Apabila Sayyidina Abdullah bin Abbas r.a sakit mata maka tabib mata telah datang dan memohon keizinan untuk mengubati penyakit beliau. Selama 5 hari beliau disuruh berhati-hati dan tidak boleh sujud di atas lantai sebaliknya beliau hendaklah bersujud di atas bangku kayu yang tinggi.
Beliau telah berkata, " Tidak mungkin keadaan ini berlaku sama sekali. Demi Allah saya, tidak rela bersolat dengan cara sedemikian walaupun satu rakaat pun. Saya mengetahui sabdaan Rasulullah (ص) bahawa seseorang yang meninggalkan walaupun satu solat dengan sengaja akan menemui Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya."
KETERANGAN
Sungguhpun bersolah sedemikian kerana keadaan terpaksa dibenarkan di sisi syarak dan bentuk solah sedemikian tidak termasuk dalam amaran meninggalkan sholat namun kecintaan para sahabat terhadap solat dan kepentingan yang mereka berikan untuk beramal dengan sabda Nabi (ص) menyebabkan Sayyidina Abdullah bin Abbas r.a tidak sanggup untuk merawat mata beliau. Para sahabat sanggup mengorbankan seluruh dunia demi satu solat.
Pada hari ini kita tanpa segan silu membidas mereka yang telah mengorbankan jiwa raga mereka untuk mentaati Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Esok apabila kita akan berhadapan dengan mereka dan kita akan mendapati mereka berseronok berjalan kesana sini di bawah bayangan di Padang Mahsyar, Barulah hakikat sebenar akan diketahui bahawa Siapakah mereka dan apakah pula yang telah kita lakukan terhadap mereka?
YOU ARE READING
FADHILAT AMAL
NouvellesKisah-kisah dan Kehidupan Nabi Muhammad (ص) dan Para Sahabat. Serta Perjuangan Mereka untuk Menyebarkan dan Mempertahankan Agama Islam yang benar. Jom terus menghayati kisah hidup Rasulullah dan Para Sahabat. Semoga bermanfaat.... ☺