BAB 20

1.9K 99 3
                                    

Saya terus pandang telefon. Hati tiba-tiba diserbu rasa tak sedap. Saya mundar mandir kat dalam bilik mak saya. Saya positifkan diri. Mungkin line kot. Tapi silapnya masa tu saya tak call ayah saya balik. Saya biarkan. Tak apa lah kalau ayah saya dekat ofis devin. So dekat situ tak ada masalah lah. Jadi saya malas nak fikir apa-apa, Saya terus baring kat atas sofa dan akhirnya saya terlelap. Saya tersedar lagi selepas itu. Tetapi sebelum saya tersedar, saya terasa ada hembusan dekat kaki saya. Saya ingat ke buat tak tahu je lah kan. Tetapi bila makin lama makin kuat hembusan tu, saya terus buka mata. Saya angkat je kepala nak tengok dekat bahagian kaki, sekali hanya ada kepala berambut panjang dekat kaki saya. Melompat saya masa tu turun dari sofa sebab terkejut. Uish"

"Memang nampak betullah kepala tu?" Tanya tania.

"Yes! Sebab masa tu lampu saya tak padam.

"Lepas tu mei?" Tanya iris.

"Selepas saya melompat tu saya dalam keadaan berdiri dan membelakangkan katil mak saya. Tiba-tiba saya dengar suara mengekek ketawa dari belakang. Saya pusing je, mak saya dah bercangkung kat atas katil. Ngam-ngam pulak masa tu ayah saya dah devin sampai. Ayah saya dan devin gelabah bila tengok mak saya dalam keadaan macam tu. Muka panik!. Ayah saya berpaling ke arah saya

"Anne! Do something!" Jerit ayah saya masa tu.

Saya pandang ayah saya. Otak jadi jem kejap. Masa saya pandang ayah saya tu, kebetulan pandangan saya terkeluar dari bilik dan saya ternampak ada nurse lelaki dekat kaunter. Saya terus keluar dari bilik mak saya dan berlari ke arah kaunter. Saya tarik tangan nurse tu dan saya bawa masuk ke dalam bilik mak saya. Nurse lelaki tu macam terkejut tercengang dan bersandar dekat dinding. Masa ni lah seolah-olah macam ada ribut kat dalam bilik mak saya. Semua barang-barang terbang ke sana sini. Saya pandang nurse lelaki tu. Dan bahunya saya pegang.

"Tolong azan!!"

"Ha?"

"Tolong azan!" Jerit saya masa ni.

Tanpa membuang masa, nurse lelaki tu terus azan. Saya berdiri dibelakang nurse tu dan saya memegang bahu lelaki itu dari belakang. Ibaratnya saya menahan badan lelaki itu. Sambil tu saya baca surah ruqyah.

"Kenapa mei pegang macam tu?" Tanya fara.

Aku mencapai air dan meneguk rakus. Penat weh bercerita. Haha!

"Sebab saya tahu akan terjadinya sesuatu. Sebab itu saya pegang bahu lelaki itu dari belakang."

KISAH SERAM "HOSPITAL BERHANTU"Where stories live. Discover now