Characters: BoBoiBoy, Hali, Gempa, Ejen Djin, Ejen Zain and Amato
.
Requested by Rius_Zeiz231
.
Theme: Angst with bad ending, Crossover, Alternate Universe
.
Description: Hali dan Gempa di culik oleh Ketua Teras M.A.T.A kerana kebolehan kuasa BoBoiBoy yang boleh berpecah kepada 7 kuasa Elemental. Hali berada di bawah jagaan Ejen Djin, manakala Gempa pula berada di bawah jagaan Ejen Zain. Akan tetapi, mereka berdua tidak tahu bahawa BoBoiBoy merupakan anak kepada Armored Hero MechAmato atau nama sebenarnya ialah Amato yang merupakan kawan kepada kedua Ketua Teras tersebut. Bagaimana kehidupan Hali dan Gempa apabila berada dalam tahanan kedua Ketua Teras itu? Dan bagaimanakah cara Ejen Djin untuk dapatkan kepercayaan daripada Hali yang bersikap terlalu dingin? Baca dan ketahuilah sendiri!⚡⚡⚡⚡⚡
Di Pulau Rintis bersama Djin dan Zain...
No One's POV...
"Haih, aku tak suka misi kali ni." Rungut Djin pada Zain. Mereka saat ini sedang berehat di sebuah cafe selepas menjalankan misi.
(A/n: Maksudnya di situ Djin dan Zain tak pakai suit M.A.T.A since mereka dah selesai misi. Oh, kejadian ni berlaku ketika insiden dalam BoBoiBoy The Movie. Harap maklum!)
"Kenapa pula? Pemandangan di pulau ni indah kot. Lagipun, misi kita kali ni cuma perlu dapatkan maklumat dan mencari kawasan baru untuk cawangan baru M.A.T.A dalam pulau ni." Jelas Zain yang saat ini sedang menikmati minumannya.
"Ye, aku tau tu. Tapi, bukan patut general misai hanger tu ke yang kena jalankan misi ni? Pulau ni jauh kot dari Cyberaya..." Rungut Djin lagi sambil melihat ke luar tingkap.
"Ishhh... Tak baik kau gelar Rama macam tu! Dia tak boleh pergi sebab kaki dia patah gara² misi yang lepas tu. Kau tak ingat ke?" Soal Zain hairan dengan daya ingatan kawannya itu.
"Oh, yeke? Tak ingat pulak aku pasal tu." Jawab Djin dengan muka selambanya.
"Macam²lah kau ni, Djin. Hmmm???" Zain kehairanan apabila melihat ke luar tingkap.
"Ada apa yang kecoh² kat luar tu? Dari tadi aku tengok banyak betul kereta polis mengejar ada satu kereta hitam tadi." Ujar Djin yang ingin tahu.
"Tak pasti tapi yang jelas, kereta hitam tadi tu mungkin perompak dan polis sedang mengejar kereta tu. Aku nak pergi tengok keadaan sekejap. Kau tunggu kat sini..." Zain terus keluar dari cafe meninggalkan Djin di situ.
"Tunggu, Zain! Tchh... Dia dah pergi pulak. Haraplah tak ada benda yang menuju ke arah cafe ni sehingga membuatkan tingkap tu pecah." Djin terus menghabiskan air minumannya namun, sedang dia temenung sesuatu sedang menuju ke arah tingkap cafe itu membuatkan ia pecah.
'Kenapa mulut aku ni masin sangat? Eh, itu Alien ke apa tu? Kenapa kepala dia kotak?' Soal Djin dalam fikirannya.
"Eiiiii... Kau lagi Adu Du?! Tepi!" Suara seorang budak membuatkan Djin melihat ke arah dia.
"Go, BoBoiBoy!!!" Sorak beberapa pelanggan dalam cafe itu.
'Jadi budak tadi tu tercampak sehingga ke cafe ni oleh Alien dan robot dia? Hmmm... Menarik nampaknya kuasa budak tu.' Fikir Djin sambil melihat budak yang bernama BoBoiBoy itu berlawan dengan Alien yang bernama Adu Du. Tak lama kemudian, Zain pun kembali.
YOU ARE READING
One-shots Collection! [BoBoiBoy]
Fanfic*REQUEST DI TUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU!* Heya, guys! Aku ada buat buku one-shots khusus untuk BoBoiBoy! Request yang boleh di terima ialah 7 Elemental Brothers, Amato dan adik-beradik lobak merah. Kalau korang rasa nak request sesuatu, minta aje dar...