Pecah Kepala

10 0 0
                                    

Sakit.
Lama aku menanggung derita ini,
Derita yang aku simpan sendiri.
Sakitnya seperti dihentak berkali-kali,
Namun tidak juga mengalir darahnya.

Sakit.
Teramat sakit.
Hinggakan sakitnya aku bawa ke mimpi.
Masih tak surut,
Dibawa ke subuh pagi.

Sakit.
Penat aku menahan perit,
Walau berjuta kali aku tempuhi.
Masih sakitnya tidak pergi jua,
Walau aku mencari sebiji penawar.

Sakit.
Seringkali malamku dihias sakit,
Seolah itu rutin harianku.
Manakan tidak,
Itu sahaja yang sering aku mencari nahas.

Sakit.
Seringkali sakitku disulam duka,
Walaupun aku menepis jauh episod lama.
Deraian air mataku,
Tidak pula lekang menemani sakitku.

Sakit.
Itulah yang aku hadap saban hari,
Sudah pasrah dengan takdir ini.
Tiada yang aku pinta,
Melainkan lena saat aku lelapkan mata.

Rose's

Puisi Ragam HidupWhere stories live. Discover now