BAB 7

2 0 0
                                    

Adam masih dalam keadaan menunduk disebabkan kebebelan Datin Kamilia. Aku tersenyum puas melihat telatah mereka.

"padan muka"kata aku dan terus mengangkat ibu jari kepadanya.

"kamu berdua ni kan, ada yang Mama kahwin kan juga." kata Datin Kamilia dengan tegas.

"boleh juga ma, dah alang alang kat sini kan?" kata Adam dengan kuat.

"Kau tak payah nak miang keladi sangat lah" kata aku lalu mencampak bantal kepada nya.

Datin Kamilia dan Seha hanya memandang sesama sendiri.

Tuk..tuk..tuk..

Seorang nurse dan doktor masuk ke dalam bilik aku.

"Cik Harini macam mana? Masih lenguh badan ke?" Tanya doktor dan nurse masih periksa badan aku.

"Saya dah okay doktor. Boleh saya tau bila saya boleh keluar hospital" kata aku. Aku dah bosan dah ni.

"Saya akan perhatikan awak lagi. Pagi esok insyaallah kalau tak ada apa apa, dah boleh balik" kata doktor itu dan terus keluar.

"Bagus lah. Dah boleh keluar, nanti pergi kelas tak ada lah aku 'alone' lagi." Kata seha.

Aku balas pelukan nya. Tiba tiba telefon aku berbunyi dan aku terus mengangkat.

"hello ibu." kata aku.

"ye, ibu ni. Ibu nak cakap yang ibu pergi rumah walid kejap ye." aku mengerut dahi.

"kenapa ibu pergi sana, tunggu lah Tasha balik dulu" kata aku.

"ibu nak ambil barang je, lagipun ibu pergi dengan Seha. Kawan kamu."

"tipu. Seha datang hospital, ibu jangan pergi seorang" ibu masih diam

"ibu?"

"ibu"

Ibu mematikan telefonnya.

"seha boleh tak, kau tengok kan ibu aku,"

"boleh je beb, aku gerak dulu lah." kata Seha dan aku terus mengangguk.

Seha terus menyalam Datin Kamilia dan terus keluar. Aku terus menyerabaikan rambut ku.

"ada masalah ke?" Tanya Naufal dan duduk di katil aku.

"ibu masih dalam iddah, tapi dia degil pergi keluar. Yang buat aku bengangnya dia nak pergi rumah Walid," kata aku, Naufal dan Mama turut terdiam apabila aku beritahu.

****

Seha memandu dengan laju meluncur terus ke rumah sewa Tasha. Sampai di sana tiba tiba ada kepulan asap datang dari arah kawasan rumah Tasha.

Seha terus pergi ke sana dan rumah Tasha sudah dijilat api. Seha keluar dari kereta dan terus mencari Puan Adibah dan pembantu rumahnya.

Seha mencari Puan Adibah dan tidak lama itu bomba sampai. Mungkin jiran di sini panggil bomba.

"Cik tolong carikan dua orang wanita dalam ni. " cemas Seha dan pihak bomba terus berlari masuk.

Seha mencapai telefon dan terus beritahu Tasha.

***

"Siapa call?" tanya aku pada Adam. Aku masih dirawat dengan seorang nurse dan aku tak boleh pegang apa apa buat masa sekarang.

"Kawan kau. Aku angkat tau" kata Adam dan terus menghala apa aku.

"ha asal?"sergah aku

"rumah kau terbakar wey. Tapi aku tak jumpa ibu kau dan pembantu rumah. Pihak bomba tengah cari sekarang ni." kata Seha

Semua kat situ terdiam tanpa suara. Tasha tidak memberi reaksi terkejut malah menangis pun tidak.

"beb kau dengar tak?" Jerit Seha.

"erm, buat masa sekarang ni kau tengok kan dulu kat area sana, aku tengok kan Tasha" kata Adam dan terus mematikan panggilan.

Aku seperti terdiam dan tidak mengeluarkan suara. Rumah aku dah terbakar, satu hal aku nak jumpa pemilik rumah tu lagi. Lepas itu panjang cerita dia,

Tidak lama itu doktor masuk ke dalam bilik aku.

