bab 6

3 0 0
                                    

"dah berapa lama kau crush kat aku?" Tanya Adam.

" Sejak pertama kali kita bertemu. Tiberrrr" kata aku.

" betul betul la, bila kau crush kat aku" kata Adam dengan tegas.

Biar betul dia ni.

"mana ada" kata aku.

"eleh" sakat Adam. Dia ni ada aku tumbuk kang.

"Kau jangan cuakan aku" kata aku dengan tegas.

"aku tahu la"

"Tau apa?" tanya aku

" kau tu ha, aku tanya bape lama da crush kat aku" kata Adam.

"Mana ade aku crush kat kau!!" Jerit aku.

"ahhahahahah gurau je" gelak besar Adam.

BUK!!

aku baling bantal aku kat muka dia.

"Gelak lah lagi" ujar aku. Geram aku dibuatnya.

"Aku suka tengok kau gelabah sendiri." Kata Adam. Aku memandangnya.

"Sudah lah kau" kata aku.

Aku mahu saja baring tapi di halang oleh Adam.

"Eh tak payah baring dulu. Solat dengan aku nak?" Kata Naufal.

"Aku tak ada telekung. Lagipun aku sakit. Kau solat jelah" kata Tasha. Adam menggeleng kepala.

"No lah. Aku ada belikan telekung untuk kau. Ada dalam almari." kata Adam lalu dia mengambil telekung dalam almari.

"blue?" kata aku dengan perlahan lalu aku mengambil telekung itu

"ha?" tanya Adam, haish sibuk lah dia ni

"kenapa kau beli warna biru" tanya aku

"sebab warna ni lawa. Kenapa? tak kena ke?" tanya Adam. 

"tak lah, favourite warna aku. Eh bila kau beli?" tanya aku.

"masa kau masuk MRI tu. Aku perasan kau tak ada tudung dengan telekung. Tu yang aku belikan." ujar Adam. Aku hanya mengangguk.

"Thanks belikan, walaupun aku tak suruh" 

"baik kan aku." kata Adam sambil kenyit mata pada aku.

Mula dah dia ni

" dah jom solat, tapi aku kat katil je boleh kan?" kata aku.

"kalau larat berjalan, apa kata kau solat sekali dengan aku kat sini" kata Naufal dengan lembut.

" hurm yelah aku solat kat situ, jap aku nak ambil wuduk" kata aku lalu melangkah ke bilik air

*****

Datin kamilia melangkah masuk hospital lalu terserempak dengan kawan Tasha iaitu Seha.

"seha?" tegur Datin Kamilia. 

"Eh, ye saya" kata seha dengan lembut.

" saya mama Adam. Awak nak lawat Tasha ye?" kata Datin Kamilia. Kejap kasi aku tafsir dulu apa Puan ni cakap.

" ye saya nak lawat Tasha, maaf bertanya. Adam mana ye? lupa lah saya" kata Seha dengan berhati hati takut bersinggung hatinya, hati orang tua tak elok bawa main. Tersingung sikit boleh bawa maut.

"Adam yang selamatkan Tasha haritu." kata Datin Kamilia denagn teruja.

"oh ye, baru saya ingat" kata Seha sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Oh mamat tu rupanya.

"jom kita naik sama, alang alang kan" kata Datin Kamilia lalu dia menarik tangan aku. 

TERCIPTA UNTUKNYAWhere stories live. Discover now