sumpah sepanjang aku dalam carriage ni akward gila. dahla sampai 4 ekor kuda bawak carriage ni. belakang siap ada 4 orang iring. Astrid pun tunggang kuda dekat belakang."Sylvia" Aster bersuara lepas lama gila sunyi dalam ni.
tapi aku bukan Sylvia. i dont know her.
"kenapa masa aku cederakan diri, kau tak halang aku? ni macam bukan kau" sugul je suaranya.
"I'm not Sylvia?"
"then explain me that mark on your shoulder"
o-oh tanda club (♧) dekat bahu. macam mana aku boleh ada ya? seingat aku, aku tak pernah buat tattoo.
"I have it too" Aster bukak kancing baju dia dari atas lepastu keluarkan bahu dia. dia menunduk sikit nak bagi aku nampak.
sama. dia pun ada tanda club macam aku. aku still belum faham apa benda semua ni.
"tanda ni untuk apa?" aku mula meneliti bahu dia. jangan jangan ni tanda untuk kongsi gelap ya? entah bila masa aku join.
Aster tepis tangan aku yang dekat bahu dia perlahan. eh aku tak ada niat pun nak sentuh. tak sengaja.
"ni lambang untuk keluarga Verena"
Verena what? macam mana aku boleh dapat tanda ni walaupun aku ni macam hidup sebatang kara je?
"how can aku ada kalau ni lambang keluarga?"
Aster mengeluh. dia meraup muka sendiri. eh bukan salah aku. aku ni bukan dari dunia ni pun. tiba tiba ada lambang keluarga.
"you, Sylvia Verena. And I am Aster Verena. We're cousins you got it?" dia cakap dengan suara yang paling pasrah.
tapi aku Dinie, aku bukan Sylvia Verena. jadi aku rasa aku tak ada kaitan langsung dengan semua benda ni.
"and stop saying that you're not Sylvia. selagi ada tanda dekat bahu tu, selagi tu kau Sylvia. sekarang ni kita balik dulu. faham?"
aku cuma diam. ikut jelah. lagipun scary betul dia ni.
aku jenguk ikut tingkap. kesian Astrid dengan yang lain tu mesti pening naik kuda lama lama.
♧♧♧
"welcome home, princess" Aster turun dari carriage dan hulurkan tangan dia. takut aku jatuh masa turun.
"damn" aku betul betul terkejut. besarnya istana ni! sumpah besar. classic betul. macam mimpi. dari gerbang depan nak masuk sampai sini pun lama gila. aku tiba tiba jadi takut.
"SYLVIA!" entah dari mana, ada sorang lelaki datang peluk aku lepas menjerit betul betul dekat telinga aku. badan aku tertolak kebelakang sikit.
"WHO ARE YOU" aku menolak badan lelaki tersebut. gila tak malu datang datang peluk anak orang.
"me?" dia talakan tangan dia betul betul dekat muka dia sendiri.
kau jangan ingat rupa kau elok, kau boleh peluk orang ikut suka hati kau eh.
"HEY ASTER! KENAPA DIA TANYA AKU MACAM TU?" lelaki tersebut mengoncangkan bahu Aster dengan kuat.
"eh manalah aku tau. dia pun tak kenal aku" Aster tolak balik tangan lelaki ni. dengan tiba tiba lelaki yang boleh tahan drama ni terjatuh melutut dekat depan Aster.
okay apa apa jelah tapi aku nak pergi tandas. sumpah seruan alam kalini tak boleh tunda.
"excuse me can i use toilet?" aku tepuk bahu Aster. Aster pandang aku lalu mengangguk kepala. okay lepastu dia angguk kepala macam tu, dia ingat aku tau ke toilet dekat celah mana?
YOU ARE READING
Prank
Teen FictionSebab satu prank yang rupanya satu signal bahawa hidup aku bakal kucar kacir. macam mana aku boleh masuk dunia lain tiba tiba ni? oh, ramainya orang handsome. tapi sejujurnya, aku tak faham apa yang terjadi. apa pun, aku berusaha untuk survive dalam...