Saiyyidina Abd ur-Rahman bin Auf ialah salah seorang sahabat yang masyhur beliau berkata, "Semasa peperangan badar saya berdiri dalam barisan pejuang-pejuang, saya melihat di kiri kanan Saya ada dua orang budak Ansar." Saya terfikir alangkah baiknya kalau saya berada di antara orang-orang yang kuat. Apabila ada keperluan boleh tolong menolong antara satu sama lain . Di kedua-dua tepi saya hanya ada budak sahaja. Apakah yang boleh mereka tolong? Tiba-tiba salah seorang daripada mereka memegang tangan saya dan terus bertanya," Pakcik, Adakah pakcik kenal Abu Jahal? Saya berkata, "Ya , saya kenal. Apakah yang kamu kehandaki?" Budak itu menjawab, "saya mendengar bahawa dia telah mencaci Rasulullah, demi zat yang jiwaku dalam genggaman-Nya jika saya melihat maka saya tidak akan meninggal nya selagi dia tidak mati ataupun saya yang mati."
Saya begitu kagum dengan jawapannya itu. Kemudian budak yang kedua juga bertanya soalan yang sama dan dia juga berkata sebagaimana yang dikatakan oleh budak yang pertama tadi. Kebetulan saya terpandang Abu Jahal yang sedang berlari-lari di medan perang, saya pun berkata kepada mereka, "Itulah dia orang yang kamu tanyakan daku tentangnya."
Mendengarkan itu mereka berdua terus berlari dengan pedang terhunus di tangan. Mereka berdua pergi ke sana dan mula menyerang dengan pedang sehinggalah Abu Jahal dapat dijatuhkan.
KETERANGAN
Kedua-dua budak tersebut ialah Saidina Muaz bin amru bin Jamuh dan Saidina Muaz bin afra'. Saidina Muaz bin amru berkata, "Saya mendengar orang ramai berkata bahawa tiada sesiapa pun yang boleh membunuh Abu Jahal. Dia dikawal begitu rapi. Daripada saat itulah saya terfikir bahawa saya mesti membunuhnya."
Kedua-dua budak itu berjalan kaki sementara Abu Jahal pula menunggang kuda. Ketika Saidina Abdul Rahman melihatnya dan ketika kedua-dua budak itu berlari ke arahnya, Abu Jahal sedang membetulkan barisan-barisan tentera oleh sebab dia sedang menunggang kuda, maka susah untuk menyerangnya. Oleh sebab itulah, salah seorang daripada budak-budak itu menyerang kuda dan seorang lagi menyerang kaki Abu Jahal. Akibat serangan itu, kuda pun rebah dan Abu Jahal jatuh dan tidak dapat bangun lagi. Kedua-dua budak itu telah menyerangnya begitu sekali sehingga dia tidak dapat bangun lagi sebaliknya dia terus menggelupur di situ. Kemudian barulah mereka meninggalkannya. Saidina Mu'awwiz bin afra' ialah saudara Saidina Muaz bin afra' telah menambahkan lagi kecederaan Abu Jahal supaya dia tidak dapat melarikan diri namun Sayyidina Mu'awwiz pun tidak terus membunuhnya. Selepas itu barulah Saidina Abdullah bin mas'ud memenggal kepalanya.
Saidina Muaz bin Ahmad berkata,"sewaktu saya menyerang kaki Abu Jahal, anaknya Ikrimah ada bersama dia telah menyerang bahagian bahu saya yang menyebabkan tangan saya terpotong tetapi tinggal sedikit kulit yang menyebabkan tangan saya itu tergantung-gantung. Saya telah meletakkan tangan yang tergantung itu di belakang saya dan sepanjang hari saya berperang dengan sebelah tangan. Bila keadaan tangan saya yang tergantung-gantung itu menyusahkan Saya, maka Saya telah menekan tangan Itu di bawah kaki dan berentap dengan kuat. Tangan Itu pun terpisah dari tempat ia tergantung-gantung dan saya telah membuang tangan itu."
😢😢😢
Jgn lupa vote :-) . Maaf lama x update.😅
YOU ARE READING
FADHILAT AMAL
ContoKisah-kisah dan Kehidupan Nabi Muhammad (ص) dan Para Sahabat. Serta Perjuangan Mereka untuk Menyebarkan dan Mempertahankan Agama Islam yang benar. Jom terus menghayati kisah hidup Rasulullah dan Para Sahabat. Semoga bermanfaat.... ☺