BAB 16

2K 91 4
                                    

Masa ni saya takut sangat. Saya takut yang saya akan kehilangan mak saya. Saya pusingkan badan mak saya dan kepalanya saya letak kat atas riba saya. Mengeletar tangan saya masa saya capai air botol tu dan tuang kat tapak tangan. Lepas tu saya buka mulut mak saya dan saya titik air delima kat dalam mulut. Then saya sapu kat muka mak saya. Jantung saya berdebar-debar menunggu respone dari mak saya. Saya pejam mata dan berdoa dalam hati semoga allah tak tarik nyawa mak saya. Akhirnya selepas 15 minit, mak saya buka mata. Memang dia terkejut kenapa dia kat lantai. Dia ada tanya kenapa, tetapi saya diamkan je. Saya pandang nurse kat sebelah. Nurse tu dah terduduk bersandar dekat dinding. Muka dia still pucat lesi.

"Nurse. Tolong saya angkat ye."

Nurse tu tak mambantah. Dan dia tolong saya angkat mak saya naik kat atas katil. Selesai semuanya. Nurse tu keluar. Saya ingat ke saya nak pergi jumpa nurse tu tapi mak saya halang.

"Jangan tinggal mami sorang-sorang. Mami takut."

"Yelah. Anne ada kat sini. Mami tidur okay".

Mak saya terus tidur. Alhamdulillah lah sampai pagi tak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi tidak berhenti dekat situ. Ada lagi kejadiannya.

"Kejadian apa mei?" Tanya tania.

"Serius ah. Seram lah mei" Ucap fara.

Aku hanya menganggukkan kepala. Kepala aku dah rasa kanyo dah. Pening. Haha!

"Sambung lah lagi mei" Ucap nurse yang bernama iris.

Aku tergelak kecil.

"Lapar lah. Tak ada makanan ke?" Tanya aku. Sesuka je aku mintak makanan dekat nurse depan aku ni. Haha!

"Ada. Kejap" Ucap nurse iris.

Iris terus meninggalkan aku fara dan tania kat situ. Tak lama selepas itu dia datang ditangannya ada kueh.

"Makan lah."

Tanpa banyak cakap aku terus capai kueh tersebut. Walau hakikatnya aku tak berapa gemar kueh-kueh yang kukus ni. Disebabkan perut kelaparan aku bantai jugak.

"Bismillahirrahmanirrahim. Hurm. Sedap!" Ucap aku. Puji memuji amalan mulia.

Selesai makan, aku terus sambung bercerita.

"Selepas kejadian tu, beberapa hari selepas itu. oh siapa pun tak tahu yang mak saya kena rasuk. Even ayah saya sekali pun tak tahu. Anggapan saya selepas keluar dari hospital baru ingat nak cerita. Tetapi. Hurm. Saya terlepas cakap. Kejadian ni berlaku malam jugak. Masa tu dalam pukul 11.30 malam, saya tukar shif dengan ayah saya. Masa dalam kereta saya whatsapp ayah saya mengatakan saya dah sampai. Tak apa lah. Ayah saya hanya jawab okay je lah. Saya dari parking kereta tu nak ke hospital tu memakan masa selama 15 minit. Sebab tak ada parking. Jadi saya park jauh. Sampai dalam hospital. Saya terus berjalan menuju kat lif. Tetapi masa ni saya tak tahu lah khayalan saya atau sebaliknya. Depan pintu lif tu penuh dengan orang yang memakai berbaju jubah putih. Jadi disebabkan tak nak berebut lif, saya naik mengunakan tangga.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now