bab 5

3 0 0
                                    

Puan Zaimah dan Izzati melangkah masuk ke rumah agam dan ditegur oleh walid.

"dari mana? awak keluar tanpa bagitau saya pun?" tanya Tengku Ghazali sambil memeluk tubuhnya.

"kan saya dah bagitahu yang saya pergi rumah kawan saya" kata Puan Zaimah dan Izzati terus melangkah masuk biliknya

"awak tak cakap dengan saya, malah awak suruh Zati bagitahu saya" tegas Tengku Ghazali, 

"kenapa awak tak sama macam Adibah?" kata Tengku Ghazali dengan perlahan. Sungguh kecewa dia terhadap perangai Puan Zaimah.

"suka hati awak lah nak kata apa, lagipun kenapa saya kena jadi macam si Adibah tu. Jadi diri sendiri kan bagus" kata Puan Zaimah terus masuk dalam bilik.

***
Aku terbangun dari tidur, dan kaki aku rasa sangat lenguh. Aku pandang katil sebelah dan aku terkejut.

"Adam?" Kata aku. Bukan dia dah balik ke? Asal dia kat sini?

"Oh dah bangun. Haus tak? Ke lapar?" Tanya Adam. Dan aku hanya menggeleng kepala.

'hensem pula dia kali ni' gumam aku dengan perlahan.

Eh Tasha, kau jangan macam macam eh.

"Dah kenapa pandang aku macam tu?" Sergah Adam. Aku hanya menggeleng kepala lagi.

"Mana ibu?" Tanya aku.

"Masa kau pergi bilik MRI, ibu ada datang. Tapi ibu kata dia tak boleh lama sebab dia masih dalam iddah, jadi dia kena balik." Kata Adam.

"Kenapa kau kat sini?"

"ha ni aku nak bagitahu, ibu kau arahkan aku jaga kau. Esok giliran kawan kau pula."

"asal ibu suruh kau pula?"

Hairan pula aku, nanti kata aku ni menyusahkan dia lah apa lah. 

"aku kan manusia yang taat pada perintah orang tua" kata Adam.

"sudah lah kau, alang alang ni, boleh tak kau belikan aku roti coklat."

"beli lima, beli yang lapan puluh sen punya je" sambung aku lagi

"serius lah? kau bela saka ke apa? Lima pula tu." aku menggaru kepala yang tak gatal. 

"aku nak buat stok, nanti aku lapar, aku makan lah. BUKANNYA MAHAL SANGAT PUN!" 

stresnya.

"haih payah lah. Kejap" kata Adam dan dia mahu keluar dan tiba tiba dia berhenti dan tangan dia pegang bantal.

Habis lah

BUK

"SAKIT LAH GILA" jerit aku. kurang ajar betul baling kat muka aku.

Adam terus berlari keluar dari bilik aku.

Boleh gila dengan dia ni. Aku mencapai telefon aku dan perasan ramai mesej aku termasuk professor aku.

Mesti dia tanya kenapa aku tak datang kelas dia. Adoi.

***

Adam pergi kedai serbaneka yang ada di hospital tersebut.

Dia mencapai roti coklat dan beli beberapa air kotak.

"Takkan aku nak beli untuk dia. Aku pun nak juga" kata Adam dan terus dia mengambil dua Maggie cup dan terus bayar.

"Hehehe aku kenakan kau" kata Adam sambil gelak jahat.

Adam berjalan pergi ke lif dan ditegur oleh seseorang. Dan dia terus mengalih pandangan dan..

"Eh bro. Dari mana nak kemana?" Kata Ammar dengan nada mengusik.

"Hahaha, aku nak lawat orang lah. Aku dari kedai serbaneka depan tu." Kata Adam.

"Mama kau sakit ke?" Tanya Ammar.

"Tak lah. Mama aku sihat je. Siap buat yoga kat rumah." Kata Adam.

"Serius lah Datin Kamalia buat yoga?" Terbeliak biji mata Ammar.

"Alah ibarat lah." Kata Adam sambil ketuk kepala Ammar

"Eh kau lawat siapa? Nak Join" kata Ammar

"Tak payahlah" kata Adam

" Awek eh. Eleh Adam anak Dato' Megat Zainal dah pandai nakal eh" sakat Ammar.

"Diam lah. Dah aku nak gerak lu" kata Adam dan terus berjabat tangan lalu terus masuk lif.

***

Tasha Mencebik muka. Asal mamat ni lama sangat beli. Lapar lah

Pintu aku diketuk lalu muncul seorang nurse membawa makanan lauk tengahari.

"Terima kasih nurse." Kata aku. Nurse itu senyum dan terus melangkah keluar.

"Nak tunggu mamat tu datang bawa roti memang sempat aku kebuluran." Rungut aku lalu aku mencapai sudu dan makan.

Tidak lama itu muncul Adam masuk dalam bilik aku dengan membawa plastik beg.

Banyak pula dia beli.

"Oh tengah makan eh. Sikit" kata Adam dan mengambil sudu aku.

"selamba je." Kata aku dengan perlahan.

"Eh, jangan lah ambil sayur tu banyak sangat."

"Jangan lah ambil isi ayam tu. Dah lah tinggal 3 ketul je."

***

Adam terdampar kekenyangan makan makanan aku.

"Kenyang?" Tanya aku. Adam bangun dari kerusinya dan terus mencapai beg plastik tadi.

"Nah, aku beli kan sekali air kotak ni." Kata Adam lalu menyerahkan plastik kepada aku.

"Alah. Kenapa air teh bunga? Nak soya" kata aku

"Tak apa lah. Terima kasih. Total nanti bagitau aku" kata aku lagi.

"Tak apa. Anggap je aku belanja." Kata Adam dan aku mengangguk

"Ni Maggie siapa?" Ujar aku.

"Aku."

"Kenapa makan Maggie? Tak elok. Nanti botak kepala. Padan muka botak" kata aku. Adam hanya pandang aku tanpa berkedip.

Apa hal dia pandang aku macam tu. Aku beralih pandangan.

"Ish, tak payah lah pandang macam tu!" Tegas aku.

***
"Kenapa makan Maggie? Tak elok. Nanti botak kepala. Padan muka botak" kata Tasha. Aku hanya pandang dia tanpa berkedip.

Biar dia gelabah sendiri.

Ish, tak payah lah pandang macam tu!" Tegas Tasha.

"Asal kau bising kalau aku makan Maggie? Tanya aku.

"Tak ada lah. Aku cakap je. Kesihatan kan?." Kata Tasha.

Haha mata kau lari Tasha oi.

"Yeke?" Tanya aku lagi.

"Yelah."

"Dah berapa lama dah kau crush kat aku?" Tanya aku.

TERCIPTA UNTUKNYAWhere stories live. Discover now