🌸maaflah ye klu ada typo.
🌸Enjoy!
🌸Jgn lupa vote tau.-----------------------------------------
"Han Soumin. Apa saya buat kat awak sampai awak dan Han buat saya camni? Apa salah saya?" tanya Renjun pada Soumin.
Soumin membalas pandangan Renjun dengan tajam. Tangannya yg diletak diperutnya tu dia usap perlahan.
"Awak patut tahu." balas Soumin.
"Tapi saya tak tahu. Bagitau saya. Biar saya betulkan keadaan balik macam dulu."
"Awak nak baiki macam mana? Semua tu dah lepas. Kesilapan awak tu dah lepas."
"Habis tu, kenapa awak nak ungkit?"
"Sebab saya baru tahu sekarang."
"Then? Bagitau saya. Sekurang-kurangnya saya tahu apa yang salah."
"Saya tak sanggup nak cakap."
Soumin membuka langkahnya dan menuju ke biliknya semula tetapi Renjun terlebih dahulu menarik tangan Soumin. Badan Soumin dihempas ke dinding dan dia menahan Soumin menggunakan tangannya.
"Apa masalah awak sekeluarga ni? Kenapa dengki sangat dengan saya?"
Kesabaran Renjun sudah hilang. Tangannya pun menggigil perlahan kerana amarahnya yg sudah meletup.
"Ren....renjun...."
Soumin menggenggam tangan Renjun kuat. "Sakit....." Tangannya yg lagi satu memegang perutnya.
Renjun baru sedar yg dia dah bertindak ganas kat Soumin. Dia terus memegang perut Soumin dan mengusapnya perlahan.
"Saya minta maaf,Soumin. Oh gosh. My baby."
Soumin menepis tangan Renjun lalu dia berjalan menuju ke biliknya. Langkahnya pun dibuka perlahan-lahan kerana sakit.
Renjun cuba mengikut langkah Soumin tetapi dia terpijak sesuatu yg macam cecair kat lantai tu. Dan dia baru sedar yg air ketuban Soumin dah pecah.
"Soumin! Stop! Saya bawak awak gi hospital."
Renjun terus mengangkat Soumin dan berlari pergi ke keretanya. Soumin yg berada dalam kesakitan tu hanya membiarkan saja Renjun mengangkatnya.
>>>>>>
Renjun kehulu-kehilir di hadapan bilik Soumin. Doktor kata air ketuban dia dah pecah tapi dia tak prepare lagi untuk bersalin. (Nak author explain ke? Klu nak cakap kat comment.)
Dia memang tengah risau sangat2 sekarang ni. Dia terhempas badan Soumin tadi kat dinding. Mestilah dia sakit.
Rambutnya dia cengkam sambil mengeluh perlahan. Dadanya diurut perlahan untuk menenangkan dirinya.
"Mr.Renjun."
"Ya...saya." Seorang nurse yg baru keluar itu memanggil Renjun.
"Isteri encik dah sedia nak bersalin. Nak teman dia?"
"Nak."
"Baiklah. Jom ikut saya. Nanti pakai surgical gown ye."
Nurse tu memberikan surgical gown yg berwarna hijau kepada Renjun. Renjun mengambilnya dan sarungkan dibadannya.
Dia berjalan ke arah katil Soumin dan dia memegang tangannya Soumin. Soumin seperti mahu menolak tangan Renjun tetapi Renjun menggenggam tangannya kuat.
"Saya tak tahu apa salah saya,Soumin. Tapi please.....kasi saya teman awak waktu awak bersalinkan anak kita."
Selepas Renjun cakap begitu, Soumin hanya mengalah lalu dia menggenggam tangan Renjun semula. Renjun tersenyum kecil kemudian dia mengucup dahi Soumin.
"Thanks,sayang."
>>>>>>
Renjun berdiri dihadapan cermin transparent yg terletak dibilik baby tu. Anak lelakinya yg sedang tidur dengan lenanya itu ditenung lama.
Senyumannya mula terukir dibibirnya. Tangisan anaknya tadi masih lagi berlagu ditelinga. Dia memang gembira sangat sekarang ni sehingga air matanya jatuh ke pipi.
"My son. You are so beautiful...." bisik Renjun sambil meletakkan tangannya di cermin tu.
Renjun mengelap air matanya yg tersisa kat bibir tu lalu dia berjalan menuju ke bilik Soumin. Dia nak jumpa Soumin pula lepas doktor dah siap rawat Soumin.
Lama juga dia tenung anak dia tadi. Dah lebih sejam setengah dia kat situ. Jadi bolehlah dia tengok Soumin pula.
Sampai ke bilik Soumin, dia nampak katil Soumin kosong. Soumin takde. Mana dia pergi?
Renjun pergi ke kaunter pertanyaan dan bertanya disitu. Nurse kan situ pun terkejut lepas dia cakap Soumin hilang. Takkan orang baru bersalin boleh jalan camtu je?
Nurse tu pun cuba mencari Soumin didalam hospital tu dan dibantu nurse lain.
"Mr.Renjun. Agak2 tahu tak dia kat mana?"
"Tak. Dia tetibe hilang...." Renjun yg kelam kabut tu dah tak tahu nak cakap apa dah.
"Takpe2. Biar kami cari. Tapi Mr.Renjun boleh cuba call family terdekat dulu. Mana tahu dia ikut ahli keluarga lain ke...."
"Okay......"
Telefon Renjun yg ada dalam poket dicapai. Dia ingin mendail nombor Han tapi.....
KELUAR!
Dia teringat kejadian tempoh hari jadi dia membatalkan niat. Tapi.....dia nak call sape pulak sekarang ni?
Dia buntu. Keliru. Apa yg dia nak buat sekarang? Mana Soumin pergi? Kenapa dia lari? Rambutnya dikusutkan lalu dia mencangkung disitu.
Dia bermain dengan casing telefon dan ada satu kad yg terkeluar dari situ. Kad Seungmin yg dia bagi hari tu. Dia terus mendail nombor Seungmin dan menelefonnya.
"Hello?" Seungmin menjawab panggilannya.
"Seungmin......tolong aku, Seungmin."
~ to be continued ~
──── ◉ ────
Disebabkan Nik baik, Nik publish lagi satu part.
Tapi takdelah baik sangat sebab cliffhanger teruk giler. 🤣Enjoy! Bubye!💓💝💗💗💝💓💞💘💓❤🧡
Nak tanya....korang stres tak baca cite ni?
Just curious.
YOU ARE READING
(C) I Hate This Fate || Huang Renjun ※ NCT Dream
FanfictionWe just hurt each other. That's it. - One Scar,One Kiss ; Season 2