BAB 39

1.4K 77 2
                                    

"Kunci pintu sana" Arah budi.

Anuar terus bergegas mengunci pintu tersebut. Aku dengan yang lain-lain bergerak kedepan sedikit supaya pintu dibelakang kitaorang ni dapat ditutup.

"Dah bersedia?" Tanya budi.

Aku izuwann dan anuar menganggukkan kepala. Budi melangkah perlahan sambil membacakan beberapa surah. Lalu air batu delima itu di siram mengeliling patient tersebut. Patient itu tak dapat keluar dari garisan bulat itu sebab sudah di pagar mengunakan air batu delima. Aku izuwann dan anuar berdiri tegak mengeliling bulatan itu dari luar. Aku mendepakan tangan diikuti oleh izuwan dan akhirnya anuar. Mata dipejamkan. Surah yang dinyatakan budi dibacakan sekuat kuat yang mungkin. Tak lama selepas itu, aku dapat rasakan ada angin didalam wad tersebut sedangkan pintu ditutup. Tingkap pulak ditutup. Bunyi seperti barang dihempas ke lantai kuat kedengaran.

"Jangan lepaskan tangan dan jangan bukakan mata kalian. Teruskan baca." Ucap budi lantang.

Pegangan tangan aku makin diperketatkan. Tak lama selepas itu budi masuk ke dalam bulatan tersebut dan anuar menganjak kekiri untuk bertaut tangan dengan aku. Apa yang berlaku didalam bulatan tersebut tidak diketahui. Hanya kedengaran seperti ribut. Selepas beberapa minit, suasana yang sebelum itu ribut kini menjadi senyap sepi. Suara menjerit terpekit tidak kedengaran lagi. Tak lama selepas itu tangan aku yang bertaut dengan tangan anuar dipegang oleh budi.

"Bukalah mata kalian" Pinta budi bernada lemah.

Aku terus buka mata termasuk izuwann dan anuar. Pautan tangan dilepaskan. Budi melangkah perlahan dari garisan bulatan yang semakin mengering airnya. Mungkin budi tak dapat nak imbang badan, budi hampir nak rebah tetapi sempat disambut oleh aku dan izuwann. Anuar mengambil alih tempat aku untuk menangkat budi dan letakkan diatas katil. Aku terus melangkah ke arah patient perempuan yang terbaring diatas lantai. Aku memeriksa nadinya ditangan. Masih lagi berdenyut.

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now