BAB 2
ADAM Taylor High School merupakan sekolah elit persendirian yang sangat tersohor. Pengetuanya sangat berwibawa dan merupakan ahli keluarga pengasas sekolah itu. Dengar cerita pengasasnya iaitu Tuan Adam Taylor Abdullah mempunyai seorang cucu yang belajar di sekolah ini. Tapi, tidak siapa yang tahu identiti pelajar tersebut. Bukan calang-calang individu yang boleh mendaftarkan diri di sekolah itu melainkan anak-anak golongan elit kelas pertama. Asrama yang paling berpengaruh di sekolah itu adalah Asrama putera Emas. Hanya pelajar yang terpilih sahaja yang akan ditempatkan di asrama tersebut. Mereka terdiri dari Ahli Persatuan Pelajar yang amat berpengaruh, pelajar cemerlang akedemik dan juga kokurikulum. Itu semua ciri-ciri pelajar yang layak berada dalam Putera Emas dan salah seorang dari mereka adalah..
“Cik Aya akan tinggal kat bilik ni.” Ray membuka pintu bilik itu dengan luas-luas. Kemudian dia melemparkan senyuman yang amat manis kepadaku. Terserlah kekacakannya. Aku turut membalas ala kadar. Aku masih lagi cuak sebenarnya. Aya kau kena kuat! Bilik di tingkat paling bawah itu agak tersorok dari bilik-bilik pelajar yang lain.
“Bilik ni khas untuk Cik Aya, bersebelahan dengan bilik president. Kalau ada apa-apa Cik Aya boleh panggil dia. Tugas Cik Aya bermula pukul 7 pagi pada hujung minggu dan 8 malam pada hari biasa. Make sure kawasan dalam asrama Putera Emas sentiasa cantik dan kemas. Kalau tidak President pasti akan pecat kamu.” Sambung Ray dengan sedikit tegas.
Aku sekadar mengangguk faham. Rayyan, Naib President asrama sangat peramah orangnya. Malah berbudi bahasa...
“Pres... president. Saya belum berjumpa dengan dia lagi..” Ujarku tergagap-gagap. Membayangkan sahaja wajah president asrama paling elit di sekolah ini membuatkan aku gabra sedikit. Bukankah selalunya president sangat tegas dan garang? Aku pernah mendengar cerita tantang pelajar lelaki paling popular itu. Dia seorang president asrama yang berkarisma dan juga jaguh sukan renang. Peminat-peminatnya usah dibilang dengan jari. Tidak cukup! Tapi, aku belum pernah melihatnya didepan mata. Adakah aku akan berhenti bernafas? Huhuhu..
“President sibuk... dia bukan saja President Asrama, malah dia Setiausaha Persatuan Pelajar Adam Taylor High School. Jadi, mungkin dua tiga hari ni dia tak ada kat asrama sebab sibuk dengan aktiviti luar.” Beritahu Ray dengan ramah.
“Baiklah... terima-kasih Senior Ray. Saya akan pastikan saya dapat lakukan semua tugas dengan baik. Chaiyok!” Aku mengangkat tangan ke atas dengan bersemangat.
Ray ketawa kecil. Dia meletakkan tangannya dibahuku. “Hati-hati dengan warga Putera Emas. Mereka sangat nakal...” Ray sempat memberi nasihat.
“Baik!!” Aku mengangguk pantas dengan semangat walaupun dalam hatiku libang-libu.
FUHH... hari pertamaku nampaknya berjalan dengan baik. Aku merebahkan tubuhku di atas katil empuk dalam bilik khas untukku itu. Sebelum ini, ada pekerja lain yang menjalankan tugasku di asrama ini. Tetapi, sudah dipecat oleh president kerana tidak memuaskan hatinya.. ahh! Kenapa president itu terlalu berkuasa? Pelik! Jika di sekolahku, ketua asrama tidaklah mempuyai kuasa untuk memecat pekerja. Pedulikan, apa yang penting aku sudah mendapat kerja di sekolah ini. Sudah lama aku idamkan untuk masuk ke sekolah ini, bukan aku sahaja malah seluruh rakan-rakanku. Walupun mustahil untuk kami belajar disini.
Semua ini bermula sejak ayahku jatuh sakit sebulan yang lalu. Dia terpaksa melatak jawatan sebagai Ketua Butler di Villa Taylor. Ayah sudah lama berbakti untuk keluarga Taylor, hampir 20 tahun lamanya. Walaupun begitu, ayah terpaksa pencen awal kerana sakit buah pinggang yang dihidapinya. Aku terpaksa bekerja untuk membantu meringankan abangku yang bekerja di sebuah restaurant. Abang akulah yang menjaga ayah dan mencari nafkah untuk kami adik-beradik seramai lima orang. Aku akan tinggal di asrama ini sambil bekerja sebagai ala-ala maid istana. Kononnyalah.. Apa yang penting, aku dapat tempat tinggal free, makan minum juga percuma. Malah aku mendapat gaji. Untuk ke sekolah pula aku hanya perlu berjalan kaki dalam satu kilometer sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
I love You Like Crazy
Roman d'amourNur Marhaya gadis periang yang tidak pernah menunjukkan kepayahan hidupnya. Disebabkan kemiskinan hidup dia perlu berkerja sambilan selepas waktu sekolah. Bermulalah kisah hidup gadis periang itu di asrama lelaki sekolah elit Adam Taylor. Harry seb...