BAB 1

8 0 0
                                    

"keluar dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau. Mulai hari ini, Adibah binti Ismail aku ceraikan kau dengan talak satu" kata Tengku Ghazali kepada isterinya.

"Walid. Apa ni sampai cerai, Walid ingat cerai ni boleh bawa main ke?" Kata Tasya sambil peluk ibunya. Orang yang berada di sisi Walid tersenyum lebar selepas ibu diceraikan. Kau tunggu part kau nanti. Benda ni akan ulang balik kat kau jangan menyesal eh. Dasar perempuan tak malu.

"Tasya ingat Walid boleh terima ke perangai ibu kamu macam ni." Kata Walid. "Sabar ye awak. Kita pun tak tau benda ni akan jadi" kata Puan Zaimah sambil usap belakang Walid.

"Just wait and see. Kebenaran akan terbongkar and kau dengan anak kau nanti aku halau dari rumah ni." Kata Tasya dengan tekad. Izzati hanya melambaikan tangan semasa aku dengan ibu keluar dari rumah itu.

Izzati ialah anak kepada puan Zaimah. Ye puan Zaimah mak tiri. Tapi aku tak anggap diri dia mak aku. Mak aku hanya satu. Ialah Adibah binti Ismail.

"Ibu tinggal dengan Tasya ye biar Tasya jaga ibu. Tasha ada bayar orang gaji so dia boleh temankan ibu kat rumah kalau Tasya ada kelas" kata ibu. Ibu hanya mampu tersenyum melihat rumah yang aku sewa. Tak adalah besar mana. Setakat aku dengan ibu je duduk sini.

"Satu hari nanti Allah akan balas balik apa yang dia buat dekat ibu. Ibu jangan risau. Kita hidup bagaikan roda adakala kita di atas kadangkala kita di bawah." Kata Tasya.

Kesian ibu. Tunggu kau perempuan haihh naik bulu pula kau. Aku perhati je dari haritu. Sekarang makin melampau sampai ibu kena cerai.

"Cik ada nak makan ke? Kalau ada saya siapkan meja?" Kata orang gaji itu. Aku hanya menggeleng kerana tiada selera makan. Ibu lagi lah.

****

Aku lambat pergi kelas lagu 15 minit lagi. Kelas jauh dari tempat parking kereta. Tiba-tiba aku hampir terjatuh nasib ada yang memegang aku. Siapa? Tak tau?. Aku memandang ke belakang ternyata seorang lelaki yang boleh tahan hensem. Aku melepaskan tangan dia. Aku menunduk berkata terima kasih.

"Comel" kata lelaki itu. Lelaki itu terus masuk ke dewan kuliah.

***

"Aku ingat kau tak datang kelas terkejut aku tau tak" kata Seha sambil pukul bahu aku. Aku hanya tersengih. Janji datang okay.

"Kau nak tahu tak sekarang ni ada lecturer baru nak gantikan puan Siti Khadijah". Aku memandang dia. Serius lah.

"Mana kau tahu berita ni" kata aku. Ye ye je dia ni. Kadang-kadang budak ni sembang je. Payah sikit nak percaya.

"Takkan kau tak baca WhatsApp kot." kata Seha. Nak baca macam mana aku ada masalah family.

"Lantaklah siapa nak ganti sekalipun. aku malas nak fikir" kata aku sambil tutup mata aku.Seha hanya menggeleng kepala aku.

***
"Weh jom makan. aku laparlah." Ajak Seha. Aku boleh je tapi ibu kat rumah dah makan ke?.

"Kalau aku teman kau makan je boleh kan. Aku tak makan aku. Erm i'm on diet" kata aku. nak cari alasan sebab nak makan kat rumah dengan ibu.

"Kau nak diet kenapa berat badan kau tu dah okay tau. Tak apalah kalau kau tak nak makan. kau teman aku pun dah cukup baik." Kata Seha sambil tarik tangan aku.

Selesai makan kami gerak balik. Aku ternampak kelibat Izzati dan terus menegur aku.

"Hai. Kau dengan ibu kau duduk mana sekarang." Kata Izzati dengan berlagak.

"Alhamdulillah setakat ni aku duduk rumah sewa aku. lagi pun rumah sewa tu aku yang pakai duit aku. aku tak menumpang nasib like you" kata Tasya. Izzati mengempal tangannya.

"Mulut tu jaga sikit okey. kau tu dah la menumpang hidup orang. Tak tahu malu." Kata Izzati dengan setapak nak pergi dari situ. Aku menarik tangan dia.

" Sekarang ni aku nak cuci sikit otak kau. kau kena ingat eh siapa yang kutip kau dan siapa yang menumpang sekarang." Kata Tasya lalu pergi dari situ.

***
Dalam perjalanan balik rumah, aku singgah kat family mart lapar oden lah katakan. Aku bukan beli satu aku beli 3 untuk aku ibu dan orang gaji kat rumah tu. Aku ni baik lah. Tak sampai hati kalau beli apa apa tak beli kan sekali untuk diaorang. Aku anggap orang gaji aku tu family. Sebab masa aku belajar, dia yang jaga makan minum aku. Ada kala aku balik rumah Walid.

Bukkkk...

Kepala aku terasa sakit dan cecair merah mengalir di kepala. Pandangan aku semakin berpinar dan aku terus jatuh di situ.

"Eh cik. Bangun. Ya Allah, apa aku nak buat ni." Lelaki itu terus mengangkat aku masuk ke dalam keretanya dan bawa ke hospital.

***

"Aduh" jari puan Adibah terkena pisau akibat memotong buah epal di dapur.

"Waduh puan. Kenapa tak cakap nak makan, boleh saya potongkan. Nanti cik Tasya nampak, saya kena marah dengan dia." Bebel orang gaji itu.

Puan Adibah hanya diam dan pergi ke depan. Orang gaji itu hanya memandang puan Adibah lalu dia mengambil first aid kat atas rak buku itu.

" Puan, meh saya rawat tangan puan" puan Adibah hanya menghulurkan tangan sahaja.

"Puan kenapa? Sakit ke? Senyap je" tanya orang gaji itu. Selalunya puan Adibah selalu bercakap dengannya. Takut dia ada buat salah ke sampai tidak bercakap.

"Saya rasa tak sedap hati lah" 

TERCIPTA UNTUKNYAWhere stories live. Discover now