Sudu Dan Senduk? (Hali)

406 23 4
                                    

Characters: Gempa, Hali, Amato, Isteri Amato, Tok Aba dan adik-beradik Elemental yang lain.
.
Theme: Funny moment, Kekeluargaan and Alternate Universe
.
Description: Kisah ini berlaku ketika Gempa dan Hali berumur 3 tahun. Isteri Amato telah membawa Gempa keluar untuk membeli barang keperluan dapur manakala Tok Aba pula berniaga di gerai nya seperti biasa. Maknanya tinggal lah Hali bersama Amato di rumah. Amato begitu bosan di rumah lalu buat keputusan untuk masak sesuatu sementara menunggu isterinya balik. Sementara Hali pula perhatikan gerak geri Abahnya.

⚡⚡⚡⚡⚡

No One's POV...

"Haih, bosannya! Apa yang aku nak buat time cuti macam ni? Kalau Hali nak main dengan aku, tak apalah juga." Amato merungut sambil melihat Hali yang saat ini sedang tertidur lena sekali.

Hali di usia 3 tahun begitu diam sekali dan tak banyak cakap. Walaupun begitu, telah banyak benda yang dia faham apabila orang bercakap dengan dia serta sudah pandai berjalan. Hali juga kalau di bawa ke taman, dia tidak mahu bermain dengan orang lain kecuali Gempa, ibu bapanya dan Tok Aba sahaja. Ramai sebenarnya yang mahu bermain dengan dia cuma, korang tahulah perangai dia macam mana, kan? Bukan itu sahaja, dia juga telah mencipta Fangirls walaupun di usia 3 tahun. Itu juga salah satu sebab Hali cuba elak bermain di taman. Dia tidak mahu di ganggu oleh Fangirls sama ada yang budak², mahupun yang lebih tua darinya.

"Oh ye, aku laparlah. Lebih baik aku masak sesuatu yang ringkas sementara tunggu isteri aku dan Gempa balik dari supermarket." Amato terus ke dapur untuk lihat apa yang boleh dia sediakan. Pada masa itu juga, Hali bangun lalu memanggil Amato.

"Abah, kat mana Abah ni~???" Soal Hali yang baru sahaja bangun itu. Dia tak nangis tapi, suara jelas kedengaran dari dapur.

"Abah kat dapur ni, Hali! Datanglah sini!" Jawab Amato yang sudah dapat idea mahu buat apa. Dia ingin masak Maggi. Sedang dia masukkan air ke dalam periuk kecil, Hali pun muncul di dapur itu.

"Buat pe tu, Abah?" Tanya Hali sebaik sahaja dia duduk di kerusi yang Amato sediakan untuk anaknya itu.

"Abah nak masak Maggi ni. Kalau nak tunggu Mak kamu balik, mesti lambat lagi. Tu sebab Abah nak masak ni je dulu." Jawab Amato yang sudah pun meletakkan periuk kecil tadi di atas dapur dan dia juga memakai apron pink kepunyaan isterinya.

"Ohhh... Hali nak akan (makan) aggi (Maggi) jugak, oleh (boleh)?" Hali membuat rayuan pelatnya itu. Membuatkan Amato hampir termakan perangkap comel nada suara Hali yang comel itu.

"Tak bolehlah, Hali. Maggi ni tak cukup sesuai untuk budak besar kamu makan. Tunggu umur kamu dah 7 atau 8 tahun, baru boleh kamu makan." Jelas Amato sambil memotong sayur.

"Tak pelah alau (kalau) acam (macam) tu. Tapi, Hali laparlah..." Hali berkata itu sambil menepuk perutnya yang lapar. Akhirnya, Amato jatuh dalam perangkap Hali.

"Kuat betul aura comel anak aku ni. Ehemm... Kalau macam tu, Abah buat bubur ayam dan sayur untuk kamu. Nak?" Mujurlah ayat awal Amato itu Hali tak dengar.

"Nak! Mestilah nak!" Balasan Hali membuatkan hidung Amato berdarah kerana kecomelan Hali.

Amato membasuh hidungnya dengan air dan sambung semula kerja memasaknya tadi. Dia mengambil periuk kecil lain untuk membuat bubur nasi untuk Hali. Sementara Hali pula sibuk memerhatikan apa yang bapanya lakukan. Dia melihat Amato memegang senduk, Hali terus rasa kehairanan. Yelah, itu first time dia nampak senduk tu. Selalunya Hali tidak akan duduk di dapur untuk melihat Maknya atau Tok Aba masak. Yang selalu ke dapur itu ialah Gempa kerana dia sejak awal lagi dah minat melihat orang memasak. Tak lama kemudian, bubur nasi untuk Hali dan Maggi pun siap Amato sediakan. Dia membawa makanan itu ke ruang makan lalu mengambil Hali untuk di bawa ke situ. Amato perlu pastikan bubur nasi itu tidak panas supaya Hali boleh makannya dengan selamat.

One-shots Collection! [BoBoiBoy] Where stories live. Discover now