Wauthormelon ada something nak bagitau kat bawah nanti. Enjoy your reading💖
🥤🍢🥤🍢🥤
𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚🥤
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1"Peah, mak nak keluar tau?"
"Mak nak pergi mana pulak ni? Bukan nanti orang Coway tu nak datang ke?" soal gadis itu bernada cemas. Dia tahu dia bakal ditinggalkan oleh ibunya dan duduk bersendirian di rumah.
"Lah, mak nak pergi Kampung Chiangkerik sekejap je, ada kenduri doa selamat. Ha, duit untuk Coway tu mak dah tinggalkan atas meja sana tu, nanti kasi dekat dia ye?" kalut ibunya memberitahu sambil menyarungkan stoking.
"Hm, yelah mak. Pergi elok-elok." pesan gadis itu lalu menghantar pemergian ibunya yang berjalan menghampiri motosikal.
🥤🥤🥤"Assalamu'alaikum~"
Mendengarkan suara yang memberi salam, Sofea yang sibuk membancuh minuman pun tergamam. Awal betul tukang servis Coway bertandang ke rumah.
"Wa'alaikumussalam!" laungnya dari dapur. Tudung yang sedia ada di atas bahu laju saja disarungkan lalu berdesup meluru ke pintu.
Seusai daun pintu dikuak, pandangan gadis itu disapa dengan dua orang pemuda yang sedang membimbit beberapa kelengkapan penapis air Coway.
Habis terpaku dirinya seketika tatkala wajah salah seorang pemuda ditatapnya. Hensem!
"Ni rumah makcik Maimunah ke?" lamunannya terhapus apabila pemuda tadi menyoal tiba-tiba.
"Ha ye ye, mailah masuk." gelabah Sofea menjemput mereka berdua memasuki rumah.
'Habislah aku! Confirm dia perasan aku tenung dia tadi.' getus Sofea bersama perasaan malu yang menggunung.
🥤🥤🥤
"Kat sini ke nak pasang?"
Ketika dia sedang mengeluarkan segala kelengkapan penapis air itu, Taufiq sempat menuding jari pada ruang kosong berdekatan singki.
"Ye ye, dekat situ." kalut Sofea memberitahu bersama mulutnya yang muncung seperti itik.
'Kenapalah tak datang waktu mak dah balik? Haih dorang ni kan...' terpaksalah dia bermonolog berikutan dua pemuda itu sedang giat menyambung sistem perpaipan.
Mahu saja dia beredar pergi dari dapur, tapi takut pula kalau-kalau mereka ingin bertanyakan apa-apa nanti.
Jadi dia pun membuka peti sejuk untuk menyediakan pencuci mulut buat mereka berdua. Bekas aiskrim yang berwarna biru lantas dibawa keluar.
'Keras lain macam je aiskrim ni.'
Tanpa melihat isinya di dalam bekas itu, Sofea ligat mencedok lalu dimasukkan ke dalam cawan.
🥤🥤🥤Setelah siap dipasangkan penapis air Coway itu, Sofea pun terus mengajak Taufiq dan Zamani untuk minum petang apabila sudahpun menginjak ke jam lima petang.
Dengan perasaan yang berdebar-debar, Sofea cuba kekalkan raut wajah ayunya sewaktu menuangkan air oren.
"Terima kasih ye. Buat susah-susah je hidangkan." Sofea sekadar menunduk malu apabila pemuda itu mengucapkan terima kasih buatnya.
"Hehe biasa-biasa je ni. Ouh ye, lupa pulak!" dia lantas menggagau poket seluar untuk mencari duit yang perlu dibayar kepada mereka.
Sofea menghela nafas lega, mujurlah ada. Dengan itu, dia pun menghulurkan beberapa helai not 50 kepada pemuda Coway yang cukup tampan itu.
"Ouh terima kasih ye. Nanti call ye kalau-kalau nak buat servis Coway tu." ucap Taufiq lagi sekali setelah duit cengkeram sudah bertukar tangan. Sofea sekadar mengangguk.
Ketika mereka mahu bingkas bangun dari kerusi tanda tahu beredar pergi, sempat Sofea menghalang.
"Eh jangan balik lagi, saya ada sediakan dessert. Jap ye."
Dengan teruja, Sofea mengambil pencuci mulut itu lalu dibawa ke meja makan.
Sekembalinya Sofea di situ, kedua-dua pemuda itu saling berpandangan bersama riak wajah yang sukar ditafsirkan tatkala melihat rupa pencuci mulut yang dihidangkan gadis itu.
"Hehe jangan buat muka macam tu. Itu cuma aiskrim Coconut Gula Melaka. Ha jemput makan."
"Awak..." sukar sekali Taufiq mahu mengkhabarkan perkara sebegini.
"Ye?"
"Actually ni bukan aiskrim Coconut Gula Melaka, tapi ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ikan temenung la, wak."🥤🍢🥤🍢🥤
Gambar di bawah menunjukkan fenomena yang jarang-jarang ditemui di ruangan dapur 🤣
Actually sem breaks dah nak habis😿, so mungkin Wauthormelon tak berpeluang nak update dalam masa terdekat. Sowwy tau😢 Nanti-nanti ada masa Wauthormelon update lagi 😊
YOU ARE READING
【✔️】𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚 • 𝓚𝓲𝓶 𝓣𝓪𝓮𝓱𝔂𝓾𝓷𝓰
Humor©2021 -𝐊𝐇𝐀𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐁𝐔𝐄𝐍𝐎 (𝐖𝐀𝐒 -𝐏𝐔𝐁𝐆𝐌𝐈𝐍) 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘𝐋𝐈𝐍𝐄 [KAMPUNG BOI SERIES #6] ✧════════════•❁❀❁•════════════✧ ⚠️𝙻𝙰𝚆𝙰𝙺 𝙱𝙾𝙳𝙾 𝚈𝙰𝙽𝙶 𝙿𝙰𝚂𝚃𝙸𝙽𝚈𝙰 𝙷𝙰𝙼𝙱𝙰𝚁⚠️ Apabila si pemilik kedai makan sate, Taufiq Hidayat...