aku hirup air teh. sambil menunduk. tiba tiba rasa nak gelabah.SEBAB HARRISON DENGAN HAYES TENGAH TENUNG AKU!
"apa dah jadi semalam?" Harrison bertanya dengan nadar tenang.
aku berbelah bahagi. nak bagi jawapan jujur ke nak jujur jugak tapi belok belok sikit?
ah kalau nak tipu kena ada plot yang bijak. benda menipu ni orang bijak je boleh buat. kalau orang tak bijak cepat je kantoi.
"taktau. semalam pergi dekat kolam lama tu lepastu jumpa orang tidur"
Harrison memandang aku dengan serious. dia mengerutkan dahi.
"pergi sorang?"
aku angguk.
"sorang je"
"HAYES!"
Hayes yang tengah menikmati teh dia gelabah bila Harrison tiba jerit nama dia.
"APA?"
Harrison mengeluh. aku tengok keadaan sekeliling. best jugak selalu buat kalau macam ni. macam sekarang, letak meja dekat tepi halaman rumah (bangunan yang kedua tak silap) lepastu letak banyak banyak dessert.
elok kalau buat petang tapi Harrison suruh maid sediakan semua ni sekarang.
"kenapa biar Sylvia pergi sorang?" suara Harrison ada bau bau menyeramkan. mendatar tapi aku rasa bulu roma aku dah meremang.
"kau yang kata ikut je dia sekarang ni sebab dia tak biasa lagi dengan persekitaran ha bukan salah aku?" Hayes menjawab dengan nada separuh gelabah tapi separuh lagi tenang. macam kejap laju kejap normal.
"TAPI AGAK AGAK LA! SAMPAI BIAR DIA PERGI TEMPAT TERBIAR TU SORANG SORANG?" Harrison letak cawan dekat meja dengan kuat. habis merecik hawau airnya.
"AKU CUMA IKUT JE KAU CAKAP!" Hayes meninggikan suara. walaupun boleh rasa dia tengah berdebar.
"Sylvia, kenapa pergi sorang?" Harisson menanya lembut. aku terkejut. oh nasib baik tak kena marah macam Hayes.
"Sylvia tak tau pun bahaya..."aku menunduk. lepastu nak jawab apa lagi? Harrison mengeluh. dia menggosok kepala aku lembut. Harrison memandang Hayes kembali.
"TAK KESIAN KE DEKAT DIA?" suara Harrison yang macam kilat halilintar sesat berbunyi kembali. rasa macam nak tercabut jantung aku sekejap. aku rasa kesian dekat Hayes sebab kalini nampaklah dia macam senyap.
"janganlah marah. Sylvia yang salah"
"diam"
aku terkejut bila Harrison suruh aku diam. aku tundukkan kepala sambil curi curi pandang Hayes. alamak kesiannya abang Sylvia sorang ni.
"start from now, Sylvia dah tak boleh pergi mana mana sorang. bawak Astrid. kalau tak, abang pecat Astrid. lagi satu, jangan sampai lord tau apa yang dah jadi"
aku terkejut. woah main kasar! ugut nak buang Astrid pulak. memang tak boleh dibodek. Astrid tak salah apa apa pun!
"lord balik bila?" Hayes memandang Harrison.
ha lord apa jadah pulak. pelik pelik la semua.
"lord?" aku memandang Harrison. biar dia pening nak jawab mana satu dulu. biar dia. pandai sangat ugut libatkan Astrid.
Harrison pasang muka "????" sambil pandang aku. alah kenapa tak pandang Hayes je dulu kecoh la dia ni.
"lord is what we called our father..." Hayes membalas soalan aku tadi.
YOU ARE READING
Prank
Teen FictionSebab satu prank yang rupanya satu signal bahawa hidup aku bakal kucar kacir. macam mana aku boleh masuk dunia lain tiba tiba ni? oh, ramainya orang handsome. tapi sejujurnya, aku tak faham apa yang terjadi. apa pun, aku berusaha untuk survive dalam...