❀CHAPTER 10❀

94 22 282
                                    

"WEH !! Asal kau orang kejar aku je ni ?! Kejar lah orang lain ! " jerit Haziq. Dirinya masih berlari sekuat hati demi menyelamatkan dirinya dari ambang maut yang semakin dekat.

❛GRRR...❜

"Haa yelah² ! Aku tahu aku seorang je yang ada kat sini sekarang. Tapi tak perlulah usaha sangat nak dapatkan aku ! " bebel Haziq tidak jelas. Lmao, sejak bila perangai dia macam ni duh ?

"Haziq ! " Mendengar sahaja namanya dipanggil, terus sahaja matanya fokus ke arah hadapan. Kelihatan Nuura berlari ke arahnya.

"Kau buat apa kat luar ni ?! Pergilah masuk bilik masakan ! " jerit Haziq, memberi arahan kepada Nuura.

Nuura yang tidak ingin mendengarkannya, segera mengambil pemadam api yang berada di tepi dinding tersebut sebelum diangkat.

"Macam mana nak guna benda ni ? " soal Nuura pada dirinya sendiri. Dalam dia sedang mencuba untuk menggunakan benda itu, Luna sudah pun sampai di sisinya.

"Sini, aku tolong, " ujar Luna sebelum dia membantu Nuura untuk menarik pin pengaman pemadam kebakaran tersebut. Muncung hos dihalakan ke arah hadapan.

"Sedia ? " soal Luna. Nuura menganggukkan kepalanya.

Haziq yang seperti tahu akan tindakan mereka berdua tersebut, segera berlari sebelum menggelosorkan dirinya ke arah bawah. Setelah itu, kabus disembur ke arah zombi² tersebut.

"Woi ! Kau orang buat apa ni ? " soal Balqis yang baru tiba. Zombi yang berdatangan tadi berhenti akibat semburan kabus itu.

"Bersihkan zombi ni dari sifat miang dia orang, " ujar Luna dengan selamba. Balqis memandang datar ke arahnya.

Apabila menyedari bahawa semakin ramai zombi yang datang dari arah belakang sana, segera Balqis menyuruh mereka untuk melarikan diri.

Pemadam api tersebut dilempar ke arah bertentangan mereka dan terkena salah satu kepala zombi menyebabkan zombi tersebut pengsan. Rest in hell.

Apabila semburan kabus itu sudah tiada, zombi-zombi tersebut kembali mengejar mereka tetapi kali ini dengan lebih agresif. Taulah marah, halamak.

"Cepat weh ! " jerit Mimi yang sudah bersedia di pintu bilik masakan tersebut. Setelah mereka berjaya meloloskan diri, pintu bilik masakan itu dikunci dengan rapat.

Hentakan kuat di pintu tersebut yang bagai hendak roboh menakutkan mereka semua.

"W-weh, aku rasa pintu tu nak roboh lah, " ujar Farah.

"J-jangan doa weh, jangan.." tegur Husna di sebelahnya. Tanpa mereka berdua sedar, mereka sedang berpelukan erat sesama sendiri.

"Tak boleh jadi ni. Sofea, ikut aku, " ujar Mimi yang sedang menyandang beg miliknya di bahu. Sofea yang tidak faham apa-apa, segera bertanya.

"Kau nak ke mana pula ni ? " soal Sofea.

"Kita tarik perhatian 'benda' tu semua, " jelasnya.

"Macam mana akak nak buat macam tu ? Zombi-zombi tu berada di hadapan pintu sekarang ni, " soal Nana ingin tahu.

"Heh, tingkap ada, buat apa susah-susah ikut pintu, " Tingkap yang berada di bilik masakan tersebut di buka sebelum dirinya keluar dari situ, cuba untuk menyusup masuk ke kelas 5 Topaz yang berada bersebelahan dengan bilik masakan tersebut.

"Memang sah Ain dah gila, " ujar Balqis.

"Well, kalau tak gila tak sah. But I like, " Sofea turut mengikuti jejak langkah Mimi.

War Of Time: ApocalypseWhere stories live. Discover now