesimpulannya, jangan meremehkan duit meskipun hanya 10 sen, tau ! " tegas Mimi lagi.
Sofea tidak mengendahkannya lalu berjalan ke arah hadapan, meninggalkan dirinya yang mengomel seorang diri.
"Kau dengar tak ?! " soal Mimi sambil langkahnya, cuba disamakan dengan langkah Sofea.
"Sejak bila twin aku berperangai begini ?? Tersalah makan ubat agaknya, " gumam Sofea.
"Kutuk akulah tu, " ujar Mimi yang sudah berada di sebelah Sofea. Terperanjat Sofea seketika. Laju pula langkah minah ni, batinnya.
YOU ARE READING
War Of Time: Apocalypse
Mystery / ThrillerWAR OF TIME : APOCALYPSE || epidemik || Satu virus misteri yang tersebar di beberapa buah kawasan di Kuala Lumpur dan menjangkiti penduduk di sana telah mencetuskan keadaan yang huru-hara. Virus ini membunuh ratusan penduduk. Namun, bukan itu yg mer...