Seorang budak perempuan 19 tahun yang bernama Karuko tinggal di tingkat 14 kediamannya.
Suatu malam, dia pulang lambat ke rumah dari universiti nya dan terus menaiki sebuah lif untuk ke tingkat 14.
Hampir sahaja pintu lif ditutup, seorang lelaki kacakmenahan tangannya di pintu lif. Dia menapak masuk ke dalam lif lalu berdiri di sebelah Karuko dengan agak rapat.
Lelaki itu memberitahu Karuko yang dia tinggal di tingkat 13. Mereka berdua bersembang sebentar hingga lelaki itu sampai di tingkatnya.
Dia keluar lalu berkata, "Saya akan jumpa awak di tingkat atas." Pisau yang tajam dikeluarkan lalu lelaki itu ketawa seperti hilang akal sebelum menuju ke tangga.
Tidak sempat Karuko mahu membuat apa-apa, pintu lif sudahpun tertutup. Tidak kira berapa kali butang lif ditekan, ia tetap meneruskan perjalanan ke tingkat 14. Karuko dibunuh sebaik sahaja pintu lif dibuka.
Ramai yang berkata bahawa cerita ini adalah cerita benar dan disebabkan itulah kebanyakan lif kini telah dipasangkan butang berhenti.
Mereka juga memberi amaran kepada mana-mana individu supaya tidak menaiki lif keseorangan kerana mereka percaya bahawa lelaki itu masih wujud.
YOU ARE READING
Malay Creepypasta
ParanormaleCreepypasta adalah kisah-kisah seram di internet, diluluskan di forum dan tapak lain untuk mengganggu dan menakutkan pembaca. Nama "Creepypasta" berasal dari perkataan "copypaste", istilah slang internet untuk blok teks yang disalin dan disalin beru...