Tujuh

15.6K 54 1
                                    

Sesudah membersihkan diri, Dzikir menunaikan solat Zuhur terlebih dahulu. Jarang Dzikir melakukan solat di akhir waktu. Oleh kerana perjalan mereka dari Kuala Lumpur agak lama, mereka hanya tiba di penginapan itu lebih kurang pukul 3:30 petang.

Dzikir melangkah keluar dari biliknya, ternyata Dhia sudah bersedia menunggunya di Ruang Tamu. Mereka telah berjanji untuk bertolak ke "Event Space" yang menjadi lokasi Fashion show pada keesokan hari. Pada hari ini, lebih kepada persediann akhir sebelum acara bermula.

Pada mulanya, Dhia enggan turut serta dalam acara ini. Memandangkan pemilik syarikat 'Event management' itu kawan karibnya, dia bersetuju menyertai pada saat akhir. Tambah pula, design baru pakaian keluaran butiknya yang baru sahaja diterima dari kilang membuatkan Dhia setuju sebagai salah satu langkah promosi.

Dhia duduk di bahu sofa sambil tangannya tidak henti membelek telefon bimbitnya. Dhia mengenakan long Dress berwarna kelabu yang tidak berlengan. Rambut di ikat pony tail, kemas di belakang. Wangian Versace Bright Crystal menambah lagi seri si pemakai.

Dzikir berjalan kearah Dhia. Tangannya lembut menyentuh pipi Dhia. Dhia mengangkat wajahnya seraya tersenyum. Dhia bangkit dan pelukan mesra diberikan kepada Dzikir.

"Alis dah ready?"

"Dah bang."

"Ok, Jom"

Mereka bergerak ke event space yang terletak lebih kurang 10KM dari penginapan. Sepanjang berada di lokasi acara, Dzikir hanya duduk dibahagian urusetia. Dia memerhatikan gelagat Dhia dari jauh. Sungguh sibuk Dhia hari itu. Dzikir tidak mahu menggagu kerana Industr Fashion bukan kepakarannya. Dzikir berlatar belakang kan Busines management. Menggenggam MBA hasil kuliahnya di Université de Nantes, beliau menamatkan pembelajarannya dengan cemerlang.

Pada peringkat Ijazah, Dzikir menamatkan kuliahnya dengan menggapai 'Dekan' setiap semester. Universiti tempatan menjadi pilihan oleh Dzikir apabila melanjutkan pelajaran ke pereingkat ijazah. Dek kerana betapa kagumnya Dato' Radzi (ayah Dhia) dengan pencapaian Dzikir, dia berkeras untuk menaja Dzikir untuk ke peringkat Master di Paris. Kerana mengenagkan Jasa Dato' Radzi yang begitu banyak, Dzikir turutkan.

Dzikir mencapai telefon bimbitnya apabila menerima panggilan masuk.

"Assalamualaikum Abang".

"Waalaikumsalam Anis".

"Abang dating rumah nenek Bila."

"Insyaalah esok malam, lepas event Kak Dhia habis, semua sedara mara kita dah sampai?"

"Dah Bang. Yang paling awal, kak Aishah". Tersengih Anis. Sengaja nama Sepupunya disebut lantang.

"Kak Aishah datang awal?"

"Ye bang, rimas jugak la 24jam dok tanya abang bila nak sampai."

"Biar lah dia".

"Ok la bang, Anis sambung gubah hantaran dulu. Bye bang, Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam".

Panggilan itu dimatikan. Aisyah. Nama yang Dzikir kurang gemar mendengar. Aishah merupakan anak gadis Pak Long. Keperibadian Aisyah yang terlalu gedik tidak begitu menyenangkan. Aisyah menetap juga di bandar yang sama tempat Dzikir dengan Anis. Kerap juga Aisyah dating ke café' untuk mencari Dzikir, namun Dzikir tiada seperti selalu.

Bukan Dzikir membenci, tetapi dia sudah menganggap Aisyah seperti adik kandungnya. Terbayang sewaktu Aisyah mencurahkan isi hatinya 5 tahun lalu.

"Abang Dzikir" Tegur Aisyah yang menyentap lamunan Dzikir.

"Ye Aisyah."

Aisyah melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan Dzikir, di laman rumah nenek mereka.

"Abang, apa perancangan abang lepas ni?"

Dhia AlisaWhere stories live. Discover now