Just Rest Now, You Idiot! (Gempa & Hali)

188 11 13
                                    

Characters: Gempa and Hali
.
Theme: Fluff, a little bit of funny moment, Alternate Universe
.
Requested by ira_rin
.
Description: Gempa dan Hali bersekolah di sekolah berasrama penuh. Mereka juga menetap di bilik dorm sekolah itu bersama, tiada orang lain yang berkongsi bilik bersama mereka berdua. Suatu hari, Hali tidak perasan yang Gempa demam sehinggalah guru kelasnya memberitahu bahawa Gempa telah terbaring lemah di atas lantai perpustakaan dan dia sedang berehat di bilik kesihatan namun, dia masih sedar. Hali meminta izin untuk membawa Gempa balik ke bilik mereka kerana dia mahu menjaga Gempa sendiri. Apakah yang akan berlaku semasa Hali menjaga abang kembarnya itu? Baca dan ketahuilah sendiri!

⚡⚡⚡⚡⚡

Pada awal pagi bersama Hali...

Hali's POV...

Huh? Ke mana pula Gempa pergi? Orangnya dah tak ada kat tilam. Tak kanlah dia dah masuk kelas kot? Aku perasan ada nota atas bantal di katil Gempa. Katanya dia saat ini berada di library kerana hendak membuat ulangkaji untuk exam kami yang akan tiba tak lama lagi. Haih, Gempa ni kuat belajar betul lah. Aku tahu punca kenapa dia jadi macam tu. Dia nak kejar aku punya pencapaian akademik. Sebab apa korang tanya? Well, aku punya level IQ tinggi sangat sampai tak perlu nak buat ulangkaji apa semua. Gempa tu bukannya tak pandai cuma itulah, banyak orang memandang rendah pada Gempa kerana dia tak sama dengan aku walaupun kami berdua ni adalah kembar seiras. Paling aku tak faham ialah kenapa mereka lebih memuja aku?! Lebih² Fangirls, mereka pandang mulia pada aku tapi, mengata Gempa di belakang aku.

Aku mulanya nak marahlah orang² yang mengata Gempa sebegitu tetapi, dia larang aku kerana dia tak mahu aku kena buang sekolah gara² hal itu. Nak tak nak aku kena ikut juga cakap Gempa. Aku cuma tak nak orang lain ambil kesempatan atas sifat baik abang kembar aku tu. Sikit pun dia tak marah dengan pelajar lain yang tak suka dengan dia cuma, aku tahu dalam hati, dia terasa dengan kata² mereka. Sebab itulah Gempa gigih berusaha untuk jadi seperti aku. Namun ada masanya, Gempa akan paksa dirinya untuk belajar sampai tak makan langsung selama satu hari. Dan kerana itulah Gempa berjaya menjadi pelajar terbaik di sekolah bersama aku tapi pelajar lain masih memandang rendah pada dia.

Sampai sekarang aku tertanya-tanya, kenapa mereka semua macam tu? Hmmm... Bila fikir balik aku rasa mereka jealous dengan Gempa lah. Cuba fikir, pelajar memandang mulia pada aku kerana pencapaian akademik aku, selain tu aku aktif dalam kokurikulum dan sukan. Mungkin bagi mereka Gempa tak setaraf dengan aku. Cikgu² di sekolah ni dah banyak kali tegur jangan bersikap diskriminasi Gempa hanya kerana dia tu kembar aku and korang tahu jelah macam mana perangai budak sekolah macam mana? Di usia remaja ni banyak yang degil nak mampus. Ahhh...! Daripada aku dok fikir benda ni, ada baiknya aku siap pakai uniform sukan. Sedang aku bersiap, tiba² aku dapat panggilan daripada guru kelas Gempa? Ok, aku mula rasa tak sedap hati tiba². Aku pun terus angkat panggilan itu lalu berkata...

"Ye, Hali di sini. Ada apa yang boleh saya bantu, cikgu?" Tanya aku sebaik sahaja mengangkat panggilan tersebut.

"Hali, saya nak kamu datang ke bilik kesihatan sekarang. Ini kecemasan, ada cikgu terjumpa Gempa terbaring di atas lantai perpustakaan tadi. Suhu badan dia terlalu tinggi dan saya rasa dia demam ni. Cepat datang sekarang!" Huh? Aku tak salah dengar ke dengan apa yang guru kelas Gempa cakap ni?!

"Apakah?! B-baiklah, saya ke sana sekarang! Terima kasih sebab dah beritahu saya, cikgu..." Aku terus letak panggilan, pakai t-shirt sukan aku dan terus ke bilik kesihatan. Di sana ada Gempa, guru kelas dia dan nurse yang bertugas di situ.

One-shots Collection! [BoBoiBoy] Where stories live. Discover now