❀CHAPTER 23❀

73 18 147
                                    

❲ 9:30 p.m|15/3/20**❳

"Kau ni dah kenapa ? Tak habis-habis dengan muka masam tu. Sejak daripada petang tadi lagi kau macam tu," tegur Nana apabila melihat sahabatnya itu bermasam muka.

"Aku tak puas hati," jawab Luna ringkas. Kedua belah tangannya dieratkan lagi ke arah dadanya. Sorotan matanya kelihatan tajam.

"Haih.. pasal Naufal lagi ? " soal Nana, seperti dapat mengagak apa yang sedang bermain di fikiran Luna.

"Apa lagi kalau bukan sebab mamat tu. Dia kata nak rest kejap je petang tadi. Ni dah bawa sampai ke malam. Mana taknya aku tak marah," Luna mengetap giginya.

"Hmmm..," Nana terdiam, tidak tahu harus membalas apa.

"Hah ni, asal kau tak letak panggilan 'abang' kat dia ? Selalunya elok je kau panggil dia abang Naufal," soal Luna, hairan akan perubahan Nana yang baginya, agak mendadak itu.

"Hah ? Oh.. hmmm.. tak adalah. Tak terasa nak panggil dia abang lagi," ujar Nana bersahaja.

Bukan apa, difikirannya dia masih belum boleh percayakan Naufal seratus-peratus setelah kejadian itu. Naufal masih belum membuktikan apa-apa tentang identiti sebenarnya meskipun sudah diberitahu olehnya.

Bagi Nana, selagi mana Naufal tidak membuktikan apa yang dibicarakannya petang tadi tentang pencariannya, selagi itu Nana tidak akan merubah pendiriannya.

"Betul ke sebab 'itu' dia cari kak Mimi ? Tapi, dia juga bagitau aku yang belum tentu kak Mimi orang yang dia cari. Hmm.. aish ! Peninglah aku ! " Nana berperang dengan fikirannya sendiri.

"Aku tak fahamlah. Asal masa-masa susah macam ni juga topup nak habis," bebel Wafa sambil mencampakkan telefon pintarnya ke atas sofa di sebelahnya.

"Itulah. Kalau tak, dah lama aku chat yang lain, tanya kedudukan dia orang. Aku syak dia orang pun kehabisan topup ni," sokong Izz. Pasrah dengan keadaan mereka saat ini.

"Kamu semua, bersiap-siap cepat. Kita tukar plan. Kita akan bergerak sekarang juga," ujar Naufal yang baru keluar daripada biliknya sambil membawa barang-barang miliknya.

"Akhirnya..," ujar Luna, tersenyum lega kerana akhirnya Naufal setuju untuk menurutinya.

"Asal tetiba tukar plan ni ? " soal Izz yang mula curiga.

"Lah, tukar plan pun salah ? " soal Naufal.

"Tak adalah. Petang tadi kau kata kita kena gerak esok. Ni dah malam, apa citer ? " sampuk Wafa pula.

"Nanti kau orang tahu juga. Dah, pergi kemas cepat,"

"Hmmm.. iyowlah,"

•°• ✾ •°•

"Haih.. guys.. kita ada masalah baru..," ujar Rani dengan tampang malasnya.

"Masalah apa pula kali ni ? " soal Balqis yang baru keluar daripada bilik air. Patutlah dia tak ada masa kecoh tadi, hmmm..

"Ada beberapa ekor zombie dekat luar sana. Aku rasa dia orang attract dengan bunyi bising tadi," teka Rani.

"Pula dah ? Tajam pula telinga dia orang," omel Sofea.

"Rasanya tadi memang bising pun─," Rara saling berpandangan dengan Farah.

"Danial.. apa jadi dengan dia ? " soal Adam setelah melihat Mimi serta Sofea turun daripada tingkat atas untuk melihat situasi di luar.

War Of Time: ApocalypseWhere stories live. Discover now