10'

458 80 14
                                    

Soumin berdiri dihadapan pintu biliknya. Dia terkaku disitu kerana dia ternampak Lia tengah berdiri dihadapannya sambil memegang bayi.

"Soumin.....ni anak kau. Aku terpaksa bawak dia jumpa kau. Dia sakit sebab minum susu formula." kata Lia.

Air mata Soumin sudah bertakung di kelopak matanya. Pilu hatinya bila ternampak anaknya yg pertama kali dia nampak tu. Rindu ya juga.

"Nah.......bagilah dia susu. Nama dia Kangdae. Aku duduk bawah dulu."

Lia menghulurkan bayi tu pada Soumin dan Soumin menyambutnya. Lia membuka langkahnya untuk turun ke bawah dan Soumin melangkah masuk biliknya.

Dia menuju ke arah katil lalu duduk di birai katil. Air matanya pun mula mengalir perlahan sambil matanya memandang ke arah Kangdae yg sedang menenungnya.

"Mmm..."

Bunyi tangisan Kangdae mula kedengaran. Soumin terus mengangkat Kangdae dan dipeluknya.

"Kangdae......ni omma. Jgn takut. Shhh..."

Soumin memujuk Kangdae sambil mengelap air matanya kasar. Dia taknak nangis sekarang. Dia nak layan Kangdae je sekarang ni.

"Sayang.......kita minum susu eh. Jgn nangis lagi, sayang."

Soumin menyelak bajunya sedikit. Kangdae yg didukung tu ditepuk perlahan. Akhirnya, Kangdae senyap.

Dan tak lama lepas tu, Kangdae tertidur. Soumin meletakkan Kangdae di atas katil tu perlahan dan baring disisinya. Pipi Kangdae diusap perlahan.

"Mianhae, Kangdae ah......"

>>>>>>

"Han....."

Han yg sedang baring diatas katil tu memandang ke arah Lia yg baru masuk ke biliknya tu dan berjalan ke arahnya.

"Are you okay?" tanya Lia.

"Yeah....." balas Han perlahan.

Lia duduk di hujung katil Han lalu mengusap tangannya perlahan. "Saya suruh awak rehatkan.....nape pergi jugak office? Kan dah penat. Demam bagai." kata Lia.

"Klu saya takde, sape nak uruskan saya punya company? Kita dahlah rugi berjuta-juta sebab gallery kita terbakar. Hm?"

"Saya ada. Staff lain ada. Lagipun, kita dapat insuran kan dari kebakaran tu."

"Takpelah, Lia. Saya okay. Soumin macam mana?"

Lia mengeluh perlahan. "Saya bawak anak dia jumpa dia."

Han terus duduk dari baringnya. "Kenapa pula awak buat camtu?"

"Anak dia sakit sebab tak dapat susu ibu. Saya bawaklah jumpa Soumin. Dia tengah duduk ngan anak dia kat atas tu."

"Kenapa awak kena jumpakan juga anak Renjun tu dengan Soumin?" bentak Han.

"Han Jisung!"

Han tersenyap dan memandang Lia yg menjerit namanya tadi. Lia menggenggam tangannya kuat untuk menahan amarahnya.

"Apa.....apa salahnya klu Soumin jumpa anak dia? Hah?" tanya Lia.

"Dan apa pula masalah awak? Kenapa awak backup sangat Huang Renjun tu?"

"Saya bukan backup Renjun. Saya jealous. Jealous dengan Soumin. Kenapa awak jaga dia sangat? Saya tahu dia cousin awak tapi...." Lia menunjukkan dirinya sendiri. "......saya yang jaga awak ni, awak tak kisah ke?"

"Sekurang-kurang bila awak tak jaga Soumin nanti, saya yakin yg Renjun akan jaga dia balik. Tapi saya? Sape nak jaga saya? Jaemin? Seungmin? Eric? Hah?" sambung Lia.

Han menundukkan kepalanya sedikit. Lia pula mengusap mukanya sekali untuk menenangkan dirinya. Terasa hilang bebannya bila dia luahkan semua benda.

"Okay.....saya nak masak untuk awak. Nanti makan. Jgn skip." kata Lia kemudian dia bangun dan berjalan keluar dari bilik.

>>>>>>

"Apa yg kau takutkan, Renjun?" tanya Seungmin selepas nampak Renjun yang tengah resah tu.

"Kangdae. Agak-agak dia okay tak?"

"Dia ngan Soumin kan? Mestilah okay. Apalah yg kau fikirkan?" balas Seungmin lalu tergelak.

"Macam mana klu Soumin buat apa2 kat Kangdae?"

"Renjun......" Seungmin menenungnya dalam. Renjun dengan pantas menutup mulutnya dan tak cakap benda pelik-pelik.

"Tapi klu kau risau, kau mintak Lia hantar Kangdae kat kau balik. Oh....btw, kau ikut aku gi kerja jap lagi."

"Kenapa pulak?"

"Sekejap je. Wen Xue ngan Hyojen balik tadika lambat kan hari ni?"

"Ohh.....tapi kenapa aku kena ikut lak?"

"Banyak betul tanya. Ikut jelah. Pergi siap."

"Eh...."

"Sebelum aku halau kau keluar rumah, baik kau siap."

"Fine."

~ to be continued ~

(C) I Hate This Fate || Huang Renjun ※ NCT DreamWhere stories live. Discover now