Please Read This!

68 10 3
                                    

Guys! Aku ada benda penting nak cakap pada korang and harap korang faham aku! Selama hari ni pernah tak korang fikir yang community kita sebagai BoBoiBoy Fans makin terjejas? Kalau korang perasan, sila komen pendapat korang. Sebelum tu, kepada yang ada Instagram, sila pergi ke acc di bawah dan baca apa yang dia tulis!

Kalau ada yang dah baca, baguslah. Ini aku nak nyatakan pendapat aku. Selepas je aku baca pernyataan daripada pemilik acc ni, aku sedar apa yang dia cakap tu semuanya betul. Community kita semakin lama semakin terjejas kerana pengaruh budaya barat, manga dan anime Jepun. Maksud aku, banyak ship Yaoi antara watak dalam BoBoiBoy. Bukan itu je, malah Fans senang² je ship kuasa Elemental BoBoiBoy dengan Elemental yang lain!

I mean, come on! Agak²lah nak ship sesama Elemental! Lagi² yang buat mereka bertujuh jadi adik-beradik. Lebih menjijikkan pada aku! Lepas tu ada pulak scene yang tak sesuai untuk budak bawah umur. Paling aku tak suka bila budak bawah umur 18 tahun jugak ada yang buat semua ni.

Jangan ingat bila BoBoiBoy ni hanyalah watak REKAAN dan tak ada dalam dunia nyata senang² je ada yang nak buat watak BoBoiBoy dan kawan² dia ikut suka hati je. Kena fikir jugak, bukan sahaja BoBoiBoy adalah watak berbangsa Melayu but, dia jugak Islam!

Aku tak nak dengarlah ada bagi alasan "Aku punya karya, suka hati akulah nak buat apa pun!" ni! Kita patut bernasib baik yang kita boleh gunakan watak daripada Monsta untuk berkarya. Kalau betul Monsta larang, tentu kita tak kan dapat buat Fanfic hasil daripada watak karya Monsta.

En. Nizam sendiri pun ada cakap yang BoBoiBoy berkisahkan persahabatan! Tiada unsur romance bagai tu semua. Pihak mereka pun tak ada ship kan watak mereka dengan siapa. Ok, boleh kalau nak ship tapi, setakat platonic tu bolehlah. Tak payahlah sibuk² nak tambah scene yang tak sepatutnya.

Aku dah padam one-shots Character X Reader dan Fanfic "Nothing Can Stop Me..." tu sebab aku rasa dah tiba masanya aku berubah. Aku tak nak buat genre Fanfic BoBoiBoy yang ada genre romance lagi dah. Kepada yang baca ni, harap korang fahamlah maksud aku.

Bukan sahaja BoBoiBoy dan MechAmato, malah dengan Ejen Ali juga. Tolonglah, aku harap sangat korang fikir apa yang aku cakapkan ni. Bersihkan community kita daripada budaya tak sihat yang semakin menjadi-jadi sekarang ni! Kepada yang tak boleh terima, aku harap korang renung betul² pernyataan daripada reencherry_ dan aku ni. Harap maklum...

Sincerely, Author Shin~










One-shots Collection! [BoBoiBoy] Where stories live. Discover now