"Cik Tasha, saya benarkan awak balik esok, kalau tak ada apa apa saya keluar dulu" kata doktor itu. Tasha masih senyap dan tidak bersuara.

"Baik lah doktor, terima kasih ye" kata Adam berpihak kepada Tasha.

"Erm Tasha, aku dengan mama keluar kejap tau. Kau take time dulu ye" kata Adam dan mama pun terus keluar.

***
Seha masih buntu mencari ibu Adibah. Tiba tiba telefon seha berbunyi dan terus mengangkat.

"Hello, siapa ni?" Tanya seha. Yelah mana tau scammer.

"Ibu ni seha," kata Puan Adibah. Seha terkejut apabila mendapati itu Puan Adibah.

"Ibu kat mana? Rumah Tasha terbakar ibu. Mana pembantu rumah ni?" Tanya Seha. Cuak dibuatnya

"Ibu tau rumah tu nak terbakar, itu sebab ibu ambil risiko untuk pergi rumah Walid Tasha."

"Pembantu rumah pun ada sekali dengan ibu. Nasib sempat ambil dokumen penting tadi" sambung Puan Adibah.

"Sekarang ni ibu kat rumah Walid Tasha. Baiklah kalau macam itu." Kata Seha dan terus mematikan panggilan itu.

Seha terus Pergi ke rumah Walid Tasha untuk berjumpa dengan ibu.

***
FLASHBACK...

Petang ialah waktu dimana Puan Adibah akan menghabiskan masa nya di hadapan televisionDan harini tiba tiba Puan Adibah mahu pergi melawat kebun bunga di halaman rumah.

"Eh Puan, kenapa keluar?" tanya pia. Pia ialah pembantu rumah ni. Saja tak nak bagitahu awal awal.

"Saja nak ambil udara segar, lagipun saya tengok pokok bunga ni subur hidupnya. Saya suka" puji Puan Adibah.

"Alah puan kalau kita jaga dia dengan baik subur lah hidup dia." Kata Pia.

"Tak apalah kalau macam tu saya masuk dulu ya. Saya buatkan air untuk kita minum kat sini" Kata Puan Adibah lalu dia pergi ke dapur.

Sampai sahaja di dapur terlihat percikan api di plug dapur itu. Puan Adibah terus berlari pergi ke Pia.

"Kenapa Puan?" Tanya puan Adibah.

"Pia, plug dapur tu memang dah rosak ke macam mana?" Tanya puan Adibah.

"Erm, rasanya plug tu baru saja tukar, rosak lagi ke?" Kata Pia dan terus berjalan masuk ke dapur.

"Alamak sudah keluar api. Puan, saya terpaksa panggil pihak bomba." Kata Pia dan puan Adibah hanya memerhati.

Tidak lama itu api semakin besar. Dan terpaksa keluar dari rumah itu.

"Pia. Awak ikut saya ye, pergi rumah Walid Tasha." Kata Puan Adibah dan terus tinggalkan rumah itu.

Tidak lama itu, Seha sampai di rumah itu, ternyata ramai berkumpul melihat rumah itu dijilat api dan bomba pun datang dan terus memadamkan api.

END FLASHBACK...

***

Adam melihat Tasha tidak terurus seperti itu, makan pun tidak. Alangkah nurse tadi bawa makanan pun tidak disentuh.

Tasha perasan Adam memandangnya, aku memejam mata dan kepalanya mendarat di lututnya. Naufal pun melangkah ke Tasha.

"aku stay dengan kau eh malam ni. Tengahari esok aku ada kelas, Boleh aku hantarkan kau balik" kata Adam. Tasha mengangkat kepalanya terus mengeleng kepalanya

"Tak payah, kalau aku balik esok. Aku contact kau, lagipun kau dah berapa hari kat sini. Pergi lah balik. aku okay" kata Tasha dan mata Adam tak lepas dari pandang Tasha.

"okay lah, janji kau bagitau aku. Aku balik dulu" kata Adam dan terus keluar.

Tasha meraup mukanya dengan kasar,

Apa aku nak buat ni.



TERCIPTA UNTUKNYAWhere stories live. Discover now