Semasa orang-orang Islam mengalami kekalahan dalam peperangan Uhud ada yang menyebarkan khabar angin bahawa Rasulullah juga telah sikit.
Berita Yang begitu mencemaskan itu memberi kesan yang mendalam terhadap para sahabat. Oleh sebab itu semangat mereka bertambah lemah lagi.Ketika Sayyidina Anas bin Nadr sedang berjalan, beliau ternampak satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang Muhajirin dan ansor termasuk Sayyidina Umar dan Sayyidina Talhah r.a . Mereka semua dalam keadaan gelisah. Sayyidina Anas telah bertanya, "Apakah yang sedang berlaku? Aku nampak semua orang Islam dalam keadaan sedih dan gelisah."
Mereka menjawab , "Rasulullah telah syahid."
Sayyidina Anas r.a lalu berkata, " Apa guna kamu hidup setelah ketiadaan Rasulullah? Ambillah Pedang kamu . Ayuh! kita maju untuk Syahid."
Saidina Anas sendiri telah menghunus pedang di tangannya lalu merempuh masuk ke dalam kumpulan orang-orang kafir dan terus berperang sehingga beliau gugur syahid.
KETERANGAN
Maksud Sayyidina Anas r.a ialah kehidupan mereka tidak berguna lagi sekiranya tidak dapat melihat wajah Baginda (ص). Lantaran itulah beliau telah mengorbankan nyawanya.
______________________________
Sebenarnya ketika peperangan Uhud, Nabi belum lagi wafat. Baginda cedera parah antaranya dua putung gigi gerhang Nabi yang mulia tercabut semasa peperangan.
Nk tau lebih lanjut tgk video israk & mikraj 👇
YOU ARE READING
FADHILAT AMAL
Cerita PendekKisah-kisah dan Kehidupan Nabi Muhammad (ص) dan Para Sahabat. Serta Perjuangan Mereka untuk Menyebarkan dan Mempertahankan Agama Islam yang benar. Jom terus menghayati kisah hidup Rasulullah dan Para Sahabat. Semoga bermanfaat.... ☺