Dzikir sudah berpakaian kemas dan bersedia untuk ke pejabat. Dia turun dari biliknya dan menuju ke dapur. Seperti biasa, Maksu sudah menyediakan sarapan pagi yang sudah terhidang di atas meja. Dzikir menghirup segelas kopi dan menyuap bihun goreng kedalam mulut sambil memeriksa jadual di telefon bimbitnya.Paksu yang baru turun dari Tingkat atas rumah itu menghampiri Dzikir dan menyertainya bersarapan pagi.
"Dzikir, tinggal berapa bulan lagi kau nak nikah?"
"2 bulan lagi Paksu."
"Lah, Paksu pun tak sedar. Macam takde apa-apa persediaan pun."
"Haha. Semua wedding planner yang buat la paksu. Cuma belah lelaki je nanti kita buat dekat kampung. Macam biasa, kita buat secara kecil-kecilan. Itupun Pak Mat dah banyak uruskan. Anis dan Amar pun banyak dah tolong."
"oh, bagus lah macam tu. Paksu dan Maksu tumpang gembira untuk kamu. Makin sunyi la rumah ni nanti. Sekejap je kamu dan Anis membesar. Paksu harap, tanggung jawab yang kami pikul untuk membesarkan kamu berdua telah kami lakukan dengan sehabis baik."
"Paksu, jangan la cakap macam tu. Paksu dan Maksu jaga kami berdua dengan sempurna sekali. Segala didikan agama, dan kehidupan telah Paksu bekalkan secukupnya untuk kami. Dan walaupun kami sudah mempunyai kehidupan sendiri selepas ni, Paksu dan Maksu tetap keluarga kami, pengganti ayah ibu."
Tatkala Dzikir mengucapkan perkatan yang menyentuh hati Paksu, setitik airmata menitis dipipi Paksu menyebakan Dzikir terharu. Dia lantas bangun dan memeluk tubuh Paksu yang masih kaku duduk di kerusi meja makan itu.
"Percayalah Paksu, kami berdua akan sentiasa menyayangi Paksu dan Maksu."
"Sudah lah Dzikir, Kamu cepat habiskan makanan tu. nanti lambat ke pejabat. Paksu nak ke kebun belakang tu kejap."
"Baik Paksu".
Setelah dikemas sisa makanan dan membasuh pinggan dan cawan yang telah digunakan, Dzikir mengambil membimbit briefcase dan menuju ke garaj kereta.
Sebaik garaj kereta terbuka, telefonnya mengeluarkan suara menandakan notifikasi whatsapp masuk. Dia membelek pesanan tersebut. Ternyata ia dari setiausaha pejabatnya, Zara. Die menyatakan wakil dari Century Holding mahu berjumpanya Tengah hari nanti. Lantas dia terus mendail nombor itu.
"Hello Zara, mereka ada appointment ke?"
"Takde Tuan, mereka hanya hubungi saya dan beritahu yang mereka akan datang untuk berjumpa Tuan."
"Kurang hajar betul. Dia Cuma supplier, kita yang buka tender, kita pulak nak ikut cakap mereka?"
"nak buat macam mana Tuan, sebelum ni Encik Ismail yang deal dengan diorang. Lepas Tuan pecat Encik Ismail, tiada siapa yang akan deal dengan supplier."
"Baiklah, bagi mereka satu slot kosong petang ni. Tengah hari saya sibuk. Mahu tak mahu, mereka kena follow jadual saya, bukan saya follow jadual mereka."
YOU ARE READING
Dhia Alisa
Romance🔞 Contains 18sx content! 🔞 Dhia Alisa ialah seorang yang periang sebelum kemurungan akibat patah hati ditinggal kekasih lalu. Kehadiran Dzikir Adrian menjaganya melalui hari-hari yang mendatang menghilangkan ingatannya mengenai Ramzan Ariffin, kek...