Dua

15.5K 65 2
                                    


Dhia bersiap untuk ke Night Club. Dia hanya mengenakan Halter Dress hitam yang menampakkan alur lurah payudaranya dan terdedah di belakang. Berkasut tinggi dan membibit clutch di bahu. Seperti Biasa, SUV hitam sedia menunggu di lobby utama. Dzikir yang berkemeja hitam beserta jeans biru diam membisu. Setelah Dhia memasuki perut kereta, barulah Dzikir memulakan perjalanan.

Setelah sampai di Night Club, terlihat kelibat Nadia yang sedia menanti dipintu masuk. Bertukar pelukan dan ciuman dipipi antara Dhia dan Nadia. Mereka mula melangkah menuju pintu masuk.

"Wait Alis, I'll follow you guys"

Dhia hanya memandang Dzikir tanpa berkata apa. Setelah beberapa bulan Dzikir berkhidmat, itu lah pertama kali dia mendengar suara Dzikir.

"No worries, I'll not disturbing you. I just want to be there incased anything happen."

"Biarlah Dhia, atleast ada yang jaga kita."

Tanpa berkata apa, Dhia terus berpaling dan mula melangkah.

"Abang buat apa kat sini?" Sapa bonzer Night Club itu.

"Kerja, nanti lain kali kita jumpa."

Dhia hairan melihat b0nzer club tersebut mencium tangan Dzikir semasa bersalam. 'Adik dia kot'.

Dhia dan Nadia duduk semeja manakala Dzikir disebelahnya. Hanya memesan segelas kola, Dzikir memerhati keadaan night club itu yang penuh dengan warganya yang hayal dengan muzik yang membingitkan. Tempat itu sememangnya bukan lah tempat yang digemarinya. Tetapi hanya disebakan ingin menjaga Dhia, dia masuk juga.

Membulat matanya melihat 1 botol liquor diatas meja Dhia. 'Alis minum?'. Ya, Alis meneguk segelas demi segelas. Dhia sudah mula khayal. Banayk juga air syaitan itu diteguknya. Dhia menarik tangan Nadia ke lantai menari. Dhia seperti melepaskan segala tekanan di lantai itu. Dia menari seperti orang hilang arah tuju. Lagak tarian yang mebggairahkan oleh mereka berdua mengundang mata-mata gatal yang memerhati.

Dzikir hanya memerhati dari jauh. Sehingga dia perasan seorang lelaki yang mabuk cuba menghampiri Dhia. Dzikir bangun terus mendekati mereka. Lelaki tersebut cuba memaksa Dhia menari Bersama. Namun ditolak mentah-mentah. Terasa dicabar, lelaki itu menarik tangan Dhia namun dileraikan oleh Dzikir. Dzikir berdiri tegap dihadapan lelaki tersebut dengan pandangan tajam.

"kau nak apa? Nak mati ke? Blah!! Aku nak perempuan tu!"

Dzikir hanya tegak berdiri tanpa berganjak. Lelaki tersebut cuba menumbuk muka Dzikir, namun dapat dielak dengan senang. Lalu Dzikir membalas sebiji tumbukan tepat kemata lelaki itu. Terlentang lelaki itu di lantai. Bonzer club itu berlari untuk meleraikan keadaan.

"Abang bawak kawan abang balik dulu, dia ni biar saya settle"

Dhia yang terhoyong hayang akibat terlalu mabuk tidak boleh memberi tumpuan apa yang sebenarnya terjadi. Dzikir memapah Dhia keluar dari club diikuti Nadia dibelakang. Dhia dalam keadaan separuh sedar hanya menuruti.

Selesai memasukkan Dhia ke tempat duduk belakang, Dzikir menutup pintu. Dia bertanyakan kepada Nadia apa sebenarnya terjadi kepada Dhia, apa yang sebenarnya dipendam sendiri. Namun Nadia tidak mahu berkata apa-apa. Selepas dipaksa, Nadia berjanji akan menceritakan. Tetapi bukan pada Ketika itu. Mereka bertukar nombor untuk membuat temujanji pada lain hari bagi bercerita keadaan Dhia.

Setibanya Dzikir dan Dhia di lobby utama apartment, Dzikir menoleh ke belakang. Dhia tidak sedarkan diri. Dzikir mematikan enjin kereta dan memapah Dhia menuju ke tingkat 17. Mereka melangkah keluar dari lif sambil Dhiya yang sudah tidak mampu menahan lututnya untuk berdiri tegak. Terjatuh Dhia di ruang jalan apartment nya itu. Dzikir cuba memanggil Dhia untuk berdiri, namun tiada jawapan. Dzikir menggagahkan diriuntuk mendukung Dhia sehingga ke unitnya. Selesai membuka unit apartment itu, Dzikir terus merebahkan Dhia diatas katil kamar tidurnya. Dalam tidak sengaja, payudara Dhia terselak dari halter dress yang dipakainya. Payudara yang mengkal itu ditatap lama oleh Dzikir. Tangannya diangkat perlahan menuju ke payudara itu. Hampir mengena puting merah jambu itu namun tangannya dialih ke baju Dhia dan menutup kembali payudara Dhia yang terdedah itu. Badan Dhia ditutupi selimut. Selepas memastikan Dhia selesa, Dzikir keluar meninggalkan Dhia. "Good Night Alis" perlahan lontaran suaranya.

............................................................................................

Jam penggera di telefon tidak berhenti berbunyi.Dhia membuka berat matanya. Setelah mematikan jam penggera, dia cuma berbaring menghadap siling kamarnya. 'Macam mana aku balik semalam?' Dia cuba mengingat Kembali apa yang berlaku semalam, namun sia-sia. Dia terus mencapai telefon di birai katil dan mendail nombor Nadia. Nadia menceritakan apa yang berlaku semalam. Terperanjat Dhia mendengarnya. 'Aduh, what have I done?'.

Dhia terus bangun dari katil mencapai tuala. Dia berjalan menuju cermin soleknya, dia terperasan baju yang agak terdedah itu masih di pakainya. Die memeriksa panties yang dipakainya masih elok ditempatnya. Dia mengurut dada tanda lega. 'Harap-harap Dzikir tak ambil kesempatan la semalam'.

Dhia turun ke lobby utama mendapatkan Dzikir yang sudah setia menanti. Seperti biasa, tiada komunikasi antara mereka dalam perjalanan itu. Setibanya di hadapan butik, Dhia membuka pintu. Dhia berhenti sejenak dari keluar dari kereta. Dhia masuk Kembali dan merapatkan wajahnya ke pipi Dzikir. Kucupan dihadiahkan di pipi Dzikir. "Thanks for last night". Membatu Dzikir selepas diperlakukan begitu. Hanya anak matanya yang bergerak memerhatikan pergerakan Dhia sehingga masuk ke dalam butik. Dzikir seperti tidak percaya apa yang berlaku sebntar tadi. Tidak pernah dia mendapat ciuman dari wanita selain dari ibunya.

....................................................................................................

bagi hint je dulu. relex, layan drama dulu ye.. hehehe

Vote tanda support. Thanks!!

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now