SEPULUH

14.3K 78 3
                                    




Dzikir melabuhkan punggungnya di atas kerusi di bawah khemah. Tetamu yang datang sudah pulang semuanya. Jam ditangan menunjukkan jam satu pagi. Tangan meraba mencari sesuatu didalam kocek. Dikeluarkan sepeket rokok yang baru dibeli tadi. Jari mencari pembuka bungkusan plastik. Ditarik pembuka, plastik diatas terlerai. Penutup kotak dibuka. Sebatang rokok ditarik dan dihala ke bibir. Pemetik api Zippo dinyalakan dan membakar hujung rokok. Disedut dalam. Asap dihembus ke langit. Mata Dzikir terpejam menikmati jutaan Nikotin dan tar yang masuk ke keronkongnya sebentar tadi.

Kedua tangan mengemaskan rambutnya yang terurai, di Tarik keatas dan dililitkan menggunakan getah. "Bilalah aku nak potong rambut ni." Dzikir bermonolog sendiri.

"Abang!! Tak habis-habis dengan rokok. Karang mati cepat, kempunan tak kahwin." Tempik Anis yang datang dari belakang. Anis mengambil tempat disebelah Dzikir. Tangan nya yang dihias corak inai yang dilukis oleh pelukis henna semasa acara berinai tadi ditunjukkan kepada Dzikir.

"Cantik tak?"

"Tak"

"Abang ni!!"

"Haha. Adik abang pakai apa pun cantik, Tengok lah abang dia, kan hansome orangnya."

"Ni nak puji Anis ke nak angkat bakul sendiri?" Cebik Anis ke Abangnya.

"Anis, apa plan Anis dengan Amar lepas kahwin ni? Maksud abang, Anis nak duduk mana?"

"Macam biasa la bang, duduk rumak Maksu la."

"Don't be ridiculous. Pengantin baru duduk rumah Maksu?"

"Apa salahnya?"

"Memang la tak salah. Abang rasa you guys need a privacy."

Rokok ditangan Dzikir terus dihisap. Dihembus kelangit sambil memandang bulan separa penuh.

"Anis, nah." Tangan Dzikir menghulurkan gugusan kunci kearah anis.

"Kunci apa ni abang?"

"Kunci My apartment. Mulai hari ini, milik kamu berdua. Ini hadiah perkahwinan dari abang. Nanti lawyer uruskan tukar penama."

"Abang nak duduk mana?"

"Its my turn duduk rumah Maksu. Duduk Sorang dekat apartment tu bosan jugak."

"Tapia bang, kitorang nak berdikari."

"Banyak la korang punye berdikari, semua harta korang nak tolak. Tu harta ayah tu, Anis tak nak claim lagi ke?"

"Nanti la bang, hidup anis macam ni lagi enjoy. Nak duit, kita kerja keras. Baru la rasa nikmatnya. Harta ayah tu guna bila emergency la."

"Pelik abang tengok anis ni. Cuba harta tu semua jatuh kat tangan Pak long, Confirmed Aisyah tu dah melaram dengan kereta sport, designer hand bag. Tapi Anis ni, lagi biasa dari orang biasa. Kahwin pun dekat kampung. Bukan dekat ballroom."

"Abang, bila arwah Ayah meninggal, sorang pon tak kisah dekat kita, yang diorang kisahkan, harta Ayah. Takde pun nak tanya kita ni cukup makan tak, cukup pakai tak. Nasib baik ada Maksu dan Paksu. Bila duduk dengan Maksu, kita belajar macam mana nak hidup sederhana. Bergaul dengan orang kebanyakkan, bukan anak-anak VIP. Anis lagi suka macam tu, no fake people."

"Betul tu Anis, tapia pa yang Ayah tinnggalkan dekat kita tu satu amanah."

"Anis rasa abang yang layak galas amanah tu. Biar Anis dan Amar yang uruskan Double D's Café."

"Tentang tu, buat masa ni Amar boleh tolong Anis dekat Double D'S, but bila abang dah ready, I'll need Amar to assist me."

"Sure Abang. Anis faham."

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now