Ruang onism dan anemoia

11 0 0
                                    

Betapa kecilnya ruang dunia
Yang kau dan aku lalai
Satu tapak kaki berdiri disitu sahaja
Sama ada diam atau pergi
Berdiri sahaja
Aku tidak paksa
Aku tidak

Pelajaran itu bukan sesuatu yang tamat
Tak pernah mati
Tak akan berhenti
Seperti panah-panah yang menunjuk jalan
di atas peta lama
Yang menolong, menunjuk, melihat
Untuk kamu disini
Disini sebelah aku

Seperti anemoia
Nostalgia untuk masa yang tak pernah tahu
Melihat atau duduk di sisi-sisi  jalan
Melihat lokal lalu lalang
Yang hidup dan mati sebelum kita sampai
Di sini di dunia ini
Sebelum aku dan kau
Duduk sebelah-sebelah
Yang melihat ke bulan yang sama
Yang bernafas udara yang sama
Rasa darah yang sama di urat-urat mereka
Yang dunianya terang-terang berbeza.

Ruang onism dan anemoia Where stories live. Discover now