|| 1 ||

119 16 18
                                    


Awan mendung dan bunyi dentuman dari langit menunjukkan tanda-tanda pada petang itu akan hujan. Orang yang menggunakan pejalan kaki mula berjalan secepat yang mungkin untuk mengelak dari terkena hujan.

Mereka tidak mahu diri mereka dibasahi oleh hujan kerana takut hari esoknya akan demam pula. Masing-masing sudah menyediakan payung untuk bersiap sedia dengan hujan yang bakal datang menyapa.

Tetapi lain bagi seorang gadis yang tidak tahu erti membawa payung bersamanya. Walaupun dia tahu hujan akan turun, sedikit pun dia tidak terasa ingin membeli payung di mana-mana kedai yang berdekatan.

Kakinya terus melangkah ke hadapan, tiada tanda untuk berhenti. Dalam beberapa saat, seperti yang dimaklumkan hujan sudah pun mula turun membasahi bumi.

Satu persatu air menitik di baju gadis itu. Semakin lama semakin banyak sehingga menyebabkan seluruh badannya sudah pun basah lencun akibat hujan.

Hujan yang lebat itu tidak menghalang dia untuk berjalan pulang ke rumah. Tangan dihulurkan ke hadapan untuk merasakan air yang jatuh di telapak tangannya.

Sesekali itu dia tersenyum kerana suka dengan air hujan yang mula memenuhi telapak tangannya.

"Oi main hujan tak ajak" seseorang datang menepuk bahunya dari belakang membuatkan dia sedikit terkejut.

"Yah Hyunjin!" Gadis itu memandang lelaki yang bernama Hyunjin itu. Dengan rambut yang basah menutupi dahinya akibat hujan, membuatkan gadis itu cair seketika.

"Kenapa tak ajak aku sekali hah Naera sayang?"tanya Hyunjin. Kedua mereka berborak di dalam hujan.

"Mana aku tau kau pun nak mandi hujan eish" balas Naera. Walaupun hujan itu terasa sejuk, tetapi pipi Naera tetap terasa panas kerana Hyunjin yang tiba-tiba sahaja memanggilnya dengan panggilan 'sayang'.

"Ni sekarang kau dah tahu ehehe" ucap Hyunjin sambil tersengih. Naera ketawa kecil melihat Hyunjin.

Hyunjin menghulurkan tangannya kepada Naera. Pada mulanya Naera tidak faham, dalam beberapa saat baru dia dapat menangkap dan terus menyambut tangan Hyunjin dengan erat.

Mereka berdua berseronok di dalam hujan sambil bergelak tawa seperti tiadanya lagi hujan pada hari esok.

Tbc




Yow!

Mira is back yow!

Okay bye have a nice day!❤☁☀

[√] Downpour || Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now