Wah pecah rekod, tiga update dalam satu hari 😂
🥤🍢🥤🍢🥤
𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚🥤
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 5
"Aik, apahal meggi aku nampak makin surut ni? Takkanlah ada setan makan kot?" tergaru-garu Hamadi sejurus kembali melabuhkan punggung pada tempatnya sebelum ini.Seingat-ingatnya tadi mi yang ditinggalkan berbaki separuh, tapi yang ada cumalah suku.
"Yela, meggi tu kan serap kuah. Apalah kau ni Gesdi." Hoseok memberikan andaian sambil tergeleng-geleng kepala.
"Ye tak ye jugak kan?"
Tanpa ragu-ragu, Hamadi menghabiskan mi segera sehingga licin.
"Erm, aku nak pergi basuh mangkuk ni sekejap. Nanti aku datang balik." beritahu Hamadi sebelum melangkah pergi.
Yoongi si kucing pun membuntutinya dari belakang, mahu meminta semangkuk Powercat dari tuannya. Yang sebenarnya, si kucing berbaka suwek itu masih lagi kelaparan, akan tetapi disebabkan dia tidak mahu insiden tadi terkantoi, jadi Yoongi pun meninggalkan saki baki buat tuannya.
Setelah figura pemuda berkulit putih pucat itu hilang dari pandangan, Harris kembali memujuk Taufiq yang dari tadi diam menyepi.
"Alah, Tae. Sowwylah pasal tadi. Aku dengan Gesdi mana tahu kau pergi rumah Mak Milah tu sebab nak pasang Coway. Ingatkan saja-saja kau pergi sana." Harris menghadiahkan raut wajah kesal terhadap Taufiq.
"Tak mengapalah, Seok. Sekurang-kurangnya korang dah tunjuk video Tiktok tu, bolehlah lepas ni aku berjaga-jaga dengan janda tu nanti." ujar Taufiq bersama senyuman kecil, tidak mahu Harris bersusah hati.
Apabila mangkuk sudah selesai dicuci, Hamadi pun mengorak langkah semula ke pangkin. Sambil-sambil itu dia menoleh ke belakang.
Dalam dia memerhati gelagat Yoongi yang melompat riang setelah diberikan Powercat, tiba-tiba Hamadi terdengar hon motosikal yang bertalu-talu dibunyikan dari halaman depan rumah. Jadi dia pun mempercepatkan langkah ke sana.
"Lah~ kau rupanya San bulleo bulleo uri jigeum bulleo? Mehlah duduk lepak situ dulu." bibir Hamadi jauh menjuih ke arah pangkin.
Setibanya di situ, mereka berdua pun berduduk bersila di atasnya bersama-sama Harris dan Taufiq.
"Lama tak tengok muka kau, San. Pergi mana dua tiga hari ni?" ramah Harris menyoal.
"Aku baru balik je dari KL ni, ada join kursus dekat sana." teruja Hassan Mustakeem memberitahu kepada mereka bertiga.
"Wow, ni mesti kau nak kembangkan bisnes santan kau tu, kan?" tebak Hamadi sambil mengurut bawah dagunya. Hassan membalas dengan gelengan, menandakan tekaannya kurang tepat.
Disebabkan Taufiq Hidayat tidak mahu keadaan menjadi kekok disebabkan dia hanya mendiamkan diri dari tadi, jadi ada bagusnya kalau dia melontarkan soalan buat Hassan.
"Kalau bukan bisnes santan, habis tu apa?"
"Ha, yang tu top secret. Nanti korang taulah." Hassan menjawab pertanyaan Taufiq bersama senyuman sinis.
Sejujurnya, entah kenapa Taufiq berasa tidak sedap hati dengan keberadaan Hassan ketika ini.
🥤🍢🥤🍢🥤
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Choi San sebagai Hassan Mustakeem
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•Abang Hassan bulleo bulleo uri jigeum bulleo dah buat comeback y'all! (Main cast siri pertama ni muehehe)🥥🌴
Disebabkan dah lama tak berfangirl dengan Choi San, meh Wauthormelon share gambar sikit 🐣
Hehe you welkem, adios 🐨
YOU ARE READING
【✔️】𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚 • 𝓚𝓲𝓶 𝓣𝓪𝓮𝓱𝔂𝓾𝓷𝓰
Humor©2021 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [KAMPUNG BOI SERIES #6] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝙻𝙰𝚆𝙰𝙺 𝙱𝙾𝙳𝙾 𝚈𝙰𝙽𝙶 𝙿𝙰𝚂𝚃𝙸𝙽𝚈𝙰 𝙷𝙰𝙼𝙱𝙰𝚁⚠️ Apabila si pemilik kedai makan sate, Taufiq Hidayat...